04 June 2008

Loghat

Mula-mula ns sampai dan bekerja kat kl ni dulu, ns cakap bahasa baku. Bila orang tanya ns orang mana, ns jawab ns asal dari Kedah. Ramai kawan-kawan kata ns tak macam orang Kedah pun. Mungkin sebab ns tak cakap loghat utara. Yang paling bestnya kawan2 ns dekat ofis lama ingat ns ni orang pantai timur. Entah napa. Ada ciri2 sikit kot.

:sigh:Ns tak lupa loghat utara. Ns akan cakap utara bila jumpa geng utara. Bukannya apa, kalau ns cakap dalam loghat utara, orang takkan faham.:D Memang kaw-kaw punya pekat. Agaknya, nilah uniknya negara kita kot. Dari loghat orang dah boleh tau asal mana.

:eheh:Antara loghat2 yang mungkin orang tak faham bila ns cakap, ns nak senaraikan kat sini;

Orang Kedah cakap 'Ligan' = Orang Kl cakap 'kejar'.

Orang Kedah cakap 'Koliaq' = Orang Kl cakap 'conteng'.

Orang Kedah cakap 'mengkala' = Orang Kl cakap 'bila'.

Orang Kedah cakap 'nat' = Orang Kl cakap 'pasar tani'.

Orang Kedah cakap 'kelaku' = Orang Kl cakap 'perangai @ sikap'

Orang Kedah cakap 'habaq' = Orang Kl cakap 'bagitahu'.

Orang Kedah cakap 'toksah' = Orang Kl cakap 'tak payah'.

Orang Kedah cakap 'lagumana' @ 'lagutu' = Orang Kl cakap 'macam mana' @ 'macam itu'.

Orang Kedah cakap 'belemoih' = Orang Kl cakap 'pengotor'

Orang Kedah cakap 'taksangga' = Orang Kl cakap 'terlalu banyak'.


Perkataan loghat2 lain mungkin orang lain boleh faham kot.

Dan satu lagi, orang Utara walaupun dah tua dekat kampung2 diorang tak sebut 'pasar borong @ pasar basah'. Diorang sebut 'market'. Cakap orang putih :D. Cthnya : 'Jom kita pi market hari ni'.
:lamagawa:Sekian..

6 comments:

yun said...

bkn market la..merket. betoi dak?
hihihi

kaktiny said...

hihihi..

org utaqha mmg terra ckp 'romputih' nih.. kan kan kan..

GDIZ said...

Yun - a'ahh..betoi2..merket :D

Kaktiny - tu la pasal..arwah nenek sy pun sebut bahasa omputih.

Cthnya 'ha what' = kenapa

org kedah ckp ala2 terkejut 'ha what'..kan bahasa omputih tu...

Shasisa said...

Lily... nak tambah 1 lagi..
Ketegaq = keras kepala..

GDIZ said...

>shaisa - a'ahh..betoi tu ecah.:D

shopforshoppers said...

teringat masa kecik2 dulu kena marah ngan arwah mak "pi mandi cepat, belemoih tak sropa orhang dah hang nie" (ingat sampai la ni!)