11 June 2008

7 Tentang Diri NS ( Jawab Tag )

Ns telah ditag oleh seorang rakan blog ns iaitu Ahmoi.

Oleh kerana hari ni free sikit di ofis, ns nak jawablah perkara2 tentang diri ns tu. Manalah tau kan kot2 terserempak kat luar ke..terlanggar bahu ke...bolehla tegur.

7 Tentang Diri

- Nama penuh ns ialah Norlaili Bt Sharoni. Berumur 27 tahun. Berasal dari Kedah. Anak ke-3 dari 5 beradik. Ns tak ada abang. Mempunyai 2 orang kakak, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki (bongsu). Ns tak pernah pegi Tadika. Mak/Ayah ns hanya hantar kakak sulong dengan adik bongsu sahaja. Kami yg di tengah2 3 beradik xpernah masuk Tadika.

- Ns berumahtangga pada 10 Mac 2007 dalam usia 26 tahun. Husband ns bernama Zulhizain. Dia seorang Bank Officer di OCBC. Ns belum mempunyai cahayamata setelah keguguran hujung tahun lepas.

- Ns bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Bendahara. Lepas tu ke Sekolah Menengan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah. Lepas PMR ns ke Sekolah Menengah Teknik Kangar ( Kos Pengajian Kejuruteraan Awam). Lepas SPM ns masuk Politeknik (Polimas) kat Kedah. Lepas tu masuk Politeknik Shah Alam (PSA). Dua2 dalam kos Kejuruteraan Awam.

- Ns keje di Jabatan Kerajaan dalam bahagian Quantity Surveyor ( Bengang tul). Walaupun ns bekerja bukan dalam bidang yang dipelajari dan digemari, ns tetap bekerja dengan tekun.. :D

- Ns banyak juga nama panggilan. Kalau di kampung family ns panggil ns dengan panggilan 'ein'. Kalau di Ofis pulak Pn. Bos dan En. Bos panggil 'laili' ( tak suka panggilan ni). Kawan2 ns pulak panggil ns dengan panggilan 'lily'. 'syg' hubby ns lah yang panggil :blush:.

- Ns suka membaca dan bersukan ( bowling, tenis & badminton). Kalau keje kat UM dulu hari2 lepas keje bersukan. Maklumlah kan semua gelanggang ada. Free pulak tu. Ns suka membaca buku2 tulisan sprt Faisal Tehrani, A. Samad Said, Isa Kamari & Abdul Latib Talib.

- Ns ni senang berkawan. Cuma agak pendiam sikit kot..(kalau belum kenal betul2).


7 Yang Menakutkan ns

- Pada pencipta kita, Allah s.w.t. Moga2 setiap perkara yang dilakukan dirahmati dan segala amal ibadat diterima oelhNYA.

- Kematian. Rasa belum cukup bekalan lagi...

- Kematian Orang yang disayang. Sebabnya ns masih memerlukan mereka semua.

- Binatang yang tak ada bulu - Ular, pacat, lintah...

- Kekecewaan.

- Kesedihan.

- Masa.

7 Lagu yang ns suka

Banyak lagu yang ns suka. Tapi yang paling suka antaranya ialah sprt kat bawah ni (Lite & Easy). Bila dengar lagu2 ni mcm relaks je ns rasa. Semua lagu2 oldes.

- Lionel Ritchie & Diana Ross : Endless Love
- Air Supply : All out Of Love
-
Meat loaf : Anything For Love
- 4 Non Blondes : What's Up
-
Thalita Pertuzzatti : One Night Only
-
Michael Bolton : To Love Somebody
-
Anuar Zain : Perpisahan ( Senikata lagu ni best lerr)

7
Perkara yang amat bernilai

- Ibu/bapa
- Suami
- Duit
- Rakan2
- Kasih Sayang
- Kesihatan
- Kebahagian

7 Perkara Pertama Berlaku Dalam Hidup.

- Buat keputusan untuk berkahwin.
- Kena demam denggi sampai ns keguguran. Mintak dijauhkan dari terkena lagi. Memang nyamuk ni bahaya tul. Sakit kepala dan sakit sendi tak terkata. Memang pelik demam ni.
- Keguguran
- xcident motor masa balik kelas tambahan nak ambik PMR.
- Beli kereta sendiri
- Buat D&C lepas gugur. Suasana kat dalam bilik bedah tu memang tak dapat dilupakan sebelum dibius xsedarkan diri.
- Kematian orang yang terdekat dan tersayang. Arwah nenek pada 1 Feb 2008.



Inilah Orangnya yang dipanggil ns ni ( ofis)


Ni pulak ns kalo kat luar ofis. Dalam aerotrain KLIA.


6 comments:

KAKTINY said...

alah comel - ns ni kecik molek orangnyer yer.. cute betul..

GDIZ said...

-> kaktiny :alalalaaalaaa kaktiny nihh..:D mekasih2..

shopforshoppers said...

Salam Gdiz...

Cutenya dia...

Sessi menjawab tag yea, baru tau ini ns ropa2nya..

GDIZ said...

->shopforshoppers : salam akak..
a'ahh..dah selesai menjawab dah. ye nilah nsnye

ahmoi said...

tq kak ns.hehehe...kocik comei jer orgnyer ek.ermmm..berguna gak tag yg moi dpt dr syam ni.dpt knl lbh rpt ngan teman2 maya.hehehe...

GDIZ said...

-> ahmoi :sama2 kasih ;)