12 June 2008

Sepi the Movie

Sepi

Bisikku pada bulan
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
sepi memelukku

Bulan
jangan biar siang
biar malam ini kelam
biar ia sepi sepertiku..


Malam tadi ns nampak iklan filem ni dalam tv. Macam best. Pengarahnya pun sama dengan filem Cinta dulu. Husband cakap nak tengok, ns lagi2lah nak tengok. Barisan pelakonnya pun best2 semua. Filem ni akan ditayangkan pada 26 Jun nanti. Jom pakat2 tengok.:)

Filem ini (sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah tiga individu lelaki yang hidup di bandar mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian.

- Adam pakar dalam bidang pembuatan kek masih bujang. Sedang mencari pasangannya.

- Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melnyapkan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia.

- Ariel merupakan penggiat teater sedar pentas teater adalah tempat di mana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depannya mampu dilihat.


http://www.sepithemovie.com

8 comments:

sepi said...

tol2... biler nengok sedutan citernye kat tb cam bes jer kan... akak pun memang nak g - sensorang jer.... sob sob sob

Honeylemon said...

aaar mcm best kan...

KAKTINY said...

ns.. bestnyer ns, hubby pun layan citer2 camtu.. hubby kaktiny, jgn kata nak ajak, tgk preview pun dia dah kata : takde citer lain ker diorang nak buat.. citer mcm ni byk sgt dlm realiti - tak payah tayang kat wayang.. baik tgk kungfu panda.. tak bazir duit.. (oh suamiku..camnerlah industri perfileman kita nak maju?...) - alamak dh 'termengumpat' husband ler.. hehehehhe..

antalya said...

uikss..kata xnak tgk wyg. nk tgk dvd je kat umah ekekekeke. okla tu sekali sekala layan movie kat panggung.kami x teringin plak tgk citer ni. HULK lebih menarik perhatian kami :-P

ahmoi said...

jom pi tengok layan movie sepi..klu akak nak tau ni 2nd movie melayu yang moi layan..1st cinta..yang tu lah buka hati moi layan movie melayu.hehe..teruknyer saya..

GDIZ said...

-> sepi : alahai. Ajak kengkawanlah akak :) Tajuk citer Sepi. Sama dengan nama akak dlm blog.

-> honeylemon : nnti kita tgk ye.

-> kaktiny : cepat mintak ampun dr suami kak.:D.

->Yun : Ada sesetengah citer yg agak menarik kena tgk kat wayang.Cm citer Tranfomers. Yang kurang diminati tu br beli DVD je.

->ahmoi : sama la dgn ns ni. Seingat ns citer melayu yg ns tgk kat wayang citer Cinta and Citer Indon (Tentang Dia) je. Lain2 citer Omputih.

shopforshoppers said...

Gdiz...

Tak merasalah akak nak tgk wayang citer2 camni (HB ku tak brapa suka). Yg dia suka kalau citer tu ada Denzel Washington, Sean Penn & ntah sape lagi..

Tunggu VCD dia keluaq nanti anak2 beli, akak leh tgk kat umah jerr.

GDIZ said...

ye ek. :D

takpe akak tunggu DVD tgk dgn anak2 lagi best.