25 July 2008

Moga-Moga..


Selalunya ns tak ketinggalan ikut rancangan jemputan umrah di astro oasis, memandangkan ahad lepas ns dalam perjalanan dari perak balik ke KL , ns tak berkesempatan nak tengok. Malam tadi kebetulan ada siaran ulangan. Seperti biasa hati ns mudah tersentuh bila tengok rancangan ni. Air mata ni senang nak jatuh. Pelbagai pengalaman dan keinsafan para peserta yang berjaya menjadi tetamu Allah di sana.

Tak semua orang dijemput menjadi tetamuNYA kan biarpun berlimpah wang ringgit. Kalau hati belum terbuka untuk ke sana. Orang yang belum cukup duit ni yang selalu teringin nak pergi dan berkobar2. Bukan tak ada duit..cuma belum cukup. InsyaAllah satu hari nanti kita juga berjaya ke sana. Dengan izinNYA juga ns doakan semoga diberi kesihatan dan umur yang panjang pada kedua ibu bapa ns agar hajat ns untuk membawa mereka ke sana suatu hari nanti akan tercapai.

10 comments:

Marjerin said...

insyaallah..semuga hati kita nan sentiasa terbuka

Tokyo BLUE said...

saya juga berkesempatan utk melihat rancangan tersebut. benar.. mmg mudah tersentuh..

saya juga sedang menyimpan wang dan harapan utk menunaikan umrah @ haji.. insyallah..

Anonymous said...

Sy pun selalu jgk menonton Jemputan Umrah. Depa tu cukup bertuah, kan? Alhamdulillah...

Insya-Allah... semoga Allah akan memakbulkan doa kak ns.

Sy b'syukur sbb mak & arwah ayah sempat jgk tunaikan haji thn 2001.

**salam indah**
(^_^)

Anonymous said...

moi suker rancgn JEMPUTAN UMRAH tu..ermmm..biler moi dpt pegi lagi ek..dulu masa form 5, moi penah wat umrah..best sgt2 kak..

kamar hati said...

insyaALLAH, moga ada rezeki kita tuk sampai ke sana...merasa nikmatnya...merasa ketenangannya...

Kaktiny said...

semoga mak dan ayah kaktiny juga diberi kesihatan agar kaktiny dapat menghantar mereka mengerjakan umrah.. amin..

Akak said...

Salam...

Akak dah pergi Umrah mmg seronok, kalau ada rezeki nak pergi lagi, insyaAllah..

Semuga Gdiz dan keluarga juga mempunyai rezeki dan kesempatan untuk menjejkan kaki ketanah suci, insyaAllah.

ns said...

marjerin :
aminn..

tokyo blue:
aminn..

nusya:
salam indah buat kamu juga sekeluarga

ahmoi :
mesti nak pegi lagi kan

kamar hati :
betul tu.

kaktiny :
sama2 kita doa.

akak :
thanks akak. moga2 tercapai.:)

Kak Long said...

teringin nak pegi juga, belum ada rezki

ns said...

kak long :
InsyaAllah, satu hari nnti ada rezeki kita ke sana. Sama2 kita doakan ye, kak long.