30 June 2008

Sungai Buloh : Rumah

Pagi Ahad lepas awal betul ns bangun. Selalunya taklah seawal tu. Hari minggu kan. Sebelumnya en. abg dah pesan kena bangun awal. Plannya nak ke Sg. Buloh. Awal2 pagi tu kami ke pasar tani Danau Kota ambik ikan dekat sepupu ns dulu. Sejak lepas kawin kami dapat ikan2 segar free..terus dari Kuala Kedah. Pilih je nak apa..Alhamdulillah.

Balik dari Danau Kota kami ke Sg. Buloh. Mertua ns nak bayar duit Kelab katanya. Nak bawa budak2 mandi2 kat situ. Alang2 dah pegi ke sana ns pun singgah show house rumah yang en. abg beli tu. Tak sabar nak tunggu rumah siap. Masuk show house dia pun dah kira ok dah ;p . Rumah belum naik, ns dah siap kumpul majalah nak hias2. Sampaikan en. abg kata takyah beli sekarang, nanti 2 tahun akan datang keluar patern lain dah..huhu dah namanya pompuan kan. Rupanya beli rumah ni tak macam beli kereta. Kena lawyer tu, lawyer ni.. S 'n' P ..bla..bla,, penin jugak.

Bila dah pegi sana xsah kalo xambik gambar. Semua gambar ada, cumanya ns tak sampai hati nak ambik gambar tapak rumah yang masih tak naik apa2 heh ;p


Pintu masuk nak ke Saujana Utama. Kalau dari Batu Caves terus je melalui Mrr2, Damansara Damai, Paya Jaras dan melintasi Highway Guthrie sampai jumpa traffic light ni. Kalau terus ke Desa Colfield. Nak ke Saujana Utama belok kiri ye..cuma 20 minit dari Batu caves ( kalo tak jam ;p)



Banyak rumah tengah naik. Kalau tak silap yang ni type Regal Homes. Mertua ns pun beli kat sini tapi Semi D. Rumah diorang naik atas bukit lagi. Kalau masuk sini akan jumpa rumah ns dulu. Dulu survey rumah ingat nak cari area Kajang or Bangi. En. abag kata jauh. Alih2 beli kat sini dekat mertua juga ;p.

greenwood - type rumah yang kami pilih. Rupanya ada sorang org opis ns beli kat sini juga. Cuma berlainan type & dia dah duduk. Aisehh..


Laluan nak ke Show Room.

Inilah jenis rumahnya. Rumah belum naik, tapi dalam kepala dah rancang nak ubahsuai sana sini ;p


Dalam rumah. Satu yang ns suka sebabnya tangga nak naik ke atas tak nampak. Ada dinding.


Hall dekat tingkat atas.


Dari dalam master bed room dan hall boleh nampak ruang kat bawah


Kelab house Saujana Utama.


En. abg &

Pn. ns ;p

* akhir bulan Jun ni harga rumah dah naik.

5 comments:

Honeylemon said...

wah bestnyer beli umah.... pasni bleh la hias rumah cntik2 .....
rumahku syurgaku gitew...

Dayu said...

*dayu nak umah gak

lawa nye umah...best lah ada umah sendiri..cantik lak tu

ada lama lagi..bestnya!!
*tp lambat lagi la baru i bleh beli. nak beli kat mana pun nak kena pikir tu

GDIZ said...

honeylemon :
tulah tak sabar nak hias2 ni ;p

dayu :
nk beli umah kena pilih tempat betul2 nak, bila dh beli tak leh ubah2 dah.

sepi said...

cantek umahnye... hmm akak tak mampu dek nak ada umah camtu...
akak dok umah flat jer...

GDIZ said...

Sepi :

haihh akak ni. jgn ckp cmtu. sy dulu ms bujang dok flat juga.
ada rezeki lebih skit ni br husband cr umah teres.