30 June 2008

Sungai Buloh : Rumah

Pagi Ahad lepas awal betul ns bangun. Selalunya taklah seawal tu. Hari minggu kan. Sebelumnya en. abg dah pesan kena bangun awal. Plannya nak ke Sg. Buloh. Awal2 pagi tu kami ke pasar tani Danau Kota ambik ikan dekat sepupu ns dulu. Sejak lepas kawin kami dapat ikan2 segar free..terus dari Kuala Kedah. Pilih je nak apa..Alhamdulillah.

Balik dari Danau Kota kami ke Sg. Buloh. Mertua ns nak bayar duit Kelab katanya. Nak bawa budak2 mandi2 kat situ. Alang2 dah pegi ke sana ns pun singgah show house rumah yang en. abg beli tu. Tak sabar nak tunggu rumah siap. Masuk show house dia pun dah kira ok dah ;p . Rumah belum naik, ns dah siap kumpul majalah nak hias2. Sampaikan en. abg kata takyah beli sekarang, nanti 2 tahun akan datang keluar patern lain dah..huhu dah namanya pompuan kan. Rupanya beli rumah ni tak macam beli kereta. Kena lawyer tu, lawyer ni.. S 'n' P ..bla..bla,, penin jugak.

Bila dah pegi sana xsah kalo xambik gambar. Semua gambar ada, cumanya ns tak sampai hati nak ambik gambar tapak rumah yang masih tak naik apa2 heh ;p


Pintu masuk nak ke Saujana Utama. Kalau dari Batu Caves terus je melalui Mrr2, Damansara Damai, Paya Jaras dan melintasi Highway Guthrie sampai jumpa traffic light ni. Kalau terus ke Desa Colfield. Nak ke Saujana Utama belok kiri ye..cuma 20 minit dari Batu caves ( kalo tak jam ;p)



Banyak rumah tengah naik. Kalau tak silap yang ni type Regal Homes. Mertua ns pun beli kat sini tapi Semi D. Rumah diorang naik atas bukit lagi. Kalau masuk sini akan jumpa rumah ns dulu. Dulu survey rumah ingat nak cari area Kajang or Bangi. En. abag kata jauh. Alih2 beli kat sini dekat mertua juga ;p.

greenwood - type rumah yang kami pilih. Rupanya ada sorang org opis ns beli kat sini juga. Cuma berlainan type & dia dah duduk. Aisehh..


Laluan nak ke Show Room.

Inilah jenis rumahnya. Rumah belum naik, tapi dalam kepala dah rancang nak ubahsuai sana sini ;p


Dalam rumah. Satu yang ns suka sebabnya tangga nak naik ke atas tak nampak. Ada dinding.


Hall dekat tingkat atas.


Dari dalam master bed room dan hall boleh nampak ruang kat bawah


Kelab house Saujana Utama.


En. abg &

Pn. ns ;p

* akhir bulan Jun ni harga rumah dah naik.

27 June 2008

Movie : Sepi

Lepas balik kursus petang semalam, ns dengan en. abg dah pakat nak pegi tengok movie cerita Sepi. Lagi pulak kursus habis awal petang semalam. Mulanya kami pegi TGV Jusco Kepong. Rupanya kat situ citer tu tak tayang lagi. Disebabkan kami memang nak tengok citer tu, en. abg ajak pegi Damansara. Akhirnya kami tengok dekat cineleisure.

Pada ns, citer ni jauh lebih best dari citer Cinta dulu. Jalan cerita yang menarik. Banyak babak2 yang kelakar esp watak nasha aziz dan afdlin shauki. Tak kurang juga babak yang betul2 menyentuh hati ns ni..(sob..sob..) ;p.. terutama kisah imaan dan sufi. Ns dah kantoi dengan en. abg...ntah tetiba je air mata ni nak jatuh pulakkk...;p.hehe.

Banyak mesej yang disampaikan dalam citer ni dalam kehidupan kita. Nak story banyak2 nanti tak suprise pulak korang nak tengok kan.;p

Cerita melayu macam ni lah yang boleh menyaingi cerita2 dari luar.

* suka sgt dgn dua ost filem ni dari Yuni Shara ~ Sepi & Kumpulan The Lima ~ Kau ada Dia ;)

:sigh:

23 June 2008

Edisi Riadah -> Joging

Menjaga kesihatan tu penting. Betul kan? Kalau sakit macam mana nak merasa nikmat kehidupan yang Tuhan bagi kat kita atas muka bumi ni kan.. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat. Ermm..betul tu. Atas kesedaran nak mejaga kesihatan ni ns ajak en. abg pegi joging petang jumaat lepas ;p. Seminggu 2 kali pun dah kira ok lah kot. Asyik makan je, tak bersenam.

Dah lama ns tak joging. Lepas kawin, nilah kali pertama pegi joging. Tempat yang kami tuju ialah Tasik Metropolitan Kepong. Tak sampai 5 minit dari rumah ns kat Batu Caves dah sampai. Mulanya en. abg nak joging dekat hutan simpan FRIM Selayang . Ns beriya nak pegi dekat tasik sebab kat kl ni tak ada pantai, kalau dapat tengok tasik pun dah kira ok sangat. Rasa tenang je.

Tasik kat sini luas. Rasanya luas dari Tasik Titiwangsa. Lagi pulak tasik ni di pinggir bandar. Jauh dari kesesakan. Rasa damai je dapat meghirup udara segar kat sini. Mata pun luasa je memandang. Jenuh juga nak habis kan pusingan tasik ni.


Ramai orang jual layang2 kat sini. Kalau hujung minggu lagi ramai orang datang main layang2 kat tasik ni. Kat tepi jalan mrr2 menghala ke Kepong, sape2 yang lalu jalan ni akan nampak sign board 'Awas Kawasan Permainan Layang2'. Pernah terjadi, kebetulan ns lalu kat situ ada layang2 yang tersangkut dekat kereta yang tengah laju kat mrr2. Agaknya sebab tu sign board tu dibuat.


Dataran Tasik. Sebenarnya kat sini ada air panjut. Ada orang main badminton, bw anak siar2 main playground..ada orang berkelah, orang tido pun ada.haha.





Masa ni tengah panaskan badan dulu sebelum joging ;p sambil2 mengambil gambar. Bestnye tak sabar nak joging ni.


Trek yang disediakan untuk berjoging.


Hari ni tak ramai orang main layang2.


Ni lah tasiknya. Jenuh nak keliling tasik ni. caiyokk..


Luas mata memandang.


Haha..berjoging sambil berposing.


Laluan untuk orang berbasikal pun disediakan.


Naik nukit, turun bukit. Penat2. En. abg, dah semput ;p


Aktiviti memancing pun ada...tengah2 joging nampak apek tu cam dapat ikan je. Nampak tak gaya dia tengah naikkan ikan tu.


Berjaya juga apek tu naikkan ikan tu.


Besar ikan apek tu dapat.


Rumah idaman. Mesti mahal rumah ni. View tasik ni la katakan.


Ada banyak menara pandang kat sekeliling tasik ni. Ni salah satu.


Akhirnya, berjaya juga kami mengelilingi tasik yang luas tu ;p


Sian en. abg ns ni. Penat kot.


Sebelum balik cuba yang ni dulu. Sakit betul. Tapi relaks je dua orang tu. hehe


Muka penat ;p tapi happy dapat keluarkan peluh. Dah nak balik sebelum magrib masuk.

20 June 2008

Chaiiyokk Kedah

Ns ni taklah fanatik bola sangat. Tetapi disebabkan husband ns terlalu fanatik dengan selangorianz dia, ns pun bersemangat pulak dengan pasukan negeri ns , Kedah. Kebetulan pulak final Piala FA sabtu ni pasukan Selangor bertemu Kedah di stadium Shah Alam.

Mulanya ns nak ajak husband pg tengok dekat stadium, dengan syarat husband ns kena la duduk dekat penyokong Kedah. hehe..surelah dia tak nak kan. Ns pun tak nak dok kat penyokong red giant. ;p. Husband ns ni penyokong kuat selangor. Tak abis2 dengan 'abg' Alie Aiboy dia :p (ampun ye bang...:). Bukannya apa, bila tengok kat stadium kehangatan sorakan tak sama dengan tengok kat tv. Syok tengok gelagat penyokong pasukan masing2. Untuk kebaikan kedua-dua pihak, kami tengok je kat tv malam esok.:p. Muktamad.

Harap2 Kedah dengan pemain-pemain mudanya menang malam esok. Piala Super dah menang. Moga musim ni macam musim lepas, ketiga2 piala ada kat Kedah. Jangan jealous ye abg :p. Jom kita ramai2 sokong Bola sepak kat Malaysia ni ye


Pasukan Kedah (sang kenari)


Pasukan Selangor ( red giant)

18 June 2008

Ole-Ole dari Mekah

Ahad lepas mertua ns selamat kembali setelah 12 hari menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah bersama-sama dua adik ipar. Ns berkesempatan untuk menghantar dan menjemput mereka di KLIA. Atas bantuan bekas rakan pasukan bapa mertua ns, kami dapat masuk ke tempat perlepasan bersama-sama mereka dengan menggunakan pas khas. Moga-moga lepas ni ns pulak sampai ke sana :)


Tengah tunggu aerotrain. Rasanya time ni pukul 2 pagi kot, dah masuk hari isnin. Pagi isnin tu mulanya ingat nak masuk ofis lambat sikit. Tapi tak jadi pulak sebabnya 2 orang kakak kat bahagian ns bercuti. So, time rehat tengah hari tu begitu nyenyaknya ns tido kat surau.


Ni la ole2 ns dapat. Jubah dari mak mertua ns. Bila & majlis apalah ns nk pakai jubah ni ek. Ada selendang sekali ni . Jubah arab. Sembahyang raya nanti boleh pakai kot.



Handbag. Malam ns dapat, pagi esoknya terus ns guna handbag ni datang keje. :) Ni namanya betul2 menghargai kan.


Inai mekah. Malam tadi pakai ni. Sekejap je dah merah. Tetiba tangan ns jadi putih melepak pulak ni :D. Bila pakai inai, teringat pulak zaman2 lepas kawin memula dulu. hehe. Macam ada satu perasaan. Agaknya inai ni salah satu penyeri pegantin juga kot :ha?:. Kalau tak caya, sape2 yang baru lepas kawin mesti ada perasaan macam ns rasa dulu. Kalau masa kecik2 dulu pakai inai bila hari raya atau bila sedara mara terdekat kawin, tumpang pengantin pakai inai skali.

Orkid

Tangan ns ni kira menjadi jugalah tanam pokok bunga :sigh:. :) Eh, bukan bunga je. Serai, kunyit, lengkuas dan halia pun menjadi ns tanam kat belakang rumah. :). Pokok orkid ni ns beli semasa ns bujang lagi di pameran MAHA satu ketika dulu di MARDI Serdang. Ns pegi pameran tu dengan tunang ns (sekarang ni dah jadi husband dah :blush: ) Sebenarnya ns beli dua anak pokok orkid. Yang satu lagi tu dah mati masa ns belum kawin. Masa tu ns tinggal di Vista Angkasa, Kerinci. Sayang pulak rasa sebab yang mati tu bunganya lagi cantik. Masa ns kat vista pokok ni tak pernah berbunga lagi. Lepas ns kawin menjadi2 bunga dia. Ns ambik gambar ni kali ke 3 dia berbunga. Rajin pulak dia berbunga :D. Agaknya dia nak dok rumah teres kot, xnak dok rumah tinggi2. Gayat agaknya, maklumlah dulu dok tingkat 6.

Rasa macam nak beli lagi pokok orkid ni. Nak cari bunga yang kaler putih dengan kuning pulak. Tapi hubby ns dah siap pesan cukup2 dah beli pokok bunga. Katanya nanti nak pindah rumah sendiri susah. Hmm..tengoklah keadaan macam mana nanti. Pokok orkid ringan je kan. :D Huh..rumah pun 2010 baru siap. Lambat lagi. Tangan ni dah tak sabar nak tanam pokok bunga.




Kuntum2 bunga baru keluar. Rumah sebelah kanan rumah ns ni kosong lagi. Bila ns nak dapat jiran ni :)


Bunga dah start kembang.


Purple kalerr..:)


Banyak kuntum dah start kembang.

Milo dan kekasih hati

Semenjak dua menjak sekarang ni, kucing dijalanan ni selalu datang di belakang rumah ns. Siap panjat2 lagi kat tingkap dapur dekat sinki. Tak kira siang malam pulak tu. Agaknya dia terhidu ada pakwenya dalam rumah ns kot . Sejak dia selalu muncul di dapur ns, selalulah ns bagi dia apa2 yang patut. Kesian pulak ns tengok kucing tu dengan anak2 dia.

Bila kucing tu muncul, ns akan panggil si milo dan angkat dia dok kat sinki tu. Milo ni pulak buat macam takda perasaan je. Kontrol macho agaknya kot. Sebaliknya kucing jalanan tu yang terlebih2 garangnya.

Minggu lepas semasa adik ipar ns pergi umrah, ns jaga seekor kucing dia bernama 'lulu'. Ns kurung lulu dalam sangkar. Kebetulan si milo ternampak si lulu ni. Si milo buat tak lalu makan. Memang dia tak makan depan kitaorang. Agaknya cemburu kot kami bawa kucing lain. :D. Husband ns siap beli makanan baru jenama 'frieskies'. Selalunya kitaorang bagi dia makan 'Smart Heart'. Si milo nak tunjuk protes dengan tak makan. Yang kelakarnya, tengah2 malam time kami tido baru dia pegi makan. Haha..tau pun ko lapar ye. Yang boleh kami sedar dia makan tu sebab kami tido depan tv kat ruang tamu (hubby ns tengok bola). Kucin pun tahu jealous ye..:)



Ni lah kerjanya hari2. Mengerekot.


Dah pandai mengorat


Makwe si milo. Garang kucin ni.


Tengah dating. Milo pulak takut2.


Disebabkan milo 'bo-layan' kucin tu dah nak balik.