01 July 2008

Koleksi : Antara Ex HP Ns

Kali ni ns nak post en3 pasal semua bekas2 hp ns ;p.

Ns mula pakai hp ni sejak lepas belajar kat Politeknik kat Kedah dulu. Tu pun masa dah start keje dengan syarikat kontraktor. Masa belajar dulu langsung tak guna hp. Kalau nak telefon ke rumah, public phone lah tempat kami. Bila kawan2 rumah sewa yang dapat duit biasiswa (pada masa tu biasiswa KPM) kami satu rumah dah tak guna public phone.
Kami kongsi2 satu hp yang ada tu. Antara model hp yang canggih pada masa tu ialah Sagem dan Alcatel. Hp kawan serumah ns kaler kuning. hehe ;p. . Kalau kat public phone jenuh menunggu giliran. Dulu prepaid mahal betul. Tak semurah harga sekarang, seingat ns paling murah pun rm60.


Samsung N100


Ni lah hp pertama ns.;p. Erkk..ada lagi ke skrg ye?.. Kaler silver. Ns beli hp ni dekat Penang. Kebetulan pada masa tu kami sambut Merdeka satu family kat sana. Jalan punye jalan beli hp ni kalau tak silap harga masa tu ns dapat ialah rm130. heheh..murah kan ;p Screen dia kaler kuning je. Takda warna warni ;p


Samsung C100

Ni hp kedua ns guna. Hp ni cuma RM50. Bukan second hand tau..ns lah first hand ;p. Nak dijadikan citernya, dulu masa ns kat um ns suka masuk berchatting di Kampung Chat. Masa tu tak adanya ym2 ni. Dari kampung chat tu ns ada sorang rakan. Eheh kalau tak silap dia guna nick name Muaz (nama samaran jer nih), sorang officer Kastam kat Putrajaya. Pada masa yang sama dia sambung master kat um. kebetulan dapat kawan chat yang baik. Ns dapat hp baru dengan harga harga semurah tu. Masa stay kat vista time bujang dulu rumah sewa kami kena masuk pencuri, habis hp & segala mak nenek yang lain kena curi . Tensen betull.!!

Samsung C110

Bila hp ns kena curi, Ns pakai hp ni pulak. Harga tetap sama rm50 jugee ;p Rasanya ns belum pernah beli hp sendiri melebihi harga tiga ratus lagi.



Nokia 6600

Lepas dah bosan dgn Samsung. Ns tukar pakai Nokia gemuk ni. Hp ni dapat free dari kwn chatting kastam tu. Dia hadiahkan. Pakai kejap je pastu jual kat kawan. Erkk..xyah cakap lah ek jual dgn harga berapa ye ;p

Sony Ericson K310i

Hp yang ni last ns dapat RM50 dari kawn ns tu. Lepas tu kami dah lost contact bila ns dah tunang. Last ns beli hp sendiri. Sekarang mak ns kat kg guna hp ni. Ns bagi kat dia suh guna.;p



Sony Ericson S500i

Yang ni hp paling spesel bagi ns. En. abg tomey ns hadiahkan ms birthday ns awal tahun hrtu. Luv u ;p. Memang dah upgrade habis dah ni, hehe screen kaler2. Dulu scren satu kaler jer.

*antara byk2 hp, bagi ns sony ericson the best. Esp colour & soundnya





4 comments:

Adry said...

Salam ziarah... waaa banyak nya Hp yang pernah diguna... yang last tu sony erricsson tu lawa gak ek..

GDIZ said...

adry :
Ye..selamat dtg adry;)sony ericson the best antara byk2 yg ns pernah guna.

antalya said...

byknye henpon yg ada kaitan dgn kwn kastam tu..skandal kah? opsss larikkkk

GDIZ said...

antalya :
haihh..kira kawan kat um ms zamn bujang2 dulu tu.xdak skandal2 ni. ;p bukan artis tau..hehe