23 June 2008

Edisi Riadah -> Joging

Menjaga kesihatan tu penting. Betul kan? Kalau sakit macam mana nak merasa nikmat kehidupan yang Tuhan bagi kat kita atas muka bumi ni kan.. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat. Ermm..betul tu. Atas kesedaran nak mejaga kesihatan ni ns ajak en. abg pegi joging petang jumaat lepas ;p. Seminggu 2 kali pun dah kira ok lah kot. Asyik makan je, tak bersenam.

Dah lama ns tak joging. Lepas kawin, nilah kali pertama pegi joging. Tempat yang kami tuju ialah Tasik Metropolitan Kepong. Tak sampai 5 minit dari rumah ns kat Batu Caves dah sampai. Mulanya en. abg nak joging dekat hutan simpan FRIM Selayang . Ns beriya nak pegi dekat tasik sebab kat kl ni tak ada pantai, kalau dapat tengok tasik pun dah kira ok sangat. Rasa tenang je.

Tasik kat sini luas. Rasanya luas dari Tasik Titiwangsa. Lagi pulak tasik ni di pinggir bandar. Jauh dari kesesakan. Rasa damai je dapat meghirup udara segar kat sini. Mata pun luasa je memandang. Jenuh juga nak habis kan pusingan tasik ni.


Ramai orang jual layang2 kat sini. Kalau hujung minggu lagi ramai orang datang main layang2 kat tasik ni. Kat tepi jalan mrr2 menghala ke Kepong, sape2 yang lalu jalan ni akan nampak sign board 'Awas Kawasan Permainan Layang2'. Pernah terjadi, kebetulan ns lalu kat situ ada layang2 yang tersangkut dekat kereta yang tengah laju kat mrr2. Agaknya sebab tu sign board tu dibuat.


Dataran Tasik. Sebenarnya kat sini ada air panjut. Ada orang main badminton, bw anak siar2 main playground..ada orang berkelah, orang tido pun ada.haha.





Masa ni tengah panaskan badan dulu sebelum joging ;p sambil2 mengambil gambar. Bestnye tak sabar nak joging ni.


Trek yang disediakan untuk berjoging.


Hari ni tak ramai orang main layang2.


Ni lah tasiknya. Jenuh nak keliling tasik ni. caiyokk..


Luas mata memandang.


Haha..berjoging sambil berposing.


Laluan untuk orang berbasikal pun disediakan.


Naik nukit, turun bukit. Penat2. En. abg, dah semput ;p


Aktiviti memancing pun ada...tengah2 joging nampak apek tu cam dapat ikan je. Nampak tak gaya dia tengah naikkan ikan tu.


Berjaya juga apek tu naikkan ikan tu.


Besar ikan apek tu dapat.


Rumah idaman. Mesti mahal rumah ni. View tasik ni la katakan.


Ada banyak menara pandang kat sekeliling tasik ni. Ni salah satu.


Akhirnya, berjaya juga kami mengelilingi tasik yang luas tu ;p


Sian en. abg ns ni. Penat kot.


Sebelum balik cuba yang ni dulu. Sakit betul. Tapi relaks je dua orang tu. hehe


Muka penat ;p tapi happy dapat keluarkan peluh. Dah nak balik sebelum magrib masuk.

7 comments:

Unknown said...

semalam pun nak gi jog tapi tak jadik..lagipun kl ujan la semalam..

*nape kat kepong x ujan erk

antalya said...

suasana tasik permaisuri lg best..sesejuk mata memandang. coz byk pokok2 di sekelilingnya

Akak said...

Salam Gdiz...

Mmg cantik Tasik Titiwangsa, ada sekali pi picnic bawa cucu2 puas depa berlari kat situ..

Anonymous said...

jog memang bagus....moi pun rajin gak jog...cz dekat ngan opis ada taman.jom..jog sama2..hahahaa..

Kaktiny said...

rajinnya bersukan.. bila ler kaktiny ni nak ada semangat waja utk turun exercise camtuh hah?.. tahniah tahniah..

kamar hati said...

bestnyer joging kat tasik...nak gak p joging...tp tak bekesempatan g...hihihi...

ns said...

dayu : antalya : akak shopforshoppers :ahmoi : kaktiny : kamar hati :

syok bersukan ni kan. kadang masa tak mengizinkan. byk jenis nk kuarkan peluh ni.cuma kita pilih yg mana berkenan kan. indoor or outdoor.;)