30 July 2008

Buku dan Milo

Mulanya ns nak tulis entry lain. Tapi, biarlah dulu. Pagi tadi ns ke Kementerian di Putrajaya. Bukan seorang tetapi bertiga. Bila dah selesai segala urusan kat sana, kami ke Library. Kawan ns sorang ni katanya nak pinjam buku. Ns pun belek buku tiap-tiap rak. Terjumpa buku Ensiklopedia ni dan terus buat pinjaman. Mulanya ns takut nak buat pinjaman bila teringat ada sebuah buku ns pinjam yang belum dipulangkan. Buku Pekeliling. Persediaan untuk ambik exam nak sah jawatan satu ketika dulu. Rasanya dah dekat 3 tahun. Nasib lah ns dah lulus. Kat mana ns letak buku tu pun dah tak ingat.
Buku Ensiklopedia ni macam menarik bila tengok isi kandungan dalam tu. Banyak petua2 untuk orang kesihatan dalaman perempuan. Bila dalam kereta on the way nak balik ofis, sorang kakak ni tanye ns, 'buku ape ko pinjam tadi ?'..Ns pun tunjuklah buku ni. Ketawa dia katanya ns dah tak sabar nak jadi bidan. Heh..;p. Sampai ofis pun masa lunch tadi, dia kata lagi kat member2 ofis yang lain.Lepas ni nak petua apa2 tanya ns. Heheh.. Bukan nak jadi bidan kata ns pada dia. Erm..harap2 buku ni tak dihilangkan. Mesti dipulangkan nanti.




Inilah rupa bukunya.



Si milo buat perangai.

Ni pulak kisah si milo petang dan malam tadi. Geram pulak ns dengan kucing sekor ni. Asar petang semalam dalam ns dok berdiri nak rakaat pertama dia boleh 'landing' dok betul2 depan ns nak sujud. Sekarang ni dalam ns nak jauh2 dengan dia, makin menjadi2 manja dia. Hehe.

Si milo makin manja. Terlebih2 manja. Sekarang kalau dia nak tido, mesti dia nak dekatkan badan dia dengan badan ns.


Gelagat milo malam tadi time ns dok golek2 depan tv atas toto. Boleh si milo tido mcm nyenyak je. Siap kepala alaskan kaki ns dan tangan dia peluk tapak kaki. hehe..geli ;p bulu2.

Ni pulak 'pot' dia kalau time ns dok masak kat dapur. Ala2 teman ns memasak gitu.;p. Yang syoknye kucing ni, bila orang lain datang, belum masuk rumah lagi, dia akan lari naik menyorok kat atas. Heheh..kelakar. Macam tau2 je. Dia siap2 akan lari naik atas. Kalau ns dengan husband je balik, siap tunggu depan pintu lagi.



25 July 2008

Moga-Moga..


Selalunya ns tak ketinggalan ikut rancangan jemputan umrah di astro oasis, memandangkan ahad lepas ns dalam perjalanan dari perak balik ke KL , ns tak berkesempatan nak tengok. Malam tadi kebetulan ada siaran ulangan. Seperti biasa hati ns mudah tersentuh bila tengok rancangan ni. Air mata ni senang nak jatuh. Pelbagai pengalaman dan keinsafan para peserta yang berjaya menjadi tetamu Allah di sana.

Tak semua orang dijemput menjadi tetamuNYA kan biarpun berlimpah wang ringgit. Kalau hati belum terbuka untuk ke sana. Orang yang belum cukup duit ni yang selalu teringin nak pergi dan berkobar2. Bukan tak ada duit..cuma belum cukup. InsyaAllah satu hari nanti kita juga berjaya ke sana. Dengan izinNYA juga ns doakan semoga diberi kesihatan dan umur yang panjang pada kedua ibu bapa ns agar hajat ns untuk membawa mereka ke sana suatu hari nanti akan tercapai.

23 July 2008

Alhamdulillah..

Kadangkala ALLAh hilangkan sekejap matahari yang memberikan kita cahayanya..
DIA datangkan pula kilat dan petir, awan yang mendung,
Puas kita mencari mana matahari dan sinarnya
Rupanya kita dihadiahkan dengan pelangi yang sangat indah.

Thanks Allah, makbulkan doa hamba-hambamu. Amin..


"Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku & matiku hanya utk Allah, tuhan sekelian alam"

22 July 2008

Khabar hari minggu dan MangkukTingkat (si'a)

Semalam, isnin ns xdatang keje. Penat sangat rasanya. Hari minggu ahad, ns dgn en. abg bersama mertua pergi ke kebun mertua dia Sayong, Kuala Kangsar ambik rambutan. Berhujan kat sana. Dok ' Kait' (jolok) buah rambutan. Perak memang banyak terima hujan kan. Sampai kat sana singgah kat Kuala beli lauk sikit, untuk makan kat kebun a.k.a dusun tu.


'buah moktan' ;p


En. abg versi koboi..yeahaa..

Bila masuk ofis hari ni, kawan2 ns termasuk bos ns cerita pasal website magkuk tingkat (si'a) ni. Kat ofis ni memang susah nak dapatkan makanan melayu. Yang ada hanya 2-3 kedai je. Harganya pulak, mahal. Kebanyakkan kedai makan yang ada ialah mamak. Jemu dah anak tekak ni nak telan masakkan mamak (sib baik yun perasan telan mamak, heeh), kalau dah hari2 pagi petang pulak tu. Dulu banyak orang jual kat tepi2 jalan ni, tapi sejak majlis kacau, diorang dah jarang buka dah. So, bos ns ni bagi cadanganlah untuk order je dengan mangkuk tingkat ni, memandangkan boleh buat tempahan, hantar ke ofis ni. Senang betul sekarangkan. Setiap hari menu lain2. Macam sedap je. Kami pakat untuk cuba sepanjang bulan 8 ni.

Petang semalam bila en. abg balik dari ofis kami ke giant. Beli barang2 dapur untuk bulan depan. Lepas tu ns ke Pusrawi. Jenguk anak akak ns kat sana. Demam and penat. Sian tengok kecik2 masuk wad, asyik nangis je. Sedih tengok. Tengah dok tengok tv akak ns bercerita kat ns, kawan kepada kawan ofis dia kerja sebagai 'misi' (nurse) kat situ. Ada satu malam ada orang bersalin. Si ' misi' ni nak la bawa uri yang dah basuh tu pi simpan kat bilik uri. Masuk je bilik tu si 'misi' tu terus pengsan. Bila dah sedar dia cerita, katanya punyelah ramai 'makhluk' dok menjilat uri kat bilik uri tuh. Haih,, seram pulak ns dengarnya. Wallahualam...


si afiq di wad ar raihan,baru terlelap. Sebelum tu asyik nangis je.

18 July 2008

Cerita kawen 'n' macam2 ada...

Kul 12 tengah hari tadi kami dah keluar lunch. Jumaat kan, paham2 jelah ek. Pompuan pulak tu... Mengalahkan orang lelaki yang nak pegi sembahyang Jumaat, hehe. Ada yang pergi ke Jalan TAR cari kain. Alaaa..gaji minggu depan, maybe masa tu boleh dipertimbangkan ke Jalan TAR pulak. So tadi kami berempat pilih ke gerai ikan bakar kat Tangling. Keluar awal bukanya apa..takot2 takdak paking na..;p( ikan bakar belami lagi susah paking kan) .Gambar2 ni Yun a.k.a antalya lah yang snap..

nyum..nyum..


opismate ns


opismate lagi.. alah nampak juga ns sipi2 tu, hehe

Balik dari Tangling. Sampai opis. Ns tutup lampu. Penjimatan kan...makan kenyang mata cam berat pulak. Ns blogwalk ke blog kawan2 dalam gelap gelita tu. Baru rasa feel baca kesah2 diorang.,hehe. Tengah dok diam2 kat partition ns ni, terdengarlah dua orang opismate ns ni dok ngomel2..sok sek sok sek sambil kuk kik kuk kik dok gelak. Sebenarnya dua2 ni dah jadi tunangan orang. Yang sorang akan kawen hujung tahun ni and yang sorang lagi tahun depan. Ngomel2 lah diorang 2 orang ni.. pasal kad kawen.. mak andam..fotograferlah...budget..hantaran...hehe.... sambung lagi pastu cerita lepas kawen, sewa rumah..bil2..hehe..dah kawen nnti taulah korang kan mcm mn. hehe..kadang time tulah hal kecik pun nak gaduh dgn tunang..dugaan semua tuh. Harus dihadapi dengan tenang....:) lepas kawen lagi besar dugaannya. Tapi semua tu mematangkan lagi diri sebenarnya.

Memang pening sebenarnya nak uruskan bab2 nak kenduri kawen ni. Macam ns lah dulu. Kalau banyak duit and anak dato' ke..leh la panggil wedding planner je kan. Kita sediakan diri nak bersanding je kan. Tetiba sorang opismate ni tanya kat ns dalam gelap2 tu berapa RM ns abiskan untuk kenduri dulu. Ns bagitaulah.. nak buat sekaligus, memang akan terasa..so, kalau tak nak terasa sgt, tiap2 bulan ns akan buat and beli sikit2. Kena persedian dari awal. Hantaran buat sendiri je kalo kretif..tak pun tiru je kat kedai2 barang2 hantaran. Masa ns memang banyak juga abis, mak andam, baju.., nasiblah lauk:pauk mak/ayah yang sponser, hehe..alhamdulillah selamat semua dah.

gambar sekadar hiasan, hehe ;p ( skrg dh tembam )

So, pada kawan2 ns dua orang tu, rancang lah elok2 sebaik yang mungkin. Majlis tu insyaAllah sekali je kan dalam hidup kita.


17 July 2008

Ns dan Teater

Sapa tak pernah tengok teater angkat tangan..;p. Ns pun boleh dikatakan baru je berjinak-jinak dengan teater-teater ni (Jadi penonton lah takkan jadi pelakon pulak kan). Bermula seawal tahun 2005 masa tu tengah buat part time study kat shah alam. Bila buat part time masa dah keja ni, maka kenal ramailah rakan2 kelas dari jabatan kerajaan dan swasta yang lain kan. Ns ingat lagi dalam kelas ns pada masa tu ada 4 orang yang dah kawen. Ada sorang tu memang ns respek kat dia. Sorang 'abg'..(takkan nak panggil pakcik pulak kan) keje kat MPAJ . Dia kata anak dia dah 5. Ada yang sebaya ns pun ada. Yang syoknya dalam kelas dialah selalu dapat markah kuiz or ujian yang tinggi. Yelah..banyak pengalaman kerja dah kan. Eh..dah jauh menyimpang dari tajuk asal, hehe..sowi..

Ok cite pasal teater. Dalam kelas tu ns kawan rapat dengan sorang budak pompuan keje dengan Kementerian Pelancongan. Kami g kelas sabtu /ahad sama2. Kalo g naik kete ns (masa tu si kancil manis) dia yang akan bayar tol rm1 kat batu 3. Kalo hari naik skuter'rama' dia, lepas kelas selalu kami terus ronda2 makan laksa kat gerai dekat Istana Budaya tu. Skrg dah ada construction la.. Dialah banyak kali bawa ns tengok teater kat Istana Budaya dan MTC. Maklumlah dapat tengok free (masa tu ns tengah lonely la katakan) hehe. Dia banyak kenal dengan orang2 kebaudayaan..budak2 ask, tu pasal dapat free.

Teater yang pertama ns tengok ialah 'Rubiah'. Wah..memang syok ler. Sejak tu la ns minat teater. Sejak kawen xpernah tengok teater lagi. Lepas ni nak cuba tengok kat DBP dgn Panggung Bandaraya pulak. Nak tanamkan minat teater kat en. abg pulak, ;p. Ns pun dah lost contact dah dengan kawan ns tu. Dia pun sekarang jauh nun kat UTM sana sambung ngaji lagi. Igt lagi dia kata kat ns ' aku tak ada bf la, baik aku sambung terus ngaji lagi'. Masa tu ns dah kawin. Bagus juga ko sambung masa bujang2 ni. Tapi takpa la kalo2 ko ada tiket free lebey.,jangan lupa kawan naa... La ni ns byk dapat info teater free kat ruangan aktiviti en. kemat Pada kawan2 cuba try tengok teater, mesti nak lagi.

15 July 2008

Dulu-Dulu

Masa kecik dulu-dulu zaman sekolah rendah, masa tu ngaji Quran kat Masjid2 sebelum ada KAFA kat Sekolah. Lepas ngaji Quran tak sabar2 nak balik rumah. Nak main bola sepak kat petak2 sawah yang padinya dah dituai. Tinggal tunggul2 jerami, kami pijak2 bagi lunyai. Baru senang bola nak meleret dan masuk gol. Kami campur laki pompuan. Selalunya lepas padi dituai, angin bertiup kencang. Tok kata 'angin timur'. Masa tu ramai juga main 'wau'. Kami pakai seluar 'katok' berselipar jepun..alahai..buruknya ns masa tu. Kalau tak main bola, kami main 'roundes'. Susun selipar 4 penjuru kami tampar bola kami lari buat pusingan.. bila bola kena mata, lari balik nangis kat rumah, hehe... gaduh2 dah jadi adat.

Bila dah bosan kami tukar pemainan,kami main aci sembunyi, tuju tin dan badminton. Yang pasti seluar 'katok' tetap menjadi pilihan. Itu cerita kami budak2 kampung. Nasiblah kat kg tak ada parit ke..sungai yang cetek2. Sebab tu lah agaknya ns tak pandai berenang. Dulu2 tak terjun mandi sungai. Kat sekolah pula, waktu rehat kami main batu tujuh (batu seremban) dan main lompat getah, orang kedah sebut main 'gerofoin', eheh..pendek kata budak2 memang main tak sudah2 kan. Manalah kawan2 sepermainan bolasepak dulu2 tu. Kalau jumpa of cozzzz ns maluuuu...;p.

Ns rindu zaman tu. Zaman di mana ns selalu ke sekolah tanpa membawa beg sekolah. Lupa rasanya. Selalu pulak tu. Nak belajar apa??..Itu cerita ns masa darjah 1. Bila dah naik darjah tinggi sikit selalu double2 kan kapur kat kasut sekolah. Kalau dah malas nak basuh..itulah jadinya. Alahai..rindunya ns zaman tu. Tak pikir masalah langsung.

Kezutan lagik


gambar sekadar hiasan.

Seawal pagi hari ni ns bersemangat pulak buat keje. Tepat kul 8 pagi dah kesana kesini..bukan makan angin, tapi buat keje. Nak dijadikan cerita ns nak dapatkan cop sorang pengarah kat ofis ns ni. Ns carilah PA dia. Kebetulan PA dia tengah makan kat pantry. So, ns terus g cari cop tu sendiri kat bilik PA dia... tetiba ns terpandang wallpaper kat pc dia (curi2 pandang sebenarnya..hehe). Rasa macam pernah tengok jer gambar ni. Lama juga ns pikir...dan akhirrrrrnya...ns dah ingat, heheh..cis..cis..budak ni satu ofis dengan aku rupanya. Patutlah masa akak sepi kuarkan n3 pasal gathering tu dia punya komen cam nih;

' itu je la..tp klau jd join gathering ni..sure akan ada yg cam tak caya jumpa saya...sbb saya kenai dia realiti & maya...hihihi....tp tak sure dia perasaan kamar hati tu saya atau tidak...hihihi...guess who??? :)
segan gak ni...hihihi...

Hehe..jangan maraaa aa, cik kamar hati patutlah laeen macam jer bila dia komen2 n3 ns, akhirnya..kan dah kantoiii..ekeke.. ermm.. rupanya ramai juga penulis blog kat ofis nih.

* yun pun mesti tak tahu ni..

14 July 2008

Ns dapat award .;p

Di pagi isnin yang bluesss dan disaat kepala ns pening2 lalat ni, ns dikejutkan dengan satu tepukan yang sangat gemuruh. Rupanya ns dapat award dari akakkedai and ahmoi.

Heh..terima kasih untuk akakkedai sebab bagi award. Barulah ns tak bluesss pagi2 ni. Daily Blogger??? Kalaulah bos ns tahu ns dapat award ni mahunya dia bangga. Heee... ;p. Bila dah dpt ni kena selalu 'hupdate' lah ye akak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu lepas - sabtu & ahad ns tak holiday2 kemana pun. Jumaat malam tido di rumah mertua sebab malam tu mertua bw g makan2 sempena besday en. abg yang ke .......28 tahun ;p. Sebelah petang sebelum tu kitaorang berdua-duaan pegi makan kek kat secret Recipe dah, hehe.. apa hadiah ns nak bagi tahun ni.. Hari ahad pulak kami dok umah layan HBO je kat TV tengok Ocean T'teen. En. abg asyik terpejam2 je sebabnya malam sebelumnya dia keje malam. Xsyok pulak tengok sensorang, ns korek2 mata dia suh buka mata, hehe.. lepas habis tengok tv kami keluar nak pi minum petang. Ns bagi cadangan dekat en. abg, kami ke rumah mertua ns, minum petang free. Cuci mulut dengan rambutan lagi ;p

Malam tadi dengan malam ni ns tido rumah mertua lagi..En. Abg dok make over kete dia dengan adik ipar. Entah buat apa, buka bumper..buka lampu..haaihh,,satu keja pulak buka sana, pasang sini. Tapi kete tu ns yang dok bawa datang keja, hehe. Dia bawa keta ns. Iyelah keta ns boleh ditinggalkan comel2 kat parking stesen lrt tu. Si Milo pun turut kena turut serta kalau kami tido Selayang. Sian pulak kalo tinggalkan dia sekor2 dlm rumah tu. Dekat rumah mertua ramai yang suka belai2 bulu dia, syok lerr tuu..


Sian kete ni, mata dia dah kena kopek untuk letak 'konteklen' baru.


'Konteklen' baru..



Keadaan matanya yang asal. Tanpa 'konteklen'


Ni la keje en. abg bila 2 hari cuti minggu ni.

11 July 2008

Gathering

Syok juga berblog ni. Selain dapat baca kesah kehidupan harian masing2 leh juga eratkan silaturrahim. Bila bagi komen, bukan main,,macam dah kenal 10 tahun, ;p. Tapi yang sebenarnya..baru je kenal satu hari.

Sib baik ada sorang akak sepi bagi cadangan nak buat jumpa2 makan2. Boleh la ns kenal, mana satu kaktiny....ramah ka akak sepi mcm komen2nya, hehe ;p...dapat kenai ahmoi..dayu si engineer yang manis tu ;p...yun(antalya) dah terlebih kenal dah.;p. Selain tu..leh sembang dengan akak shopforshoppers (kalau akak turun ke kl lah ye..) kamar hati....and yang laen-laen lah..yang ns tak sebut.

Ns terjumpa sabda ni kat satu website;

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”


08 July 2008

Berbuka

Keadaan hujan petang semalam. Lebat betul.


Semalam ns dengan en. abg sama2 berposa. Petang semalam ns tak bernafsu pulak untuk memasak, heh.. Letih rasanya. So ns cakap kat en. abg berbuka kat luar jelah. Perjalanan nak ke tempat berbuka dihujani dengan hujan yang lebat sangat. Jalan pun dah jam. Asal hujan je mesti jam. Jalan yang dekat leh jadi lama dok dalam keta.Tension tul.. mulanya kami singgah di Giant untuk beli makanan boss dulu. Balik rumah sekejap hantar makanan boss, (dah pandai bela kena la pandai bagi dia makan kenyang kan..;p) lepas tu barulah keluar semula ke tempat makan di Taman Bolton. Dah jadi kebiasaan kan bila dah posa nafsu nak makan mesti tinggi, huhu..kalau boleh semuanya nak order. heh.. Petang semalam kami berbuka dengan siakap stim asambol.. tomyam campur..n kailan goreng biasa..bila dah minum air segelas..dah tak lalu nak makan.Brrkk..;p


* Pagi tadi sangkut dalam jam kat jalan kucing 1 jam. Angin betull. Sampai ofis 8.30.Ermm..

04 July 2008

Petang Semalam Punye Citer...

Petang semalam tengah syok2 masak untuk berbuka, ada ketua penduduk kat taman tu bagitau ada nak buat foging pulak. Kerap sangat akhir2 ni Pej. Kesihatan datang sembur. Tak kira siang malam. Haritu foging kul 8 malam. Mesti ada kes orang kena denggi lagik ni.. Yelah mana tak kena, kawasan ni kira phase baru siap. Banyak rumah diorang renovate. Kawasan rumah yang direnovate tu banyak benda2 boleh takung air. Bila air takung nyamuk tu pun membiaklah. Ns memang setuju diorang buat foging tu. Geram betul dengan nyamuk ni. Pasal nyamuk nilah ns masuk sepital hari raya.


Keadaan petang semalam.


kepulan asap. Kain baru je sidai kat ampai. alahaii..habis baju


Ns buka pintu sikit bagi asap tu masuk dalam rumah. Halau naymuk2 tu


Program memerangi nyamuk aedes. Program ni dirasmikan oleah ADUN Gombak haritu.


Sotong nak buat kerabu..udang tomyam + daging & ikan bawal masak sweet sour ;p

Bahan-bahan untuk memasak petang semalam. Sedikit terganggu dengan aktiviti foging diorang tuh. Gambar yang dah masak tak dan nak tangkap sebab dah lapar sangat. Tapi jadi tau..;p heheh

Serai yang tak payah dibeli dah. Hasil tangan ns yang tanam ni tau ;p. Halia, lengkuas & kunyit pun ada. Aiseh..termasuk gambo bangla tu cuci keta pulak ek. Promo sikit cuci kete kat situ rm5 je tau luar dalam ;p

* petang ni nak masak mee bandung pulak untuk berbuka :blush: sabtu ni nak cuba buat kek lapis serawak pulak. Harap2 jadik :sigh:

03 July 2008

Selera

Hari ni posa. Esok 1 Rejab kalau boleh nak posa juga. Posa di bulan yang bukan bulan posa ni banyak dugaannya. Pagi2 selalunya akan dpt ajakkan dari kak i, kak n, kak r & cik y ajak pg breakfast. Huh..kadang tergugat juga bila teringatkan teh tarik mamak ;p (walaupun dah naik harga). Hmm..

Dari pagi tadi ns dah berkira2 petang ni nak berbuka apa ;p hehe. Benda semua dah ada dalam peti sejuk. Yang tinggalnya nafsu nak memasak. Tapi petang ni ns memang bernafsu nak memasak sangat2.;p bila tengok menu2 kak hanieliza kat fotopages dia. Ermm..petang rasa nak masak..



buah melaka., dari pagi tadi asyik teringat buah melaka ni.


pastu..nak buat bubur jagung ni..


nak buat tomyam campur...


tambah kerabu sotong sekali..


and the last one...bawal sweet sour..;p nyum..nyum..


~ nanti kita lihat hasilnya ye.pstt..nk turun g giant sat.

02 July 2008

5 PKA : Teknik Kangar, Perlis.

Semasa ns belek friendster kawan2 sekolah dulu, ns jumpa beberapa keping gambar zaman persekolahan semasa di Teknik Kangar. Kelakar tengok muka masing2 yang seakan2 kanak2 riang pada masa tu. Macam baru je berlalu zaman sekolah. Sudah tua kah ns..;p Haih..rindu pulak rasanya. Kalau masa boleh patah balik, memang nak sesangat. Nak ngaji betul2 xnak main2. huhu..


Dari kiri berdiri ialah 1. shah ( ofis dia sekarang sebelah ofis ns di PBD ni, baru bertunang dengan DR ~ pandai ko tackle shah ek :)2. Danial (Baru dapat baby~Tengah sambung ngaji lagi~bercinta & berkawin dengan rakan sekelas juga ~(epit) wife dia lecture dekat tempat dia ngaji, hehe-cayalah korang dua :) yang lainnya amirul, zam & ajip. ns dah lost contact dengan diorang.

Ini antara beberapa keping gambar yang sempat ns colik dari friendster kawan ns tu. Dalam ramai2 35 orang dalam kelas PKA , ni jelah lelaki yang ada. Selebihnya ialah budak2 perempuan. Yang duduk tulah cikgu kelas kitaorang. Garang abis cikgu ni kalo angin dia tak elok. Cikgu kelas kitaorang mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam. Pe'el cikgu ni kitaorang dah tau sangat dah. Sebelum start kelas dia, kitaorang mesti disajikan dengan lagu Syarifah Aini (Yayadan). Kalau tak lagu gu, mesti lagu Ct Nurhaliza (Cindai) Haha..kelakar giler..

Masa daftar kat sekolah ni ns tak dapat asrama. Ye lah kan, Kodiang nak ke Kangar tu 15 minit jer. Sapa nak kasi ko hostel kan. Memang ns pun tak mo dok hostel. Tapi mak&ayah ns buat rayuan masukkan ns ke hostel. Bila dah masuk hostel hari2 telefon merayu dengan mak nak ulang alik naik bas. Dia pujuk2 suh bertahan juga..2 tahun jer. Huh..sabo je lah kan.

Bila dah makin lama dok hostel, perangai yang tak pernah2 keluar semua keluar. hehe ;p baru syok dok hostel kalo macam ni ek. Masa dok hostel ns group dengan budak2 aliran vokasional. Memang hantu diroang ni, termasuklah ns sekaki. Time budak2 lain pulun study kami duduk diam2 dalam dorm yang gelap gelita. Kalo dah dok hostel tak sah kalau tak berkakak angkat kan ;p. Boleh dikatakan tiap2 minggu mak&ayah ns datang bawa makanan best2. Kalu tak hari2 ikan tongkol. Bila family sape2 antara group kitaorang nak datang mesti buat senarai pesanan untuk seminggu. Time orang sembahyang jemaah ramai2 kat surau kami sembahyang dalam dorm. Huh..bila pikir2 balik skrg memang menyesal. Uwaaa..nak balik sekolah balik kalau boleh.. ;(

Antara kawan rapat ns, Nadia & Epit (wife si daniel)~ dua2 dah jadi mak. Tahniah ek puan2 :) * Suka tengok muka kanak2 korang ni ;p

Masa ni rasanya kitaorang ada lawatan ke Maktab Perguruan Perlis. Time ni kelas kitaorang lah yang paling famous antara kelas2 aliran teknik yang lain. (ceewahhh:D) Maklumlah ramai ratu2. hehe. Sekarang zaman dah moden ns dah boleh search diorang dalam friendster. Ns tahu dioarng dah berjaya semua. Kebanyakkan yang ns tahu diaorg jadi tenaga pengajar. Ada yang sampai sekarang ngaji tak abis2 lagi..antaranya sue, aku tahu ko nak ambik PHD terus kan baru ko nak makan nasi minyak ek ;p heheh Sue ni skrg jadi lecturer dekat UUM. Nadia dah jadi cikgu Math ( dulu dialah suka kutuk cikgu math kitaorang) Last2 dia jadi cikgu math. Epit pulak dah jadi lecturer dekat Unimap. Bagus tullah diorang ni. Apa-apa pun ns harap diorang bahagia bersama family masing2. Erm.. :)

Alkisahnya : Si Milo lagi


Si milo ni memang dah lebih2 mengadanya. Manje2 gitu ;p Kat mana kami ada, kat situlah juga dia dtg join sekali.


Haritu tengah ns dok rajin2 melipat kain baju, bila ns toleh je tengok2 dia dah lentok kepala dia kat tuala yang baru basuh tu. Geram pulak ns nengoknya.


Bila nak ambik gambar terus je dia buat aksi manja dia. Siap letak tangan sekali peluk tuala tu. hehe.;p

Tapi kucin ns taklah sampai masuk peti sejuk mcm kucin antalya a.k.a yun tu. hehehe

Tapi si milo ni lah peneman kitaorang yang memecah kesunyian dalam rumah tu. Asal nak berak je bising, nak makan pun bising. Semua nak kena orang pegi teman, hampeh tul. Jeles pun kuat kucin ni.;p













Si milo yang manja.

01 July 2008

Koleksi : Antara Ex HP Ns

Kali ni ns nak post en3 pasal semua bekas2 hp ns ;p.

Ns mula pakai hp ni sejak lepas belajar kat Politeknik kat Kedah dulu. Tu pun masa dah start keje dengan syarikat kontraktor. Masa belajar dulu langsung tak guna hp. Kalau nak telefon ke rumah, public phone lah tempat kami. Bila kawan2 rumah sewa yang dapat duit biasiswa (pada masa tu biasiswa KPM) kami satu rumah dah tak guna public phone.
Kami kongsi2 satu hp yang ada tu. Antara model hp yang canggih pada masa tu ialah Sagem dan Alcatel. Hp kawan serumah ns kaler kuning. hehe ;p. . Kalau kat public phone jenuh menunggu giliran. Dulu prepaid mahal betul. Tak semurah harga sekarang, seingat ns paling murah pun rm60.


Samsung N100


Ni lah hp pertama ns.;p. Erkk..ada lagi ke skrg ye?.. Kaler silver. Ns beli hp ni dekat Penang. Kebetulan pada masa tu kami sambut Merdeka satu family kat sana. Jalan punye jalan beli hp ni kalau tak silap harga masa tu ns dapat ialah rm130. heheh..murah kan ;p Screen dia kaler kuning je. Takda warna warni ;p


Samsung C100

Ni hp kedua ns guna. Hp ni cuma RM50. Bukan second hand tau..ns lah first hand ;p. Nak dijadikan citernya, dulu masa ns kat um ns suka masuk berchatting di Kampung Chat. Masa tu tak adanya ym2 ni. Dari kampung chat tu ns ada sorang rakan. Eheh kalau tak silap dia guna nick name Muaz (nama samaran jer nih), sorang officer Kastam kat Putrajaya. Pada masa yang sama dia sambung master kat um. kebetulan dapat kawan chat yang baik. Ns dapat hp baru dengan harga harga semurah tu. Masa stay kat vista time bujang dulu rumah sewa kami kena masuk pencuri, habis hp & segala mak nenek yang lain kena curi . Tensen betull.!!

Samsung C110

Bila hp ns kena curi, Ns pakai hp ni pulak. Harga tetap sama rm50 jugee ;p Rasanya ns belum pernah beli hp sendiri melebihi harga tiga ratus lagi.



Nokia 6600

Lepas dah bosan dgn Samsung. Ns tukar pakai Nokia gemuk ni. Hp ni dapat free dari kwn chatting kastam tu. Dia hadiahkan. Pakai kejap je pastu jual kat kawan. Erkk..xyah cakap lah ek jual dgn harga berapa ye ;p

Sony Ericson K310i

Hp yang ni last ns dapat RM50 dari kawn ns tu. Lepas tu kami dah lost contact bila ns dah tunang. Last ns beli hp sendiri. Sekarang mak ns kat kg guna hp ni. Ns bagi kat dia suh guna.;p



Sony Ericson S500i

Yang ni hp paling spesel bagi ns. En. abg tomey ns hadiahkan ms birthday ns awal tahun hrtu. Luv u ;p. Memang dah upgrade habis dah ni, hehe screen kaler2. Dulu scren satu kaler jer.

*antara byk2 hp, bagi ns sony ericson the best. Esp colour & soundnya