24 July 2011

Madu & Minyak Zaitun


Madu & Minyak Zaitun
Salah satu pemakanan yang disarankan oleh islam yang baru kami amalkan.
Cukuplah sesudu setiap satu sebelah pagi & malam.
Stok sehingga habis Ramadhan nanti buat mama adieb & abah adieb.
Habis kami order lagi.

04 July 2011

Jatuh Cinta.


Mengenali buku - buku @ karya dari negara jiran, Indonesia bermula dari saya menjadi ahli di GRMY (Goodreads Malaysia) pada tahun 2008. Langsung terus jatuh cinta. Antara buku-buku yang menjadi koleksi saya ialah Tetralogi Laskar Pelangi dari Andrea Hirata. Bermula dengan buku 1-Laskar Pelangi, buku 2-Sang Pemimpi, buku 3 -Edensor dan buku ke 4 - Maryamah Karpov. Buku yang sedang saya ulit sekarang ini ialah dwilogi Padang Bulan & Cinta Dalam Gelas yang kadangkala membuat saya mengekek ketawa geli hati. Adieb pun 'heran' tengok mama dia ketawa.


Trilogi dari Negeri 5 Menara, iaitu Ranah 3 Warna dari Ahmad Fuadi juga tidak mengecewakan saya. Kehidupan Pondok Madani masih dapat saya gambarkan. Sehinggakan di pejabat saya tak malu bertanya pada 'cleaner-cleaner' tentang Pondok Madani, Danau Maninjau dan juga Pulau Belitong seperti yang digambarkan oleh mereka berdua dalam buku-bukunya. Dashyat sungguh penangan buku-buku ni..hehe. Disebabkan semua buku-buku ni jugalah saya kerap kali berbalas 'email' dan ke Fajar Ilmu Baru bertanyakan samaada semua buku-buku ini sudah sampai ke Malaysia atau belum semata-mata untuk saya membaca dalam versi asal walaupun harganya agak mahal.


Dalam masa yang sama sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan karya-karya Pramoedya dan Hamka pulak. Bila 'start' membaca buku-buku dari semua penulis-penulis ni memang susah nak 'stop'. Apapun karya-karya dari negara kita juga tidak kurang hebatnya.

01 July 2011

Imam Muda

Malam ni berkesempatan tengok Imam Muda Akhir di saluran HD, 188. MasyaAllah...sedap & sayunya dengar bacaan dari Imam Muda Hassan & Nazrul. Sejuk hati ibu-bapa mendapat anak-anak tahfiz sebegini. Moga-moga dapat kita membimbing anak-anak kita juga ke arah begini. Amin..;)

Lagu Tema Imam Muda 'Hamba Mu' dendangan Mawi & Akil Hayy pun best juga..;)