04 August 2008

Hari Minggu di Kuantan

Petang Jumaat lepas ns dgn family mertua ke Kuantan, memenuhi jemputan kenduri kawin. Anak kepada uncle Kasim. Ns dengan husband wajib pegi ni, sebabnya uncle Kasim ni lah yang sponsor pakej honeymoon kitaorang di Laguna Redang setahun yang lepas. Orang dah berbudi kan. So, memang kena pegilah. Di Kuantan kami stay kat rumah adik emak mertua ns di Alor Akar. Dekat sangat dengan Teluk Cempedak. Dalam 4-5 minit je. Ns memang suka laut & pantai. So, peluang ni mmg ns tak lepaskan. Kul 9 pagi kami dh ke sana. :)


Anak mat Saleh ni dah tak larat ikut mak dia jalan agaknya. Sampai kat tempat kami duduk, dia berhenti terduduk. Nama dia Thomas. Sempat kami kaco2 dia. Teringat kartun kat Astro..Thomas & Friends ;p

Kul 9 lebih dah panas terik..


Dengan Dina, anak kakak ipar ns.

Pertama kali ns sampai ke Teluk Cempedak ni. Macam tak sesuai nak mandi je kat sini. Ombak giler kuat. Maybe sebab open sea, Laut China Selatan kan.

Mulanya ns posing kat tempat lain. Tetiba budak jaga kedai ni suh ambik gambar kat patung2 otoman ni semua, heh..;p


Husband ns dgn anak buahnya..dina


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JJ Boyz..

Lepas makan kenduri di Bukit Setongkol, Kuantan. Kami singgah ke rumah sepupu husband, Kak Hanis. Anak kepada rumah kami stay kat Alor Akar tu. Rumahnya di Bukit Istana rasanya..ke Istana Permai ntah. Lupa..tapi dekat dengan IIUM lah, dia lecturer kat situ. Haa, rumah dia ni lagi banyak kucing. 7 ekor semuanya. Satu bilik berhawa dingin penuh dengan 7 ekor kucing. Hebat tul kucin2 tu dok dalam air cond lagi. Dua2 suami isteri suka kucin. Dua2 educated. Study kat oversea. Yang bestnya diorng jumpa dalam laman web chatting bila masing2 balik m'sia nih. Jumpa terus kawin. Hanya kerana masing2 suka buku cerita yang sama. Huh romantik betul ;)



Ni la JJ boyz tuan dia panggil. Paling friendly. Bulu dia..hmm..gebu and lembut betul.


Suka tul dia dok atas rumput nih.


Tengok bulu kat ekor dia tuh, kembang semacam je.

Huh..kalau milo ns tengok ns dok main2 dengan kucin nih. Maunye dia merajuk seminggu tak makan. heheh..jealous..;p


Huhuhu..ni pulak si comel milo ns, ekekek..


Masa ni on the way nak balik Kl dah. Kami singgah di Gambang dulu. Datang Kuantan mesti singgah sini. Beli buah tangan balik Kl. Sebelum balik makteh dah pesan, balik awal. Katanya highway LPT antara Maran dengan Gambang tu tempatnya keras sikit kalau waktu malam esp kalau waktu peralihan hari kul 12 tgh malam tu. Jalan lama pun sama katanya. wallahualam..Tapi kalau waktu malam highway tu memang xbanyak keretalah. Boleh kira. Alhamdulillah kul 10 lebih kami dah selamat sampai kl.


Antara buah tangan yang boleh dibawa balik ke KL.

7 comments:

Anonymous said...

wah..wah..shopping sakan naa..hehhe...otomen satu kak.hehe

Anonymous said...

nak order per eh, ahmoi dah order otomen.. hahh akak nak ---> kuceng comey satu.... hehehe

Akak said...

Salam Gdiz...

Seronoknya berjalan ke Kuantan, dulu2 akak pernah kerja & tinggal di Kuantan

Anonymous said...

Salam...

Su suka kucing... tapi hubby tak suka sangat.

teringat Cumi... (kucing su zaman sekolah dulu...) huhu...

kamar hati said...

wahhh...jalan2 tu...bestnyer....takde ole2 ke??? (",)

Kaktiny said...

lupe nak kirim suruh belikan otomen tu utk anak kaktiny.. hihihihi

Mak Su said...

gdiz, salam kenal