31 March 2008

::Air Percuma::

Rumah ns ni di tengah2 antara KL dan Selangor. Nak masuk Kl pun boleh nak masuk Selangor pun bole.. Tapi memandangkan poskod dalam bil air ns negeri Selangor, maka selepas ni ns akan menerima air percumalah. :D apabila kerajaan negeri bagi 20 meter padu percuma tiap-tiap bulan. Bil air rumah ns hanya mencecah 13 meter padu sahaja. Paling tinggi ns bayar bulan-bulan hanya RM12. Terima kasihlah pada Menteri Besar Selangor ye. :D Harap negeri Kedah juga ikut jejak yang sama...

::Coffee Price::

Semalam berjaya juga ns habiskan 18 keping cd Coffee Prince. Husband ns bekerja semalam. Rupanya cerita ni dah ditayangkan di 8tv.Dah habis tayanganya dah pun. Alahai, ketinggalanya ns.. Cd cerita ni dah lama terperuk dekat rumah. Ihsan dari adik ipar yang selalu meminjamkan ns dengan cerita-cerita korea ni. Ns minat sebenarnya dengan korean drama ni. Tambah pulak kalau jalan cerita yang sedey..sedey tu. Coffee Prince ni best sangat pada ns. Kelakar sangat. Napalah orang melayu tak nak buat cerita-cerita macam tu ye. Cuma satu ns tak berapa gemar ialah ending cerita ni. Kenapalah endingnya tergantung semacam je. Tak puas pulak ns tengok kalau penghabisan cerita macam tu saja. Harap2 lepas ni drama melayu boleh buat macam ni.

28 March 2008

::Langkawi Part 4::


ns lagi ye.. :D dekat sini xde ombak


husband ns bawah pokok kelapa. cepat posing abg nnti buah kelapa jatuh


ni dekat kota mahsuri. ntah napa bila sampai sini rs sedih pulak


makam mahsuri



husband ns dh tak larat nk kayuh lah tu.. :D


heheh.. :D


buat apa tuuuuu...tak dan-dan


eeeuuuuuu..alalala tomeyy..:D


byk burung helang dekat sini

::Langkawi Part 3::


di tgh2 tasik dayang bunting. haa..ni lah ns..daaaa.. :D kayuh jgn xkayuh


ns dan monyet2nya..byk betul monyet kat sini..


air tasik ni tak masin walaupun dikelilingi dgn laut


ns dgn husband dlm bot di Pulau Singa Besar. Dekat sini byk sgt burung helang


ns dekat Pulau Beras Basah. Memang basah lencun..:D


Yeaa..akhirnya sampai juga..ni baru pulau pertama byk lagi pulau nk pegi ni


sampai2 husband ns terus posing..:D elelele


daaaa... :D


best tempat ni... seram pun ada


mahalnya nk naik solar boat ni. kena naik juga. :D

sambung part 4 ye...

::Selamat Hari Lahir Mak::

Semalam 27 Mac. Hari lahir mak yang ke 55. Selamat hari lahir mak, semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan, kegembiraan dan kebahagian di dunia dan akhirat.:) Sayang mak.

27 March 2008

::WR* 5115 is Coming::



::Pembangunan Modal Insan::

Hari ni ns baru masuk kerja setelah ns kena berkursus di PD. Ermm..kursus yang menarik. Dalam en3 ns sebelum ni ada ns menceritakan yang ns ni tak berapa nak faham apa itu Modal Insan. Setelah ns menghadiri kursus tersebut ns dah faham.

Kurus ni dikelolakan oleh Konsultan Hasanah Al-Darain Sdn. Bhd anjuran Kementerian ns. Antara penceramahnya ialah ustaz Hj. Mohamad bin Abdul Rahman dan ustaz Dr. Hj. Mohd Ali bin Saripan Al-Hafiz. Setiap peserta kursus dibekalkan dengan senaskah Tafsir Al-Quran. Setiap ceramah yang diberikan semua merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Disamping perkara-perkara yang patut di'praktikan' sepanjang kita menjalankan kerja kita di Pejabat. Sangat menarik. Bagi ns ini kali pertama ns menghadiri kursus semacam ni.Tapi ns berpendapat orang-orang yang patut didahulukan untuk pergi kursus-kursus macam ni ialah orang-orang 'atasan' sana terlebih dahulu. Selepas itu, barulah orang-orang 'bawahan' seperti ns ni. Alah tak lama pun sekejap ja.

Ns harap apa yang ns dapat dari kursus ni bukan setakat untuk 2-3 hari saja, tapi untuk sepanjang hidup ns. InsyaAllah.

18 March 2008

::Langkawi Part 2::

Hari kedua di Langkawi.

Kami menginap di Aseana Resort. Sepanjang hari kedua banyak tempat yang kami pegi. Ns tengok peta mencari tempat-tempat menarik. Husband ns drive di tengah-tengah cuaca panas. Sebelah paginya kami ke Underwater World Langkawi. Tengah hari pula lokasi kami ialah Awana Porto Malai sementara menunggu bot kerana berhampiran kawasan tu jugalah terdapat jeti untuk kami mengelilingi pulau-pulau kecil di sekitar Langkawi. Terdapat pakej yang disediakan untuk mengelilingi pulau-pulau kecil. Harga bagi seorang ialah RM35. Bergantung kepada Hotel sebenarnya. Kami bertolak dari Jeti tepat 2.30 petang. Tak pernah lagi ns naik bot sebegitu. Kata Pemandu bot sebelah petang laut bergelora berbanding sebelah pagi.. Lebih menakutkan daripada menaiki kereta kabel sebenarnya. Sebabnya ns tak pandai berenang sangat. :D. Nak cerita banyak-banyak ns tak pandai. Layan gambar-gambarlah ye. :D



Ns dekat Jeti nk keliling Pulau-Pulau Kecil nih.Takut naik bot..:D. Banyak pulak 'kati' kat situ.


Bangunan yang jauh di belakang huband ns tu lah Awana Porto Malai.



Husband ns dekat pantai Cenang


Ns dekat Pantai Cenang. Kat sini boleh cuci mata..:D


Ns dekat Awana Porto Malai. Kalau tak silap ns, kalau bermalam di sini sekitar RM5++ untuk semalam. Erkk..cari tempat lain je lah ye..


Hubby ns dekat Porto Malai. Cantik tempat ni.


to be con't...


::Milo Keracunan::

Semasa ns dengan husband nak ke Langkawi, kucing kesayangan ns si milo kami tinggalkan di Selayang selama 5 hari. Terkurung dalam sangkar. Kalau di rumah bebas je ke sana ke sini. Semasa kami di Langkawi adik ipar ns bagitahu yang si milo ni mulutnya berair sampai meleleh-leheh jadinya. Milo di hantar ke Hospital Haiwan di Cheras. DR kata milo keracunan. Rupanya husband ns sembur ubat kutu pada bulu milo ni. Habis dijilat-jilat bulu sendiri. Hari tu milo kena tambah air. Sian milo.. :D. Dah lah kena tinggal lama. eheh..



ubat si milo


Dah sihat dah..:D




::Bowling::

Hari Sabtu lepas ns ke Alamanda. Putrajaya. Ada pertandingan bowling antara jabatan. Kementerian ns anjurkan. Ns adalah salah sorang pemain. :D. Ns main dalam keletihan sebenarnya hari tu.(psstt..sbb tu team kami tak menang..:D eheh). Sebabnya malam sebelum keesokanya pertandingan, ns baru sampai dari Kedah. Jabatan ns hantar 4 team. 1 team perempuan dan 3 team lelaki. Hajatnya nak rebut balik piala pusingan yang kami dapat 2 tahun yang lepas. Tak kesampaianlah nampaknya. Takpa janji main kan. Bukan kalah tanpa bertanding.. :D.
Walaupun ns tak menang berkumpulan. Tapi ns menang secara individu..:D... ranking ns jatuh merudum. Tapi yang syoknya hari tu. Jabatan ns ada ambik pemain import dari OCBC. Heheh..husband ns di suruh ganti salah sorang pemain jabatan yang tak dapat hadir. Nasiblah husband ns ni nak. Sebabnya dia pun memang main bowling dari dulu lagi. Hari tu ns dapat hadiah. hadiah untuk individu dan hadiah cabutan bertuah. Tak pernah lagi ns ni dapat cabutan bertuah seingat ns. Kiranya ns memang bertuah hari tu. Berbaloi juga ns balik awal dari Kedah semata-mata sebab bowling ni. Bawah ni hadiah-hadiah yang ns dapat pada hari tu :D



Hamper tuh untuk cabutan bertuah..bertuah sungguh.. dalam kotak berbalut tu hadiah untuk individu..






17 March 2008

::Kursus::

Hari ni ns dapat surat dari Kementerian untuk menghadiri satu kursus. 'Kursus Pembangunan Modal Insan'. Diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson dari tarikh 24 hingga 26 Mac.
Pada mula ns baca tajuk kursus rasa mcm ns ni budak jahat je sampai kena hantar pegi kursus sebegini disebabkan ns tak berapa nak faham sangat Pembangunan Modal Insan tu ape.. :D Lagi pulak ns ni selalu cuti-cuti. Mengular tak pernah lagilah rasanya..eheh.
Sekarang ns dah faham dah Modal Insan tu apa. Bila ns tengok tajuk-tajuk ceramah pada atur cara kursus tu boleh tahan menarik juga. Antaranya seperti:-

-Matlamat dan Visi Manusia
-Iman dan Ilmu Asas Pembinaan Insan
-Mengenal Al Khaliq dan Pakejnya
-Mengenal Al Makhluk dan Al Alam
-Membangun Rohani Insan
-Tanda Syukur
-Masyarakat Islam Hadhari

Aktiviti-aktiviti lain ialah Qiyamu'allail. Seingat ns dulu pernah sekali di zaman sekolah rendah ns join aktiviti Qiyamu'allail ni. Dan ini kali kedua. Semoga kursus kali ni bagi banyak manfaat pada ns yang serba kekurangan ni.



14 March 2008

:: Langkawi Part 1::

My 1st Anniversary di Langkawi. Sepanjang hidup aku ini baru kali ke-3 aku ke sana. Walaupun aku di lahirkan di Kedah. Aku lebih suka pantai2 di negeri Pantai Timur terutamanya Terengganu. Tapi percutian aku ke Langkawi kali ini amat bermakna bagi aku.

Hari Pertama : Rebak Marina Resort & Cable Car Gunung Mat Cincang.


Baru sampai terus posing..:D

Dah lama tak naik feri, pening rasanya. Control2 ambik gambar.Lega dah sampai Jeti

Cable Car

Tak mau naik ke bang..:D


Atas jambatan gantung. Sorang saja....yang sorang lagi alasan nk ambik gambaq...seram ketaq lutut, gayat..:D

Rebak Marina Resort. Best kalau dpt sebiji..tido dlm nih je ronda2

Jambatan Gantung. Bergoyang2 sebenarnye jambatan ni. Angin kuat.... (psstttt..buat2 berani je nih..)


Cantik kan..uhuhu..tinggi..

Larat ke cable car ni nak naik,caiiyokk..caiyokkk... seram sungguh.. Tinggi sgt..




to be con't....

:: SINAR BULAN::

Perjalanan yang memenatkan bila memandu semasa hari hujan. Jalan sesak walaupun di Lebuhraya. Sekejap2 menekan pedal minyak dan 'klas'. Beruntung kamu menggunakan kereta auto. Seawal 9.30 pagi bertolak dari Kedah. 8.15 tadi alhamdulillah aku selamat sampai ke KL. Aku dah menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia pada 8 Mac lepas. Aku mengundi. Suasana tak seperti tahun2 yang lepas. Suram. Tak 'rancak' sangat. Hari pertama selepas mengundi suasana sama. Suram. Buat pertama kali negeri jelapang padi berada di bawah sinaran cahaya bulan. Bulan besar. Sangat Terang. Aku bersyukur masih di bawah pemerintah orang melayu. Orang Islam. Bagi aku tak kira sesiapa yang memerintah asalkan aku dan Melayu lain tak mengemis di negara sendiri. Tanah Melayu Tanah Air kita.

05 March 2008

::JOM JALAN-JALAN ::

Hari ni last keje untuk minggu ni. Flight aku seawal 7.15 pagi esok. Pagi-pagi dah ada dekat Kedah.(semoga perjalanan aku selamat, amin..). Seronok sangat bila dapat sesekali balik kampung. Suasana aman dan damai walaupun bahang pilihanraya cuma tinggal dua hari saja lagi. Mesti meriah dengan bendera-bendera parti yang bertanding.:D.

Sepanjang minggu depan aku bercuti. Hajat nak berjalan-jalan dengan husband ke Langkawi. Dah lama tak kesana. Buat kawan-kawan yang menghantar kad jemputan kahwin, terima kasih kerana menjemput. Kebetulan jemputan di sebelah utara juga. Kalau tak ada apa-apa aku sampai. Apa pun aku doakan semoga semua berjalan lancar, berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

Balik ke Kl semula nanti ada pertandingan bowling antara jabatan anjuran Kementerian. Tak sabar nk lawan ni..:D Hari yang sama juga ada jemputan kenduri sorang QS ofis ni di UKM. Sempena cuti Sekolah ramai yang ambik kesempatan buat kenduri. Kepada semua kawan-kawanyang akan melansungkan perkahwinan nanti, sekali lagi aku doakan semoga semua berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

04 March 2008

::27 YEARS OLD::

Dah lepas sebenarnya. Baru nk masukkan dalam en3 baru. Februari tahun ni aku dh menjangkau 27 tahun. Cepat sangat masa berlalu.Tua dah rasanya.:D Thanks kepada family mertua aku sbb buat suprise malam tuh, esp to my husband. Kali pertama sambut birthday as a wife. Heh..best.
Also thanks to my beloved husband sbb hadiahkan hp sony ericson baru. Syg sangat.. :D :D