25 October 2009

Konvo adik

Alhamdulillah...selesai sudah. Sabtu baru-baru ni adik ns yang perempuan tu konvo kat uitm s.a. Lebih seminggu jugalah mak ns berkampung kat rumah ns. Seronok rasa. Kakak-kakak pun berkumpul sama. Riuh macam kat kampung. 6 kali jugalah ns berulang alik ke uitm tu dari batu caves. Sampai sesat2. Walaupun guna gps..hehe. Nasiblah Jumaat tu ns sempat mohon cuti. Sebabnya nak settlekan hal dia. Start dari ambik jubah sampailah hantar jubah pastu ambil gambar. Tahniah untuk dia sebab dapat anugerah naib canselor. Tengok orang belajar teringin pulak nak sambung lagi.

22 October 2009

Cerita Buah Zuriat

Malam tadi dapat sms dari member ofis as reminderla..'esok jangan lupa bawa'.katanya. Memang sejak 2 menjak ni topik baby jadi topik utama bila sy berborak dgn dia. Dia sungguh2 nak baby..cuma belum ada rezeki. Saya simpati, sebab saya juga pernah merasai apa yang dia rasa. Saya bagitau dia berkenaan buah zuriat yang ada hanyalah di Mekah sahaja. Saya kata pada dia, kita hanya mampu berusaha & berikhtiar, makan buah zuriat salah satu lah. Masa mertua saya mengerjakan Umrah setahun yang lepas, sy kirimkan pada dia. Saya pun dapat tahu melalui kawan di Kementerian masa sedang berkursus. Saya janji bawa pada dia hari ni. Yang tinggal pada saya yang kering dalam botol. Bila saya belek-belek balik botol tu, rupanya dah tarikh dah luput. Haih..xpelah yang penting sy dah bawa. Saya suruh dia tunjukkan botol tu pada sape2 yang nak ke Mekah, jadikan contoh untuk diorang beli. Moga-moga termakbul doa kawan saya, dimurahkan rezeki untuk dapat baby.

19 October 2009

walaupun penat..seronok rasa...

Alhamdulillah..selesai sudah majlis rumah terbuka ns walaupun di akhir-akhir syawal ni. Risau mengalahkan orang nak buat kenduri kawin...hehe..maklumlah first time anjur2 majlis gini. Menu-menu seperti yang dijanji dan diwar-warkan terhidang juga atas meja..(bertungkus lumus juga la..penat wehhh masak..hehe). InsyaAllah tahun depan buat lagi..umah baru..:)

Sejak balik dari Penang berkursus haritu sampailah semalam, memang xde berhenti lagilah. Semuanya siap sediakan apa yg tak ada. Boleh dikatakan semua menu yang ada mmg masak sendiri, kecuali ketupat palas tu mak ns yang buatkan. Mmg dr dulu sampailah sekarang tak pernah2 lulus buat ketupat. Asyik jadi ketupat betina lah..tak kejaplah (tak rapat)..takut nanti masuk air pulak...macam2..thanks byk2 pada mak datang dari Kedah tolong anaknya nih..hehe.

Tetamu yang paling awal sampai haritu semuanya member2 blogger.Hehe..sharp betul diorang ni. Ngam-ngam pukul 3 ptg diorang dah ada dalam rumah..heheh..thanks pada semua yang datang. Paling xlupa keramahan husband kak tiny..hehe..ramah sunggguuhh...Maap la ye kalau xdan nk layan sgt..tp still boleh sampuk2 cakap,nasib ada mak layan borak....;p.

Letih mengemas usah cakap la. Tapi bila ingat2 balik semua yang jemput datang, hilang semua penat tu. Hari ni last syawal..semoga panjang umur murah rezeki berjumpa lagi kita di syawal akan datang. :)

09 October 2009

Jemputan Rumah Terbuka


Sementara syawal masih ada ni, saya sekeluarga menjemput semua rakan2 untuk datang ke majlis rumah terbuka saya pada 18hb Oktober 2009 (Ahad) di alamat berikut :-

No. 6 Jalan SM 5A
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor.


( bawah flyover mrr2. berhadapan Giant Batu Caves)

Masa : 2 ptg hingga 7 malam.

Antara menu wajib - ketupat palas :)

08 October 2009

kenangan hari ini..


Pagi tadi ada majlis perjumpaan bersama menteri.
Secara tak sengaja aku pecahkan gelas.
Berderai kaca atas lantai. Tak jadi nak minum.
Terus balik..huhu..

05 October 2009

beli lagi....yang ada pun belum habis


hobi baru..nak ikut hobi mama la ni gaknya..

Ni la namanya kalau dah gila dengan buku. Yang ada belum pun habis baca lagi...tapi dah beli yang baru.. Hari tu berjalan-jalan di The Curve..bawa adieb singgah di MPH. Nasiblah dia tertido dalam stroller, ditemani abah dia. Senang la ns membelek2 buku yang ada kat situ.

Kalau dulu..rasa sekejap je nak habiskan sebuah buku. Sekarang ni...boleh kata berbulan2....baru nak sampai ending cerita. Dek penangan adieb farish sorang ni. Kita sibuk nak membaca dia pun nak juga yang mama dia baca..bagi buku lain tak nak. Harap-harap la dia pun minat membaca bila besar nanti.

Bila rumah siap nanti, dalam kepala ni dah berangan-angan...rumah tu nanti mesti ada satu bilik yang penuh dengan buku..pendek kata ala-ala bilik bacaan@ library la...moga2..jadi kenyataan...pastu kalau dapat buka kedai buku lagi syok...


dapat cari pun time adieb tido je...dah sampai volume 3 tu..


buku baru yang belum sempat baca..

note : tengah berusaha untuk dapatkan buku lama bertajuk 'seorang tua dikaki gunung'..karya azizi hj. abdullah..


01 October 2009

Khamis yang dingin...


Hari ni baru start keje setelah bercuti raya haritu. Lama betul cuti. Awal pulak tu sampai ofis hari ni..pukul 7 tepat. Bukan berkobar2 nak keje tapi risau parking lot ns orang sesuka hati park kete. Ye lah..lama sangat cuti. Diorang bukanye kesah sangat no plat yang terpampang kat situ. Erkk..walaupun parking lot tu gomen bayar,tapi tetap rasa hak diri ni.

Adieb pulak awal betul dia bangunhari ni. Tak macam selalu. Macam tau-tau je mama dia ni start keje hari ni. Celik-celik mata pagi tadi dia dah dok main2 sendiri..huhh..nasib lah tak pegi main kat tangga. Kalau tak tergolek2 anak aku. Sian rasa nak tinggalkan dia tadi nak pegi keje. Yelah..lama cuti..berhari2 dengan dia dari pagi ke malam. Nasiblah abah dia masih cuti...jadi babysitterlah abah dia hari ni.


Mood nak keje belum datang ni. Tambah pulak tengok pc yang masih pengsan. Bila nak sedar ntah...atas meja dah bertimbun. Sampai-sampai kat ofis tadi perkara pertama ialah melayan facebook dulu. Jenguk-jenguk tanaman kat farmville dan berkunjung ke blog-blog..haha. Harap-harap tengah hari nanti dah ok..