30 July 2008

Buku dan Milo

Mulanya ns nak tulis entry lain. Tapi, biarlah dulu. Pagi tadi ns ke Kementerian di Putrajaya. Bukan seorang tetapi bertiga. Bila dah selesai segala urusan kat sana, kami ke Library. Kawan ns sorang ni katanya nak pinjam buku. Ns pun belek buku tiap-tiap rak. Terjumpa buku Ensiklopedia ni dan terus buat pinjaman. Mulanya ns takut nak buat pinjaman bila teringat ada sebuah buku ns pinjam yang belum dipulangkan. Buku Pekeliling. Persediaan untuk ambik exam nak sah jawatan satu ketika dulu. Rasanya dah dekat 3 tahun. Nasib lah ns dah lulus. Kat mana ns letak buku tu pun dah tak ingat.
Buku Ensiklopedia ni macam menarik bila tengok isi kandungan dalam tu. Banyak petua2 untuk orang kesihatan dalaman perempuan. Bila dalam kereta on the way nak balik ofis, sorang kakak ni tanye ns, 'buku ape ko pinjam tadi ?'..Ns pun tunjuklah buku ni. Ketawa dia katanya ns dah tak sabar nak jadi bidan. Heh..;p. Sampai ofis pun masa lunch tadi, dia kata lagi kat member2 ofis yang lain.Lepas ni nak petua apa2 tanya ns. Heheh.. Bukan nak jadi bidan kata ns pada dia. Erm..harap2 buku ni tak dihilangkan. Mesti dipulangkan nanti.




Inilah rupa bukunya.



Si milo buat perangai.

Ni pulak kisah si milo petang dan malam tadi. Geram pulak ns dengan kucing sekor ni. Asar petang semalam dalam ns dok berdiri nak rakaat pertama dia boleh 'landing' dok betul2 depan ns nak sujud. Sekarang ni dalam ns nak jauh2 dengan dia, makin menjadi2 manja dia. Hehe.

Si milo makin manja. Terlebih2 manja. Sekarang kalau dia nak tido, mesti dia nak dekatkan badan dia dengan badan ns.


Gelagat milo malam tadi time ns dok golek2 depan tv atas toto. Boleh si milo tido mcm nyenyak je. Siap kepala alaskan kaki ns dan tangan dia peluk tapak kaki. hehe..geli ;p bulu2.

Ni pulak 'pot' dia kalau time ns dok masak kat dapur. Ala2 teman ns memasak gitu.;p. Yang syoknye kucing ni, bila orang lain datang, belum masuk rumah lagi, dia akan lari naik menyorok kat atas. Heheh..kelakar. Macam tau2 je. Dia siap2 akan lari naik atas. Kalau ns dengan husband je balik, siap tunggu depan pintu lagi.



10 comments:

Dayu said...

hehehehe..

bestnya milo. ada tuan yang boleh manja2 kan dia mcm ni..

carik kan lah teman untuk milo ns, ada gak dia kawan time you ngan husband gi keje...

Akak said...

Salam Gdiz...

Awat yg Milo buat perangai, hehe nak bermanja ngan tuan dia lah tu..

Jadilah ibu dulu k...

kamar hati said...

wahhh...pinjam buku eek...patut la time makan semalam dgr pasai buku je...hihihi...

aikkkk....Milo buat hal eek...alahai manja nya dia....tingat kat kucing kamar dl...sayang sgt ngan kucing tu...tp dah mati dah...huhuhu...

antalya said...

okla tu ada milo sbg peneman sementara tunggu hubby blk keje kan

Tokyo BLUE said...

milo... comel.. noti nie... heheh

ahmoi said...

alaa..manjanya milo nih..hehehe

sepi said...

kuceng akak dulu, suka sangat dok atas riba, pastu gesel2 kat kaki akak..... windu arrr...

Marjerin said...

saya suka kucing..:)

KAKTINY said...

buku? pinjam? hohoho.. katkiny ada 3 buah buku yang dipinjam di national library tak pulangkan lagi.. dah 'setahun pinjam'.. LUPER!!!!

Ojie said...

salam kenal :-)
ur cat is sooo adorable..
but my nonet ganaz sket..
hehehe...
tp dlm ganaz2 tuh, menyorok laju aje when she saw strangers..