26 April 2010

Tahniahlah ye..:)

Ucapan kepada rakan-rakan dan diri sendiri ;) Sabtu lepas berlangsungnya KEJOHANAN BOWLING KeTTHA 2010. Syukur kumpulan kami dapat No. 2 bagi kategori Wanita. Walaupun hadiah tahun ni tak berapa nak best :) hehe. Tapi enjoy jugalah game haritu.


which me aa..;)

Dari Kaca Mata Saya

Petang semalam baru dapat ns menghabiskan buku ni. Hampir 2 minggu juga la dengan buku yang tak setebal mana pun (malu..) Bukan mengeja, saja baca pelan-pelan sebab nak dapat feel la katakan :) pastu ditambah itu & ini rutin sbg mama & istri jadilah 2 minggu. Kalau boleh di vote, ns nak bagi 5 bintang.
Terima kasih jugalah pada Penulis Pak Latip Talib. Memang menikam kalbu saya lah. Tak rugi & sia-sia saya beli & baca. Memang meninggalkan kesan.Banyak manfaat. Banyak yang sy kutip. Semoga sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kehidupan seharian selepas ni.

Nak buat review ns tak pandai. (Sebab tu xdapat nak jadi cikgu kot). Tak reti bercerita balik. Tapi yang pastinya buku ni memang BEST! :)

Antara bait-bait kata yang menarik " harimau dalam hutan kita takutkan, sedangkan anjing yang menyalak dilempar dengan batu/kasut'...

Diam itu lebih baik :)

23 April 2010

Macam menarik



Petang semalam sementara tunggu husband keluar pejabat, sempatlah ns berlegar-legar sekejap kat area jalan TAR tu. Hajat di hati nak ke tempat orang jual buku-buku terpakai & baru kat sebelah Colosseum tu. Dah 2, 3 kali sebelum ni asyik lalu saja je kat situ. Asyik pendam-pendam nak singgah. Belek-punye belek, buku ni juga yg jadi pilihan.

Hari ni bawa buku ni ke Ofis. Kot-kot tak sibuk nak curi-curi baca. Kalau kat rumah pulak curi-curi masa dari anak. Memang kena mencuri masa je lah nak membaca ni. Hari ni 23hb April adalah sambutan Hari Buku Sedunia dan Hakcipta. Di sini dan di sini ada cerita pasal Hari Buku Sedunia.:)

21 April 2010

hep..hoorey hoorey..

Alhamdulillah.
Lega rasa bila husband bagitau hujung bulan ni Glomac kata dah boleh bagi kunci.Semalam saja lalu. Meter Elektrik dah pasang. Pintu/tingkap semua dah tertutup rapat.
Memang tak sabar nak masuk sangat. Save duit skit dari dok bayar 2 rumah. So boley la nyanyi lagu hooryhoory Boney M.;)





16 April 2010

Saya ingin mengenali awak.

Bukan jatuh cinta. Sekadar ingin mendekati karya-karya beliau. Mungkin yang lain-lain akan menyusul kemudian. Yang hebat diperkata oleh rakan-rakan GRMY. 'Lanskar Pelangi, 'Sang Pemimpi' & 'Maryamah Karpov' antara di dalam senarai bila dah bergaji nanti :)

"Itulah penyakit kalian, orang Melayu. Terlalu manja, banyak teori kiri kanan, ada sedikit harta, ada sedikit ilmu, sudah sibuk bersombong-sombong...."
— Andrea Hirata

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya", (Laskar Pelangi, Andrea Hirata)"
— Andrea Hirata


"...ilmu demikian luas untuk disombongkan..."
— Andrea Hirata



""Langit adalah kitab yang terbentang" - Sang Pemimpi"
— Andrea Hirata

15 April 2010

Gila Kamera

Sejak ada kamera ni serupa macam ada pertambahan ahli keluarga baru. Ke mana2 pergi pun bawa. Sejak beli tak pernah lagi sy tinggalkan di rumah. Rasa lebih selamat gendong sana sini. Tinggal kat rumah tak berapa nak 'confident' pulak.
Rakan-rakan ofis dok bertanya. Best ke ambik2 gambar ni. Sy jawab, bestlah. Tambah lagi kalau gambar tu diambil secara kandid.Memang best. Contohnya mengambil gambar gelagat-gelagat manusia di sekeliling, ketawa, menangis, termenung, kehidupan nelayan-nelayan dan macam-macam lagilah. 'Wahh'..sampuk rakan saya. Hanya orang-orang yang memahami sahaja dapat 'feel' bila tengok semula gambar-gambar yang diambil tu. Terang saya yang terus bercerita dengan semangat pada 'diorang' seakan-akan photographer terkenal. Ahaks..:)

Selamat menjamu mata.












InsyaAllah

Hari ni dah berapa kali ns asyik dok ulang2 lagu ni.
Tenang rasa bila dengar and hayati liriknya.

Insya Allah
by:Maher Zain

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way...

13 April 2010

Jasamu tetap dikenang (Kedai buku Pakman)

Balik kampung haritu sempat ronda2 pekan kecik kat kampung. Tak lain dan tak bukan Pekan Kodiang la ..:) Saja-saja mengimbau kenangan dulu2. Cerita2 kat husband (macam pemandu pelancong). Pekan yang banyak berjasa waktu zaman remaja ns. Kat sinilah segalanya ada untuk kami. Yang masih gagah berdiri dan bertahan sampai hari ni>> Toko Buku Othman@ kedai pakman. Hanya kedudukan berubah. Sebab jalan2 satu lorong dh dinaiktaraf lebih kurang 'highway' terus ke Perlis.

Waktu tu tak kenal lagi 'MPH'..'Popular'..'Border' jauh sekali lah. Yang ada pun nama2 xglamer, tu pun kat pekan Alor Setar. Makan masa 45 minit nak kesana. Buku-buku yang sampai terhad. Jumlah yang kecil. Kodiang hari ni dah banyak berubah. Terlalu banyak. Yang tinggal hanya kenangan.Moga-moga sentiasa segar dalam ingatan.

Cuaca petang ni mendung. Mengundang suram dalam hati. Teringat kampung.
(Petang ni sentimental skit :))


12 April 2010

Buat Pertama Kali

Tanggal 11 April 2010.
Kenangan buat mama, abah dan teristimewanya buat adieb.
Pada mulanya hanya untuk meneman abah adieb potong rambut.Tengah tunggu 'turn' ns mencadangkan untuk menipiskan rambut adieb di sebelah tepi telinga. Abah pula bersetuju.Maka terciptalah kenangan buat adieb potong rambut pertama kali semasa umur 1tahun 1 bulan. Bukan main 'suhsah' lagi. :)

Love this moment..


Bermulalah.Sabar lagi.


Dah nak start dah. Sikit-sikit.


Maka bermulalah pemberontakan..sayang sunguh rambut dia tu..:)

Jangan Berhenti Bermimpi !



Rumah baru sudah hampir siap. Cuma tungu air dan elektik masuk. Dapat kunci memang terus masuk. Tak tunggu-tunggu lagi. Impian dan angan-angan nak buat'sebegini' untuk satu ruang, kalau tak besar,kecil pun jadilah di rumah baru nanti.

'Bau' buku cukup mendamaikan...ahaks..:)

10 April 2010

Utusan: Suatu kisah ulat buku tahun 70-an

Just for Sharing.
Dari Web Goodread Malaysia.
Post by Saudari Najibah
Tulisan : Zin Mahmud


MEMANG sukar untuk menggalakkan orang membaca. Kerana minat membaca ini kemungkinannya adalah seperti bakat semula jadi seseorang. Kalau seseorang itu minat, ia dengan sendiri akan membaca tanpa digalak-galakkan. Kalau tidak minat, suruhlah macam mana pun, dia tidak akan minat.

Cuma apa yang boleh dilakukan hanya mendedahkan dan memudahkan kanak-kanak menyukai buku. Ia adalah dengan harapan supaya mereka sememangnya berbakat untuk minat pada buku akan terdorong kepadanya. Jika tidak, kemungkinannya minat dan bakat akan hilang begitu saja.

Seperti orang yang berbakat menyanyi. Kalau tidak digalakkan, ia akan hanya menyanyi di bilik air. Tetapi kalau digalakkan dan didedahkan, mungkin ia boleh berkembang menjadi kerjaya.

Cabaran bagi menggalakkan orang membaca lebih sukar sekarang. Kanak-kanak tentunya lebih cenderong untuk meluangkan masa untuk membaca atau bermain dengan komputer. Tetapi membaca yang lain daripada buku bukan sebenarnya membaca. Tidak sama membaca blog, facebook atau laman web dengan membaca buku.

Tetapi menyatakan bahawa minat membaca buku akan membawa kejayaan adalah merupakan satu mitos. Banyak orang yang berjaya tetapi tidak meminati buku. Sementara banyak orang yang meminati buku tetapi tidaklah berjaya dalam hidup. Terdapat banyak faktor untuk berjaya, dan membaca buku bukanlah salah satu faktornya.

Kini disedari bahawa masa depan membaca buku pasti akan berubah. Generasi masa depan akan membaca buku menggunakan e-reader. Orang yang minat membaca buku akan melakukannya menggunakan e-reader. Dalam hal ini anak-anak Malaysia mesti bersegera berhijrah daripada membaca buku cetak kepada e-reader. Begitu juga dengan penerbit buku di negara ini.

Dalam budaya baru ini, tentunya buku akan bersifat global, bukan saja dengan menggunakan bahasa Inggeris tetapi sudah tidak ada batas sempadan bagi kemasukan buku. Tidak ada sesiapa yang boleh mengharamkan buku.

Memang selama ini bagi para peminat buku, budaya mengharamkan buku dan menapiskan buku adalah suatu yang bukan saja mengecewakan tetapi dirasakan menghina daya fikir para ulat buku. Seolah-olah hanya dengan membaca sesuatu buku, seseorang itu boleh terpengaruh menjadi komunis, subversif, sesat atau murtad.

Teringat pada tahun-tahun 1970-an di mana negara asing pertama yang penulis kunjungi ialah Singapura. Lepas peperiksaan MCE pada Disember 1976, penulis bersama sahabat baik Raymond, rakan sepustakawan sekolah menaiki keretapi malam dari Kuala Lumpur ke pulau itu.

Ada dua tempat yang menjadi sasaran kunjungan kami, iaitu Perpustakaan Nasional Singapura dan kedai buku terbesar di sana iaitu MPH. Secara khusus penulis mahu lihat dan baca buku The Malay Dilemma tulisan Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu diharamkan di Malaysia. Dr Mahathir masa itu ialah Timbalan Perdana Menteri.

Ketika sampai di Johor Bharu, penulis beli Utusan Malaysia. Tetapi ketika masuk ke Singapura, akhbar yang penulis tidak sempat baca itu telah diambil. Nampaknya, Utusan Malaysia tidak boleh dibawa masuk ke Singapura.

politik

Sampai di Perpustakaan Nasional Singapura dan MPH, kami teruja. Kedua-duanya pada masa itu lebih besar daripada apa yang ada di Kuala Lumpur.

Masuk saja ke dalam MPH, penulis terus ke bahagian politik. Wah, banyaknya buku politik kiri, Marx, Lenin, Trotsky, Mao semuanya ada. Di Kuala Lumpur tidak ada buku-buku seumpama itu pada masa itu.

Dengan segera penulis dapatkan buku The Malay Dilemma dan membacanya dengan cepat. Kalau dibeli tetapi tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia tidak berguna juga.

Berulang kali penulis ke kedai itu dan akhirnya habis juga membacanya. Sebagai peminat akhbar tentunya, penulis membeli akhbar The Straits Times dan Berita Harian Singapura untuk dijadikan koleksi sebagai peminat akhbar.

Tetapi apabila masuk ke negara itu, kedua-dua akhbar itu diambil. Rupa-rupanya akhbar Singapura tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia.

Negara asing kedua yang penulis kunjungi ialah Indonesia. Pada tahun 1981, penulis masih seorang pelajar universiti. Di Medan, penulis beli buku mengenai sejarah akhbar Indonesia dan beberapa akhbar negara itu. Sampai di lapangan terbang Subang, akhbar-akhbar Indonesia itu juga diambil. Rasa kecewa kerana penulis mahu menjadikannya sebagai koleksi.

Orang kata pada masa itu, buku-buku dari luar negara yang masuk ke Malaysia mesti diserahkan kepada pihak berkuasa untuk ditapis sebelum dikembalikan kepada pemiliknya. Sungguh sakit hati penulis terhadap peraturan ini. Berapa banyak sangat orang hendak membaca buku-buku berat yang dihalang ini.

Kalau seseorang itu ahli akademik dan memesan buku melalui universiti sebagai sebahagian daripada kajiannya, ia akan dilepaskan tetapi tidaklah kepada orang awam seperti anak-anak muda yang dianggap mentah dan mudah terpengaruh.

Teringat pada tahun 1976, pada masa itu Perpustakaan Negara ditempatkan di bangunan UMBC. Ketika itu ia bangunan tertinggi di Kuala Lumpur.

Yang ada hanyalah bahagian rujukan. Bahagian pinjaman belum dibuat lagi. Ketika penulis sedang membelek-belek buku mengenai Sukarno, seorang pustakawan menegur. Dia tanya penulis tingkatan berapa.

Setelah mengetahui penulis tingkatan lima, dia minta penulis keluar kerana katanya perpustakaan itu hanya untuk orang tingkatan enam dan ke atas.

Penulis keluar dengan rasa marah. Lebih-lebih lagi sebagai pustakawan sekolah penulis pernah membantu mengutip derma bagi pembinaan bangunan Perpustakaan Negara.

Oleh kerana perpustakaan sekolah penulis berjaya mengutip derma paling banyak, maka kami diberi hadiah satu set lengkap Encyclopedia Britannica.

09 April 2010

Sabar dan Sabar Lagi

Memang tidak disangkal dalam diri perlu ada sifat sabar.
Terutamanya dalam menjalani kehidupan. Melayan Karenah orang.
Bercakap berulang-ulang, terangkan benda yang sama memang mencabar untuk bersikap sabar.
Hari ni kat ofis aku diuji untuk bersikap lebih banyak2 bersabar..moga-moga berjaya