28 March 2010

Buku & Buku Lagi

Pesta Buku tahun ni 2 kali ns ke sana. Kedua-duanya waktu hari bekerja (time rehat hari jumaat & lepas waktu ofis la). Saja tak nak kesana hari sabtu & ahad. Tak sanggup rasanya bersesak2 berlaga bahu dengan orang ramai. Waktu hari bekerja boleh berlenggang-lenggang dengan senang hati. Kali pertama pergi tak sempat nak ke seberang sungai (hall 2) sebab masa yang ada 2 jam saja. Kali kedua baru ns tuju ke Hall 2 cari booth PTS.

Hasilnya 5 buah buku ns borong dekat booth PTS dengan kupon diskaun di FB.


Antara buku-buku hasil dari Pesta Buku Tahun ni



Buku yang ns tengah baca sekarang. Bukan senang nak faham buku ni..


Buku yang baru selesai dibaca. Memang sedih.

24 March 2010

Syoknya bila dapat kaki



Hampir umur adieb nak cecah 1 tahun haritu dia dah bole berjalan. Hati girang tak terkata..bukan mama& abah dia je,yang lebih2 gumbira lagi tentulah si adieb. Pantang lepa..bertatih je kejenya.Teruskan uasaha anakku..nanti berlari pulak. Lepas ni mama bole bawa adieb g taman2 lepaskan dia untuk berlatih lagi..hihik..

23 March 2010

Pencuri

Dalam kesibukan kami sekeluarga dok berulang alik Sg. buloh -batu Caves. Dalam kesabaran kami tunggu nk masuak rumah baru. Pencuri ambik kesempatan pecah masuk rumah sewa kami kat batu caves melalui siling/bumbung. Syukur kami tak ada dalam rumah pada malam tu.Tapi hati tetap GERAM.







19 March 2010

Pesta Buku 2010

Lunch tadi sempat ke PWTC.Berdua dgn member ofis. Jenguk2 kejap ke Pesta Buku. Dari keluaran DBP hinggalah PTS. Setelah berpusing2 terbeli jugalah 2 buah karya saudara Abdul Latip Talib (Jatuhnya Sebuah Tamadun dan Imam Syafie)

Tercari-cari juga Buku Natrah kat situ.(Saja nak tengok harga walaupun buku ni dah beli)pun xjumpa. Buku-buku dari negara jiran (Indon ) pun xda. Mungkin sebab masa terhad sama agaknya. Tak habis pusing.
Erm..kesimpulannya pesta buku tahun ni macam tak berapa menarik sangat mcm tahun lepas. Mungkin sebab buku2 yang ns nak cari xdapat/jumpa.