28 May 2008

Balik Kodiang

Yeaaa... bestnye dapat balik kampung.
:woooh:Lepas keje petang ni ns balik kampung. Tunggu husband balik kerja dulu pukul 7. Mungkin bertolak pukul 8 malam nanti. Tadi mak telefon. Katanya kalau tak larat, bertolak je pagi2 esok. Tak pelah bawa slow2. Lagi pulak malam2 tak panas.

Sempena nak balik kodiang. ns nak cerita sikit pasal kampung ns ni. Nama kodiang ni asalnya dari bahasa siam. Sebelah kampung ns, ada perkampungan siam. Ada juga sesetengah orang melayu dalam kampung ns boleh cakap bahasa siam. Sebab tulah agaknya diorang ni suka masuk 'danok'. Tempat hiburan katanya. Entah ns tak pernah sampai lagi.
:sigh:

Ni peta negeri Kedah. Kodiang ni sempadan antara negeri Kedah dan Perlis. Kalau ns nak ke pekan kangar atau sempadan Malaysia- Thailand dekat Bukit Kayu Hitam hanya ambil masa 15 minit saja. Nak ke Padang Besar pula 30 minit. Sebab tu ns senang nak dapat barang2 adidas.:D

:eheh:
Nama sungai ni orang kampung panggil 'sungai sentap'. Nama betul ialah sungai muda. Perkataan 'sentap' tu diberi mungkin kerana boleh dikatakan tiap2 tahun mesti ada orang yang mati lemas dalam sungai ni. Ada yang sedang mandi tetiba tenggelam dan mati lemas. Ada pula kejadian seperti diwaktu2 senja atau malam seakan2 ada orang yang memanggil2 ke sungai tersebut.
:ha?:



Dalam kampung ns ada bukit keplu, gua kerbau dan gua ikan. Gua kerbau - glamour juga. :D. Kalau ada apa2 acara keramaian atau sukanika kampung. Tempat sekitar gua kerbau akan jadi pilihan. Di sekeliling gua kerbau terbentang sawah padi. Kalau musim padi sedang ditanam. Pemandangan hijau luas nan terbentang. Waktu2 macam ni ns suka balik kampung waktu bujang dulu. Tenang je rasa.

:woooh::please:

Pemandangan Gua ikan dari jauh. Dari arah jalan dari Kodiang ke Changloon.

Ns tak pasti samada siput seperti gambar atas sebelah kiri boleh dapat tak dekat KL ni.

:ha?:Kalau kami di negeri2 utara Kedah & Perlis sipu ni dipanggil 'mentarang'. Sodap.. Orang kampung suka masak sayur air dicampur batang pisang. :D. 'Mentarang' ni ada musim. Selalu siput ni orang akan pegi cari bila air surut di tepi2 pantai seperti di kuala perlis. Dekat kampung ns, ikan haruan senang nak dapat di sawah2. Ikan ni mahal. especially kalau haruan kering. Orang2 lepas bersalin dan lepas buat pembedahan akan cari ikan ni. Katanya salah satu ubat bagi luka cepat sembuh.

Masa kecik2 dulu ns pernah ikut arwah tok masuk hutan menjari rebung. Kalau tak biasa habis miang satu badan. Sekarang hutan pun dah tak ada. Semua naik perumahan baru. Wah, kampung ns dah maju. Tapi pekan kodiang belum ada KFC lah. :D.


Masa ns kecik2 dulu ns sempat menikmati suasana macam ni. Orang kodiang panggil 'menggala'. Orang bandar sebut 'membajak'. hehe. Lain benor bunyinye... Masa tu arwah tok dan tokwan masih ada dan kuat. Diorang memang tanam padi. Arwah tokwan ns ada kilang beras sendiri waktu tu. Banyak kerbau dan lembu arwah tokwan ns bela. Memang ns ni orang kampung. Tak sangka pulak dapat keje kat kl ni. :D. Zaman moden sekarang dah tak ada benda2 ni semua. Orang2 sekarang guna mesin atau 'traktor' aja. Senang, jimat masa.

Ni namanya menanam padi. zaman ni pun ns sempat merasa lagi. Memang 'happening' lah. hehe.Selalunya orang2 perempuan yang buat kerja ni. Dari pagi lagi dah keluar rumah. Bawa bekal untuk makan tengah hari di sawah beramai2. Tuan-tuan sawah akan mengupah orang menanam padi ni. Sekarang dah takda rasanya orang buat macam ni. Arwah tok katanya pernah mengambil upah menanam padi ni. Pernah satu ketika dulu orang dah tak mengupah orang tempatan. Diorang mengupah orang2 petani dari Thailand. Katanya upah lebih murah.

Orang kampung ns kebanyakkanya bekerja sebagai penanam padi dan penanam pokok tembakau. Dalam satu tahun dua pekerjaan ni dilakukan bergilir. Zaman sekarang orang tuai padi guna mesin padi ni. Kalau zaman dulu orang akan bermalam di batas2 sawah padi berminggu2 ambil upah 'kerat' (potong) padi. Betullah zaman berubah. Kalau melalui highway ke utara. Pemandangan macam ni banyak bila masa menuai padi. Sawah padi kuning keemasan terbentang luas. Huh tak sabar ns nak balik kampung. Sebenarnya kampung ns dah banyak sangat perubahan. Kadang-kadang ns rindu suasana dulu.


:sigh:. Ok. Jumpa next week. Doakan perjalanan ns selamat pergi dan balik okeh.
:inlove::wave:

* gambar-gambar ni kebanyakanya ns ambil dari internet dan fotopages. Hanya utk tatapan umum.

3 comments:

Kemat said...

bagi yang tak tahu.. Kodiang nie kira happening gak, kurang ckit jer dari pekan paling happening kat Kedah, BALING.

Anonymous said...

huh...sronoknya dia blk kodiang...dpt lak mkn mentarang..lama dah tak mkn mentarang ni...hehehe...bilah nak p sana lagi ni...sronok leh tenangkan hati..hehhee...

ns said...

>Ecik kemat - iyelah BALING ada KFC..KODIANG takda KFC lagik.Tapi Kodiang dah ada lrt..:D

>ahmoi - ada juga member tau mentarang ni menatang ape ek.hehe. sedap yokk.