02 June 2008

Cerita dari Kampung

Cerita sepanjang ns di Kampung. Tak sempat nak meronda banyak tempat sebabnya coti sekejap je. Balik pun sebab kenduri arwah tok. Kalut2 nak balik kl semula. Apa pun syukur dapat balik jumpa family kat kampung. Dapat bagi hadiah dekat mak ns sempena birthday dia dan hari ibu yang lepas.:) Ayah ns pun dapat juga, sempena hari bapa yang bakal tiba. Kali ni semua gambar2 ni ns ambik sendiri.

:woooh:

Alhamdulillah..perjalanan ns pergi dan balik semula ke KL selamat sepanjang perjalanan. Ns sampai di kodiang lebih kurang pukul 4 pagi. Sepanjang perjalanan 2 kali ns dgn husband berhenti rehat dan lelap sekejap kerana mata dah tak tahan sangat mengantuknye. Tetapi yang terlebih2 letih dan tidonya si co-pilot mengalahkan orang yang drive. Seawal pukul 9.30 dekat Rawang ns dah terpejam2.



Lebih kurang pukul 4.30 petang sabtu ns dengan husband dah ada di KL. Buat pertama kalinya si 'vios' husband ns diuji atas highway. Minyak memang jimat berbanding kami bawa kenari dulu. Kalau bawa kenari isi minyak rm50, sampai di Gurun atau Sg. Petani kena top up lagi rm20. Kali ni pergi sahaja baru rm50.


Semasa di kampung ns bawa husband ns jalan2 di sekitar kampung ns. Sebabnya husband ns belum teroka sepenuhnya lagi kampung ni. Kebetulan masa kami balik ni sawah tengah menghijau. Segar mata memandang. Ronda2 dengan motor ke Gua Kerbau. Ns pun dah lama tak ke sana. Rupanya gua kerbau ni banyak sejarahnya.


Padi yang tengah menghijau di sekitar gua kerbau. Tenang rasanya dapat tengok sawah padi yang luas ni. Hilang masalah :D


Pagi tu habis sekeliling bukit tu kami ronda. Sepupu ns jadi pemandu pelancong haritu.


Nilah guanya. Entah macam mana dapat nama Kerbau pun ns tak sempat nak merisik tanya.


Sungai pun ada di tepi kaki gua nih. Selalunya ada budak2 mandi2 dekat sini. Hari ni diorg cuti kot.


Menyeramkan pun ada juga. Ns pernah dengar cerita, orang yang naik bukit ni cari 'tahi kelawar' buat baja terjumpa batu seakan-akan pelamin orang tengah bersanding atas bukit ni. Wallahualam..


Ahah..ni pulak mee udang Sg. Dua Pulau Penang. Masa on the way balik haritu ns dengan husband singgah makan. Kalau balik dari kampung ke kl tempat ni boleh dikatakan wajib disinggah. huhu..memang sedap sangat. 'mabelessss'.. Sapa2 pi utara..nak balik Kl jangan lupa singgah na...cuba try sekali..mesti nak lagi.:D


Sekejap je dah licin. Tak elok membazir kan. Kebetulan memang tengah lapar kot time nih.


Anak buah akak ns yang no. 2. Si 'aniq'..huhu..gemok ler betis dia..jenuh nak mendukung ni..



Tiga dara pingitan. Barisan anak-anak buah ns . Aina, alisa & azreen (kurin)


Kurin buat ape tu.... anak akak sulong ns


Kecik2 dah tiru gaya tokwan dia. Hehe. Si 'buas' ni namanya afiq..abg kepada si 'aniq'.. Tak menang tangan nak jaga budak ni. :D.



Kurin yang selalu menjadi magsa rakus afiq. Asal jumpa nak peluk2 cium. Siap buat geram2 lagi.


Nilah rumah ns dekat kampung. Mak ns suka bercucuk tanam pokok bunga. Ns tukang bawa pokok2 bunga ni balik ke KL. Heheh

:eheh::woooh:


:anongnangyari::sigh::woooh::blush:


Belakang rumah ns. Dekat stor. Kalau kat kampung hubungan jiran2 rapat. Ni antara sepupu2. Husband ns tengah berbual.


Kat kampung ns banyk buah2 tempatan yang tak payah beli. Semuanya petik je belakang,tepi rumah. Fresh lagi.. Ni buah Dokong namanya. :D Bila musim buah masak nnati kena balik kg lagi ni.


:woooh::eheh: Husband ns sempat juga dia nak snap gambar ni.:D Ni lembu si kurin. Masa ns balik masa raya tahun lepas. Lembu ni baru lahir. Balik kali ni dah besar. Ns memang bercita2 nak ternak lembu di kampung sebagai aktiviti sampingan disamping menambah pendapatan. InsyaAllah.


5 comments:

Anonymous said...

akak teringin nak berjalan kat batas sawah padi. sampai skrg tak tercapai hajat hehehe

kg akak takder sawah padi. dulu banyak pk kelapa, skrg ni dah diganti ngan pk k/sawit pulak. org2muda dah takder, kalau meriah dan nak jumpa kengkawan masa raya jerla... :-)

Kaktiny said...

mee udang sg. dua... pheh.. memang sedap sesangattttt... setengah udang buat kuah setengah lagi buat mee goreng or nasi gorang.. if malam makan lak dengan sate and minum ayaq nyioq.. memang pheeqqhh.. tak tahan siot.. nak balik kampung jugakkkkk!!!!..
lama tak balik nih.. last balik. awal bulan lepas - itupun pi teman kawan mengurut kat umah maksu mengurut kat sg. dua tuh..

Unknown said...

waaah akak
bezlaa hometown kt kg
kg mn kak??
sy org kedah gak
tulen ouh
hahahhaha

Akak said...

Gdiz...

seronoknya pi Kedah & Penang. Kampung akak kat kedah tapi dulu selalu abang akak bawak pi penang makan mee udang sg. dua tak pun pi Prangin Road makan nasi kandaq...oh kampung ku..

ns said...

> Sepi - sy pernah bw kawan org johor balik kg sy. sebabnya dia teringin nk dok kat kaw sawah pagi. masa sy bujang dulu la..:D

>kaktiny - heheh. sedap kan pekena mee udang. slurppp..:D

>hana_bdk_rajen - ni org kedah tulen gak. hehe.Kodiang mali...

>shopforshoppers - tu la. bestkan akak. nasi kandar kat penang yang buka kul 12 tgh malam sodappp..