18 June 2008

Milo dan kekasih hati

Semenjak dua menjak sekarang ni, kucing dijalanan ni selalu datang di belakang rumah ns. Siap panjat2 lagi kat tingkap dapur dekat sinki. Tak kira siang malam pulak tu. Agaknya dia terhidu ada pakwenya dalam rumah ns kot . Sejak dia selalu muncul di dapur ns, selalulah ns bagi dia apa2 yang patut. Kesian pulak ns tengok kucing tu dengan anak2 dia.

Bila kucing tu muncul, ns akan panggil si milo dan angkat dia dok kat sinki tu. Milo ni pulak buat macam takda perasaan je. Kontrol macho agaknya kot. Sebaliknya kucing jalanan tu yang terlebih2 garangnya.

Minggu lepas semasa adik ipar ns pergi umrah, ns jaga seekor kucing dia bernama 'lulu'. Ns kurung lulu dalam sangkar. Kebetulan si milo ternampak si lulu ni. Si milo buat tak lalu makan. Memang dia tak makan depan kitaorang. Agaknya cemburu kot kami bawa kucing lain. :D. Husband ns siap beli makanan baru jenama 'frieskies'. Selalunya kitaorang bagi dia makan 'Smart Heart'. Si milo nak tunjuk protes dengan tak makan. Yang kelakarnya, tengah2 malam time kami tido baru dia pegi makan. Haha..tau pun ko lapar ye. Yang boleh kami sedar dia makan tu sebab kami tido depan tv kat ruang tamu (hubby ns tengok bola). Kucin pun tahu jealous ye..:)



Ni lah kerjanya hari2. Mengerekot.


Dah pandai mengorat


Makwe si milo. Garang kucin ni.


Tengah dating. Milo pulak takut2.


Disebabkan milo 'bo-layan' kucin tu dah nak balik.

4 comments:

Kaktiny said...

takut nak gi umah ns.. takut tak sempat ns jamu milo kat kaktiny.. si 'milo' yang dtg.. mau lompat kuar tingkap kaktiny ni..

ns said...

kaktiny, hehe. best tau kalau bela kucin ni. Kucin ni sebenarnye binatang peliharaan yang manja. best dapt manja2 dgn kucin ni :D

Anonymous said...

HAHAHAHA...KUCING PUN PNDAI JELES GAK YER..TU BR MAKANAN..KLU AWEK SURE KN CONTROL NI TUUU..HEHEHE..HENSEMLAH SI MILO NI..

ns said...

ahmoi - milo ni mmg suka kontrol macho kalo jumpa kucin2 lain.:p