16 June 2008

Terima kasih ayah

N3 kali ni ns tujukan buat ayah ns. (..walaupun ayah ns tak baca semua ni :D)

Ayah yang selama ni banyak berkorban untuk menyara kami 5 beradik sehingga masing2 semua dah besar panjang sekarang. Terutamanya kami perempuan 4 beradik. Kata orang menjaga anak perempuan lebih 'susah' daripada menjaga anak lelaki.

Malam tadi (siang prepaid abis :D) sempat ns telefon ke kampung untuk ucapkan selamat hari bapa kepada ayah ns. Hadiah dah bagi semasa ns balik kampung minggu yang lepas-lepas. Masa Kecik-kecik dulu ns tak tahu semua ni. Bila dah besar kami adik beradik kadang berpakat untuk beli hadiah. Sepanjang hidup ns belum pernah lagi meraikannya baik hari ibu atau hari bapa. Cuma sekadar bagi hadiah dan doa yang dipanjatkan setiap selesai sembahyang agar mereka dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka. Mungkin lepas ni nak raikan diorang bawa makan kat tempat best2. Mereka adalah segala-galanya bagi ns. Selagi mereka masih hidup ns sebolehnya mahu mendahulukan mereka dari segi apa pun.

Dulu ayah merupakan bekas anggota askar. Kami adik beradik boleh dikatakan membesar seiring. Apabila kakak memasuki darjah 6, ns memulakan persekolahan di tahun 1. Begitulah turutannya hingga adik yang bongsu. Beza antara kami semua adalah 5 tahun. Selalunya pakaian dan barang kemas akan menjadi tradisi bertukar ganti dari kakak sulong ke adik. Bila tiba musim perayaan selalunya ayah dan mak mendahulukan kami. Ingat lagi satu ketika dulu ayah sanggup bergadai tanah untuk kakak melanjutkan pelajaran ke itm (sekarang dah jadi uitm..) Betapa besarnya pengorbanan ayah buat kami. Ayah dan mak selalu berpesan agar tidak meninggalkan sembahyang dan belajar rajin2 supaya berjaya dan tidak menjadi seperti mereka.

Seingat ns dari kecik dulu, sudah hampir 6 kali rumah ns bertukar rupa. Bermula dahulunya rumah atas berdindingkan papan lapis dan beratapkan zink. Bila musim hujan bunyinya teramat bising dan kadangkala 'tiris'. Masa tu ayah kata ' nanti kita buat rumah baru'..sehinggalah rumah kami yang ada sekarang ayah buat demi keselesaan kami semua. huhu..besarnya pengorbananmu..tak mungkin kami dapat balas semua tu.

InsyaAllah dimurahkan rezeki tahun hadapan ada suprise untuk ayah / mak serta adik ns yang bongsu :)

3 comments:

Kaktiny said...

ayah.. berkorban jiwa dan harta.. utk anak2... syukur kerana kita masih diberikan Allah peluang menikmati kasihnya seorang ayah di usia ini.. Alhamdulillah..

Akak said...

Salam Gdiz...

Alhamdulillah, akak suka tengok anak2 yang sentiasa ingat dan mengenang jasa kedua ibu bapa mereka. Selagi ada hayat mereka bahagiakanlah mereka..

ns said...

-> kaktiny : betul tu akak.Syukur pada usia skrg masih brpeluang mdapat kasih syg dr dia lagi.

->shopforshoppers : InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, selagi itu sedaya upaya jd anak yg bahagiakan mereka akak.