18 June 2008

Ole-Ole dari Mekah

Ahad lepas mertua ns selamat kembali setelah 12 hari menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah bersama-sama dua adik ipar. Ns berkesempatan untuk menghantar dan menjemput mereka di KLIA. Atas bantuan bekas rakan pasukan bapa mertua ns, kami dapat masuk ke tempat perlepasan bersama-sama mereka dengan menggunakan pas khas. Moga-moga lepas ni ns pulak sampai ke sana :)


Tengah tunggu aerotrain. Rasanya time ni pukul 2 pagi kot, dah masuk hari isnin. Pagi isnin tu mulanya ingat nak masuk ofis lambat sikit. Tapi tak jadi pulak sebabnya 2 orang kakak kat bahagian ns bercuti. So, time rehat tengah hari tu begitu nyenyaknya ns tido kat surau.


Ni la ole2 ns dapat. Jubah dari mak mertua ns. Bila & majlis apalah ns nk pakai jubah ni ek. Ada selendang sekali ni . Jubah arab. Sembahyang raya nanti boleh pakai kot.



Handbag. Malam ns dapat, pagi esoknya terus ns guna handbag ni datang keje. :) Ni namanya betul2 menghargai kan.


Inai mekah. Malam tadi pakai ni. Sekejap je dah merah. Tetiba tangan ns jadi putih melepak pulak ni :D. Bila pakai inai, teringat pulak zaman2 lepas kawin memula dulu. hehe. Macam ada satu perasaan. Agaknya inai ni salah satu penyeri pegantin juga kot :ha?:. Kalau tak caya, sape2 yang baru lepas kawin mesti ada perasaan macam ns rasa dulu. Kalau masa kecik2 dulu pakai inai bila hari raya atau bila sedara mara terdekat kawin, tumpang pengantin pakai inai skali.

7 comments:

Anonymous said...

WAHHH...MERAHNYER JARI KAK NS..MOI PUN ADA PAKAI GAK INAI LAST WEEK CZ ABG MOI PUN BR BALIK DR UMRAH..SERONOK MAK N AYAH MENTUA KAK NS DPT GI SANA..MOI PENAH PEGI MASA UMUR 17 THN DULU (MAK N AYAH BAWA)

ns said...

ahmoi - a;ahh pakai kejap je dah merah. Ini kan pula akak yang pakai2 pastu tertido. terjaga keesokanya tengok merah menyala.:)

Kaktiny said...

alahai.. comelnya berinai..
seronokler menantu yer.. mertua bagi ole-ole..

ns said...

Kaktiny - nnti menantu pg , bg ole2 dekat mertua pulak kan :)

Along_putera/Along Pak Ago go said...

wah..wah...bestnyer pakai inai mekah...Lyen pun suker pakai inai...rasa mcm pengantin baru jer..hehehe

Akak said...

Salam Gdiz..

Cantiknya jari dia berinai..

Nie mesti menantu kesayangan mertua nih..

ns said...

along&lyen - so, kita kena selalu pakai kan. biar setiap masa rs pengantin baru :p

akak shopforshoppers - moga2 lah akak :p. ada petua tak?hehe