22 July 2008

Khabar hari minggu dan MangkukTingkat (si'a)

Semalam, isnin ns xdatang keje. Penat sangat rasanya. Hari minggu ahad, ns dgn en. abg bersama mertua pergi ke kebun mertua dia Sayong, Kuala Kangsar ambik rambutan. Berhujan kat sana. Dok ' Kait' (jolok) buah rambutan. Perak memang banyak terima hujan kan. Sampai kat sana singgah kat Kuala beli lauk sikit, untuk makan kat kebun a.k.a dusun tu.


'buah moktan' ;p


En. abg versi koboi..yeahaa..

Bila masuk ofis hari ni, kawan2 ns termasuk bos ns cerita pasal website magkuk tingkat (si'a) ni. Kat ofis ni memang susah nak dapatkan makanan melayu. Yang ada hanya 2-3 kedai je. Harganya pulak, mahal. Kebanyakkan kedai makan yang ada ialah mamak. Jemu dah anak tekak ni nak telan masakkan mamak (sib baik yun perasan telan mamak, heeh), kalau dah hari2 pagi petang pulak tu. Dulu banyak orang jual kat tepi2 jalan ni, tapi sejak majlis kacau, diorang dah jarang buka dah. So, bos ns ni bagi cadanganlah untuk order je dengan mangkuk tingkat ni, memandangkan boleh buat tempahan, hantar ke ofis ni. Senang betul sekarangkan. Setiap hari menu lain2. Macam sedap je. Kami pakat untuk cuba sepanjang bulan 8 ni.

Petang semalam bila en. abg balik dari ofis kami ke giant. Beli barang2 dapur untuk bulan depan. Lepas tu ns ke Pusrawi. Jenguk anak akak ns kat sana. Demam and penat. Sian tengok kecik2 masuk wad, asyik nangis je. Sedih tengok. Tengah dok tengok tv akak ns bercerita kat ns, kawan kepada kawan ofis dia kerja sebagai 'misi' (nurse) kat situ. Ada satu malam ada orang bersalin. Si ' misi' ni nak la bawa uri yang dah basuh tu pi simpan kat bilik uri. Masuk je bilik tu si 'misi' tu terus pengsan. Bila dah sedar dia cerita, katanya punyelah ramai 'makhluk' dok menjilat uri kat bilik uri tuh. Haih,, seram pulak ns dengarnya. Wallahualam...


si afiq di wad ar raihan,baru terlelap. Sebelum tu asyik nangis je.

9 comments:

kamar hati said...

wahhh...mangkuk tingkat (si'a) plak eek...

alahai ciannyer...moga cepat sembuh.. (",)

antalya said...

'Jemu dah anak tekak ni nak telan mamak'
- mcm mana ns telan mamax tu ek? xdpt dibayangkan wakakaka

Akak said...

Salam Gdiz..

Banyaknya moktan...eh eh ada cik abang pakai topi koboi lagi, encem ek...

Dah lama tak dengaq perkataan sia..

uranus said...

hahaha..dah lama tak dengar perkataan dok kait nih..hehehe

Anonymous said...

mangkuk tingkat.com tu cam menarik kan menunya...ermm..dtg perak yerr...dah tak jauh sgt2 dah nganmoi kak oii..cini mmg hujan jer..cam smlm...seharian tgk mendung jerrr..

Tokyo BLUE said...

moktan.. fames sungguh moktan kat dunia blog nie.. sentap betoi! mentang2 la aku tak leh makan! waaa

Kaktiny said...

moktan yang best..
phegh.. jadi koboi ler plak cikabang ns tuh..

misi tu namapak ker?.. iyeeeuuu..

chinta said...

moktan..nama lain buah rambutan yek..baru tau

ns said...

kamarhati:
lama xsebut si's kan..;p

antalya:
haihhh..nasib la yun terperasan, heheh

akak:
moktan. Kalau batuk xleh mkn ni.

fahmi :
org kedah kan..;p

ahmoi :
satu opis dh dipromosikan dgn mangkuk tingkat ni. haha

tokyo blue:
awatnya xleh mkn pulokk..

kaktiny:
hehehe..misi nampak aa

chinta:
aa..rambutan.moktan bhs utara;p