02 July 2008

5 PKA : Teknik Kangar, Perlis.

Semasa ns belek friendster kawan2 sekolah dulu, ns jumpa beberapa keping gambar zaman persekolahan semasa di Teknik Kangar. Kelakar tengok muka masing2 yang seakan2 kanak2 riang pada masa tu. Macam baru je berlalu zaman sekolah. Sudah tua kah ns..;p Haih..rindu pulak rasanya. Kalau masa boleh patah balik, memang nak sesangat. Nak ngaji betul2 xnak main2. huhu..


Dari kiri berdiri ialah 1. shah ( ofis dia sekarang sebelah ofis ns di PBD ni, baru bertunang dengan DR ~ pandai ko tackle shah ek :)2. Danial (Baru dapat baby~Tengah sambung ngaji lagi~bercinta & berkawin dengan rakan sekelas juga ~(epit) wife dia lecture dekat tempat dia ngaji, hehe-cayalah korang dua :) yang lainnya amirul, zam & ajip. ns dah lost contact dengan diorang.

Ini antara beberapa keping gambar yang sempat ns colik dari friendster kawan ns tu. Dalam ramai2 35 orang dalam kelas PKA , ni jelah lelaki yang ada. Selebihnya ialah budak2 perempuan. Yang duduk tulah cikgu kelas kitaorang. Garang abis cikgu ni kalo angin dia tak elok. Cikgu kelas kitaorang mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam. Pe'el cikgu ni kitaorang dah tau sangat dah. Sebelum start kelas dia, kitaorang mesti disajikan dengan lagu Syarifah Aini (Yayadan). Kalau tak lagu gu, mesti lagu Ct Nurhaliza (Cindai) Haha..kelakar giler..

Masa daftar kat sekolah ni ns tak dapat asrama. Ye lah kan, Kodiang nak ke Kangar tu 15 minit jer. Sapa nak kasi ko hostel kan. Memang ns pun tak mo dok hostel. Tapi mak&ayah ns buat rayuan masukkan ns ke hostel. Bila dah masuk hostel hari2 telefon merayu dengan mak nak ulang alik naik bas. Dia pujuk2 suh bertahan juga..2 tahun jer. Huh..sabo je lah kan.

Bila dah makin lama dok hostel, perangai yang tak pernah2 keluar semua keluar. hehe ;p baru syok dok hostel kalo macam ni ek. Masa dok hostel ns group dengan budak2 aliran vokasional. Memang hantu diroang ni, termasuklah ns sekaki. Time budak2 lain pulun study kami duduk diam2 dalam dorm yang gelap gelita. Kalo dah dok hostel tak sah kalau tak berkakak angkat kan ;p. Boleh dikatakan tiap2 minggu mak&ayah ns datang bawa makanan best2. Kalu tak hari2 ikan tongkol. Bila family sape2 antara group kitaorang nak datang mesti buat senarai pesanan untuk seminggu. Time orang sembahyang jemaah ramai2 kat surau kami sembahyang dalam dorm. Huh..bila pikir2 balik skrg memang menyesal. Uwaaa..nak balik sekolah balik kalau boleh.. ;(

Antara kawan rapat ns, Nadia & Epit (wife si daniel)~ dua2 dah jadi mak. Tahniah ek puan2 :) * Suka tengok muka kanak2 korang ni ;p

Masa ni rasanya kitaorang ada lawatan ke Maktab Perguruan Perlis. Time ni kelas kitaorang lah yang paling famous antara kelas2 aliran teknik yang lain. (ceewahhh:D) Maklumlah ramai ratu2. hehe. Sekarang zaman dah moden ns dah boleh search diorang dalam friendster. Ns tahu dioarng dah berjaya semua. Kebanyakkan yang ns tahu diaorg jadi tenaga pengajar. Ada yang sampai sekarang ngaji tak abis2 lagi..antaranya sue, aku tahu ko nak ambik PHD terus kan baru ko nak makan nasi minyak ek ;p heheh Sue ni skrg jadi lecturer dekat UUM. Nadia dah jadi cikgu Math ( dulu dialah suka kutuk cikgu math kitaorang) Last2 dia jadi cikgu math. Epit pulak dah jadi lecturer dekat Unimap. Bagus tullah diorang ni. Apa-apa pun ns harap diorang bahagia bersama family masing2. Erm.. :)

6 comments:

Shasisa said...

Rindukan tgok gambaq2 ni... Lily... aku dah positif! :) tapi ntah la tak p klinik lg pn baru wat test kt umah..

Dayu said...

bila tgk gmbar lama mmg ada satu perasaan yang susah nak kata kan...

mcam sedih..syahdu je rasa. punya la terkenang balik zaman sekolah dulu

*bila sek teknik ni mmg rasa glamer lah, kan girl tak ramai..

Honeylemon said...

wah .. jejak kasih ker???

KAKTINY said...

cikgu ns muka sama cam kwn2 ns jer..

kaktiny ngerinya nk bukak balik gambar sekolah dulu.. comot giler muka.. hehehe..

GDIZ said...

shasisa :
Tahniah!Tgk gambar sek. rs nk balik bsekol

dayu :
rindu sgt ;)

honeylemon :
suatu hr nnti mesti!

kaktiny :
cikgu awet muda ;p
kalau buka album sekolah rendah sy pun ngeri tgk muka sendirik, hehe

Sir Khairul said...

Sis, hang SMTK tahun brapa?