28 December 2010

Petang di Fajar Ilmu

Petang semalam tepat pukul 5 saya dah melangkah keluar dari ofis. Tak seperti selalunya yang agak lewat. Memang niat dari tengah hari nak keluar awal. Lagi saya tunggu, lagi pening kepala.
Sudahnya saya sampai awal di ofis husband. Hati saya terdetik nak menjamu mata di Fajar Ilmu baru. Memang tak jauh dari situ. Setelah bagitahu husband. Saya pun tinggalkan kereta disitu sambil jalan agak takut-takut. Bukan apa, risau kena saman degan DBKL. Kawasan situ memang dilarang letak kenderaan. Selalunya ada saja pekerja DBKL. Tapi semalam saya tawakal saja, demi untuk hilangkan serabut kat kepala saya ni.
Agak ramai juga petang semalam di Fajar Ilmu. Selalunya tak ramai kalau petang-petang macam ni. Mungkin sebab cuti sekolah kot. Saya tengok banyak buku-buku baru. Dalam saya menjamu mata, ternampak pulak buku Negeri 5 menara. Tinggal pun sebuah saja lagi. Dalam nak menjamu mata, saya beli juga. Bekalan untuk dibaca sepanjang perjalanan nak ke Penang pagi esok ;)

25 December 2010

Plan

'Nanti kita singgah makan mee udang Sg. Dua yer', ajak rakan pejabat.

'Jeruk-jeruk di Chowrasta pun jangan lupa', tambah saya. Kami satu kereta. Belum sampai Penang lagi, kami di KL dah berpakat.

Cd /dvd di Batu Feringhi dan kedai buku secondhand books juga ada dalam list saya. Kalau berkesempatan memang nak pergi.

Err...bukan selalu dapat pergi ke Penang kan.


Antara Bangunan tertua di KL.
Sempat tekan camera dr dalam kereta lepas ambik husband di Jln Masjd India


21 December 2010

Disember 2010.

Tinggal berapa hari saja lagi nak masuk tahun baru.
Bila dah masuk tahun baru , umur pun bertambah. Tahun baru nanti saya 'baru' nak melangkah ke era 30-an. (hati perasan muda lagi..;))

Erm..., tapi bukanlah hal umur yang nak diceritakan. Tetapi cerita pasal tugas-tugas bukan hakiki @ event di luar pejabat yang nak dibuat akhir-akhir tahun ni. Dengan ketiadaan pengganti x bos memang membuatkan 'kumpulan' kami serba kalut, dihujung-hujung tahun ni.

'Start' hujung minggu ni saya akan bermalam di PD tanpa adieb (semalam je..hehe). Tapi sebolehnya saya nak 'ejas' untuk tidak bermalam. Tengoklah macam mana nanti. Kesian pulak nak tinggalkan anak dan juga husband lah. Minggu yang berikutnya pulak ke Utara Penang. Nasiblah semalam saja. Entah kenapa kebanyakkan kursus mesti di Penang. Jarang sekali ke Johor. Sesekali best juga ubah angin ke selatan ;)

Welcome 2011.

16 December 2010

Hendak Seribu Daya

Tengah hari (waktu rehatlah) tadi sempat saya mengagahkan diri ke Kedai Buku di Jalan Tar. Hanya kerana buku-buku di 'wishlist' di GRMY menjadikan diri saya tiba-tiba rajin nak 'drive' ke sana dari pejabat saya di Pusat Bandar Damansara. Tidak la jauh, lebih kurang 5-10 minit saya dah boleh sampai. Kalau jalan tak 'jam' lah. 'Rivews' yang menarik dari rakan-rakan GRMY juga membuatkan saya membeli buku-buku seperti di bawah.

Memang buku-buku travelog menjadi pilihan saya buat masa sekarang. Selalunya buku travelog tak mengecewakan saya seperti buku sebelum2 ni seperti Rindu Bau Pohon Tin & Secangkir Madu Pengubat Letih. Selalunya saya akan belek2 dulu 'rivews2' dari rakan2 GRMY. Berlatar belakangkan sosialis negara2 Arab yang kebanyakkannya beragama Islam. Sama juga menonoton chanel2 seperti Travel & Living kat TV. Maklumlah..nak berjalan sendiri, pitis belum cukup..hehe. Mengembara melalui buku & Tv je lah. Hujung minggu ni dapatlah saya habiskan masa beriadah dengan buku-buku ni bersama adieb & abah adieb ;)




Cinta di Rumah Hasan Al Banna


Travelog Iran : Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad

10 December 2010

Elaika : Syair Imam Syafie

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk harapanku,

Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang maha Pemberi dan maha Pemurah,

Bila mana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku, Ku jadikan rayuan daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu,

Bila mana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini,

KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan,

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku, Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah nikmat itu kepadaku,

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku,dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu,

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan, kezaliman, penganiyaan yang takkan terhapus di hari berhimpun kesedihan,

Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa,

Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka,

Dia adalah seorang yang fasih ketika mengingati Rabbnya, dan bila mana dia bersama selain tuhannya di dunia ini, dia membisu

Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap,

Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu, dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar,

Di saat ku jaga,aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap, mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang,

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini, Namun ku tahu keampunanMu yang mendatangi hamba adalah lebih besar dan lebih mulia.

30 November 2010

Salam Perpisahan


my bos yg dok tengah tu

Hari ni hari terakhir saya bekerja dgn puan bos @ lebih mesra dengan panggilan Kak ros, KPP di Bahagian saya.Bertukar Kementerian ke Putrajaya. Jauh di sudut hati saya sedih bila kami bersalam dan berpelukan petang tadi. Sejujurnya dia memang dia bos dan juga kawan yang baik. Selamat maju jayalah buat dia & berbahagia di tempat kerja baru.

21 November 2010

Like Mama like son lah, kan adieb




Antara buku-buku yang diborong di Secondhand Book Store, Chowrasta.

18 November 2010

Buku Baru ke Rak Saya.


Sebulan dua ni hati tertarik pulak nak membaca karya-karya sastera /novel-novel lama. Bermusim juga membaca ni agaknya. Semusim genre itu, semusim genre ini. Setelah membelek-belek di Kedai Buku Dawama (online), saya membeli juga dua buah buku. Walaupun dalam hati niat nak tengok-tengok saja. Erm..harap-harap cukup lah setakat ini saya membeli untuk bulan ni ;). ~Kena kuat tahan nafsu~


Hati saya terus tertarik dengan nama tempat saya dilahir & dibesarkan - 'Kodiang' ;)


Karya A. Samad Said antara yang jadi pilihan.

Workaholic?

An ergomaniac or workaholic is a person who is addicted to work~(Wikipedia)

Owhh..saya tidaklah 100% seperti tajuk di atas. Tapi hari ni saya dah kembali bekerja. Setelah bercuti sehari saja semalam. Atas sebab banyak kerja saya tertangguh setelah outstation ke Penang dan 2 hari berkursus di KL. Ada lagi kursus minggu depan yang puan bos tak luluskan.
'Banyak kerja kat pejabat', katanya.

Hari ni, sunyi sepi kat pejabat. Kebanyakan yang datang kerja adalah bukan muslim.

14 November 2010

Senjakala


Senjakala merupakan antara buku sastera diera 80 an. Cetakan pertamanya ialah pada tahun 1986 dan yang terakhir ialah pada tahun 1990. Sejak dua menjak ni saya memang berusaha mencari buku-buku sastera lama untuk dibaca dan dijadikan koleksi (walaupun sastera bukan bidang saya). Gaya bahasa karya-karya lama ini bagi saya lebih meruntun hati.
Senjakala membuatkan saya seakan tidak dapat berhenti membaca untuk menghabiskannya. Mengisahkan kegigihan seorang ayah untuk menunaikan hasrat anak perempuannya. Kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. Hubungan manusia dengan penciptanya, alam dan sesama manusia.

Selesai membaca buku ni bolehlah layan lagu TItip Rindu Buat Ayah - Abiet Ge ;)

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

11 November 2010

Seconhand Book Store.

Betapa terujanya saya bila pertama kali sampai ke kedai ni. Kalau tak sebab nak balik ke Kl, maunya saya nak habiskan masa kat sini berjam-jam. Lokasinya di tingkat 2 bangunan chowrasta (xpasti ejaan ni betul), Penang. Ala..yang di bawah banyak jual jeruk-jeruk. Semua jenis buku ada kat sini. Bahagian yang saya cari adalah sastera dan juga buku untuk kanak-kanak (ladybird). Khas untuk si adieb.

Kalau dulu bila outstation ke Penang, tempat yang harus dituju adalah Batu Feringhi. Borong dvd pada harga yang sangat berpatutan dengan kualiti gambar yang boleh dibagi 3/4 bintang. Kali ni dah ada tempat baru. Memang lepas ni bila datang ke Penang, haruslah ke sini.


Best tengok timbunan-timbunan buku macam ni. Ermm..kalaulah satu hari nanti dapat buka kedai buku mcm ni..bestnya..



Hampir 1 jam juga 'kami' kat sini. Bukan senang nak mencari. Nasiblah outstation dengan 2 orang lagi yang boleh dikatakan 'ulat buku' juga..hehe. Kalau tak bosan diorang menunggu kat situ.

Rasanya inilah kedai secondhand book yang paling banyak buku saya pernah masuk. InsyaAllah saya akan ke sana lagi bila berkesempatan.

29 October 2010

Sesekali tukar citarasa.

Lama tak update. Rindu nak menulis sebenarnya. Sayup-sayup sambil dengar lagu Raihan - Haji Menuju Allah. Hati teringat pada kawan ofis yang ketika ini mungkin sedang tawaduk mengerjakan haji. Semoga mendapat haji/hajjah yg mabruk wahai kawan. Semoga segala doa yang diminta akan dimakbulkan.

Sebelum dia berangkat ke sana , sempat saya meneman mencari kelengkapan dia ke sana. Tak ketinggalan kedai buku. Banyak juga dia beli. Misi saya pula nak cari kitab Mustika Hadith Rasulullah jld 1 & 2. Nk mencari versi bahasa melayu punyalah susah. Dari Kedah & Perlis. Sudahnya sy beli juga versi asal dalam tulisan jawi di KL .Bila dah lama tak membaca dalam jawi ni seronok pulak rasa walaupun lambat macam kura-kura ;)


cetakan terkini

cetakan terdahulu

28 October 2010

Bila jam 5.45 petang

Selalunya time macam ni baru nak keluar dari ofis. Isnin hingga Khamis. Bergerak ke Masjid Jamek. Jemput husband kat ofis. Baik kan..hehe.

Hampir pukul 7 ptg, kadang-kadang 7 lebih baru sampai rumah. Pendek kata keluar gelap. Balik pun gelap ;) Ermm..xpa. jauh sikit,rumah sendiri (sedapkan hati..hehe).

* dh lama xpetik camera rupanya..ermm..

06 October 2010

Pencuri vs Perompak

Tgh hari semalam rumah jiran (selang sebuah) ns kena pecah masuk. Tempatnya di SU3. Kebetulan pulak semalam ns & husband cuti. Kami ke Selayang & Kepong. Dah balik rumah, bila husband tengok cctv (menjadi kebiasaan dia balik dari mana2 mesti tgk cctv dulu) nampak lah kereta & suspek tu. Nasiblah husband dapat no plat kereta tu. Dekat nak magrib barulah polis datang.
Habis barang kemas dan TV LCDnya kena curi. Erm..kadang-kadang teknologi moden ni ada baik buruknya juga kan. Kalau dah tv slim / ringan, senang pulak untuk pencurinya angkut keluar. Takut pulak. Nak pulak Tv tu belum habis bayar lagi..tp dh kena curi..hehe.
Adakah perlu untuk ns bawak Tv LCD kat rumah tu kehulu ke hilir lepas ni?..;).

Seronok rasa bila kami dapat bantu jiran & polis untuk siasat kes ni melalui cctv kat rumah tu. Barulah kami bertegur sapa sesama sendiri walaupun masing2 dah tinggal kat situ hampir 2 bulan. Ada hikmahnya juga tu..;)


hasil keje husband ns. Yg 2 kat belakang bila nk sambung ?..;)

06 September 2010

Menggapai Bintang

Buku ini menggugah perasaan saya. Rasanya inilah kali pertama air mata saya mengalir sepanjang saya membaca. Buku terbitan MPH Publishing ini merupakan karya Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor atau Ajil (panggilan di kalangan keluarga beliau) iaitu adik kepada Angkasawan Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Buku setebal 105 muka surat ni saya dapat habiskan dalam tempoh separuh hari sahaja. Buku ini merupakan catatan dari seorang adik yang amat menggangumi abangnya. Kesah liku-liku persekolahan dan perjalanan mereka membesar sehinggalah abangnya menjadi Angkasawan. Suatu ketika dulu sekitar Oktober 2007 di akhbar ada menceritakan tentang kematian adik Angkasawan Negara kita yang mengalami kemalangan terjatuh dan terhantuk pasu bunga di kedai makan. Di saat debaran keluarga beliau menanti angkasawan negara kita pulang ke bumi dan mendarat dengan selamat, sebaliknya allahyarham ketika itu masih dalam keadaaan koma. Di dalam buku ini juga mengandungi catatan dedikasi dari kedua ibu bapa allahyarham, adik & abang2 serta isteri beliau yang menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya.

02 September 2010

Perkara baik jangan ditolak.

Kata orang bila peluang/kesempatan ke arah kebaikan ada depan mata jangan di tolak. Sesekali kembali ke zaman seperti dahulu belajar muqhadam/quran apa salahnya kan.

Tak payah susah-susah keluar pun, sebaliknya ustaz yang datang ke pejabat. Bukan ke senang namanya tu.
Tak seperti zaman dulu. Emak & ayah bersusah payah mencari guru, hantar kita mengaji. Nak belajar agama ni kena berguru tak boleh sekadar melalui buku sahaja, pesan orang tua.

Erm..bila dah ada peluang macam ni dapatlah memperbetulkan bacaan saya. Manalah tahu kot-kot salah selama ni. Lagilah menjadi bila Pn bos pulak tu yang mengajaknya. Saya mengiyakan, tanda setuju untuk bersama dia serta beberapa yang lain belajar al-quran setiap tengahhari khamis.

01 September 2010

Bila MERDEKA

Seperti kebiasaan saya dan adieb lebih senang di rumah. Berdua. Bergolek-golek didepan tv. Layan apa saja cerita yang ada. Abah adieb tak dapat menyambut/bercuti di hari kemerdekaan Malaysia. Sebaliknya bercuti di hari kemerdekaan negara jiran, Singapura. Dan bila setiap tarikh 9 Ogos, mama adieb akan turut serta apply cuti. Walaupun begitu jalur gemilang tetap berkibar tinggi di pagar rumah kami.
Selamat MERDEKA buat negara tercinta Malaysia ;)

30 August 2010

Hilang

Hari ni entah apa sebab nak berubah angin. Kononnya nak layout baru, ala-ala rumah baru untuk blog. Sudahnya hilang semua. Sedaya upaya saya listkan apa yang terlintas, apa yang mampu diingat terutamanya alamat blog kawan-kawan. Puas mengodek-godek ..tak juga jumpa. Sudahnya ini yang mampu diigat balik.

Oh ya.. semalam puas saya mengodek rak di MPH Midvalley mencari buku Si Bongkok Tanjung Puteri. Bila saya tanya pada adik kat kaunter, katanya dah habis. Rugi pulak rasanya saya tak beli masa saya belek-belek buku tu di Popular Ikano tempoh hari.

Si Bongkok Tanjung Puteri

Nafsu membeli buku memang tak dapat ditahan. Semalam saya dapatkan juga beberapa buku yang memang ada di wishlist saya.


Ma Yan



Sedang membaca buku bertajuk Ma Yan. Sebuah novel dari kisah benar. Edisi asal Ma Yan adalah dalam bahasa Indonesia karya Sanie B. Kuncoro. Edisi bahasa melayu ini diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Edisi asal bahasa Indonesia - Ma Yan

27 August 2010

Dan Bila Esok

Esok bakal terima tetamu yang akan datang berbuka kat rumah.
Hari ni, sibuk mencari resepi-resepi kat internet ;).
Harap adieb dapat beri kerjasama. Tak kacau mama nak kelenting-kelentong kat dapur.

Kami

Kami (merujuk kpd saya & beberapa rakan di ofis), perempuan memang macam ni agaknya. Walaupun tahu area-area di Jalan TAR hari ni pasti ramai umat manusia, tapi hati tetap meruntun nak ke sana. Sekadar berjalan saja pun tak apa. Alasan teman kawan. Lagi lah kalau time tengah 'bercuti' ..letih pun tak apa. Bolehlah seteguk dua hilang kan dahaga bila di ofis nanti ;).
Kali ni kami pilih teksi & lrt saja. Nak memandu kereta sendiri ke sana memang tak ada nafsulah. Semangat raya dah ada sikit ni :)

25 August 2010

TV

Dari Plasma,....pastu LCD... dan sekarang..LED pulak.
Jenuh kalu ngikutnye ;)

Nafsu

Saya masih menahan nafsu untuk tidak membeli buku buat masa sekarang.Walaupun dalam senarai (perancangan) sudah agak banyak ;). Niat di hati nak habiskan buku-buku yang sediaada dulu. Lepas raya insyaAllah nak mencari buku-buku ni;

1. Budak Ladang - Salleh De Ran.
2. Memoir Anak Setinggan - M.S Anuar Mahmud.
3. Travelog Haji - Muhd Kamil Ibrahim.
4. Travelog Dakwah - Muh Kamil Ibrahim.

16 August 2010

Balik Kampung

Bila dapat balik kampung memang best. Kali ni husband saja nak ajak balik kampung dengan plane . Sesekali. Sementara dapat booking yang murah & jimat masa. Kesian si kecik adieb punya pasal. Bila nampak plane lalu depan rumah dia mesti kata 'Plane..plane..naik..naik ' ;p. Nasib rumah tak jauh dengan Airport subang, sehari 7-8 biji lalu depan rumah.

Balik haritu tak sempat nak sambut puasa kat sana. Isnin dah balik ke KL. Bila dah balik ke Kampung setiap masa rasa macam tak cukup. Ada ja aktivitinya. Nak ke 'Wang Kelian' pun tak sempat. Saya & Husband bersama kakak & abg ipar sempat ke Nursery. Beli pokok buah-buahan tempatan. Dari balik kampung haritu mak/bapa asyik dok kata, tanah yang diorg bagi tu dah boleh la nak buat apa-apa. Kami semua lima beradik. Empat perempuan seorang lelaki. Masing2 kami dah ada perancangan. Untuk tidak menghampakan mereka saya pun tanam la pokok-pokok buah dekat tanah bahagian saya. Harap-harap diorng panjang umur & sempatlah diorang merasa bila pokok-pokok tu berbuah nanti ;).

Minggu ni kena balik kampung lagi dengan kereta. Ambil barang yang tertinggal kat sana ;)


Adieb & Mama Adieb ;)


Lagak si kecik bila sampai di Alor Setar ;)

05 August 2010

Ramadhan Tiba Lagi

Ahlanwasahlan ya Ramadhan. Selamat menyambut ramadhan untuk semua. Mari kita memeriahkan ramadhan kali ni. Bersempena bulan ramadhan yang dah nak dekat ni, saya Re- listkan semula lagu-lagu dekat radio buruk di blog saya ni utk halwa telinga ;).Perasaan saya bercampur baur menyambut ramadhan kali ni. Entah kenapa.

Ooh ya, saya nak ucapkan terima kasih pada rakan di Goodreads Malaysia iaitu en Nazmi di atas jemputan Malam Puisi Afghanistan di Rumah Pena malam ni. Hajat di hati memang teringin memeriahkan majlis. Apatah lagi dapat berjumpa dengan Pak Samad Said dan sasterawan terkenal yang lain. Tapi apakan daya, tak ada kelapangan untuk saya ke sana. Malam ni saya akan ber 'packing' untuk kami sekeluarga terbang ke kampung, Kedah seawal pagi esok.

Saya juga nak ucapkan selamat berangkat menunaikan ibadah umrah kepada welma juga rakan di GRMY, semoga perjalanannya selamat pergi & kembali.

Berbalik kepada cerita Ramadhan. Saya 'copy & paste' kan disini sedikit sejarah berkaitan ibadah puasa yang difardukan kepada umat islam. Selamat membaca. Sumber : IKIM.

Puasa Ramadan difarjukan pada 2hb. Sya`ban, tehun ke 2H. menerusi 4 ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat-ayat 183-187. Ayat-ayat ini tidak diturunkan serentak, malah ia diturunkan satu demi satu yang dipisahkan dengan jarak masa yang tertentu.

Keempat-empat ayat tersebut telah memberi penjelasan terperinci tentang masa, cara dan apa-apa tegahan semasa berpuasa. Ia tidak membiarkan baginda menjelaskannya, tidak seperti ibadat-ibadat lain yang memerlukan Hadis Amali dari baginda yang menjelaskan cara perlaksanaannya dengan betul.

Sebagai contohnya, ayat pertama menunjukkan hukum melakukan puasa yang difardukan ke atas orang-orang Islam, ia juga ke atas umat-umat lampau.

Pada peringkat ini, puasa orang-orang Islam tidak berbeza dengan cara berpuasa orang-orang Yahudi, iaitu selama 23 jam, bermula selepas seseorang itu sembahyang isha` atau selepas dia tidur sesudah waktu maghrib. Ia berterusan sehingga ka waktu jatuh matahari pada hari berikutnya.

Cara berpuasa pula di dalam bentuk pilihan, iaitu sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh menggantikan hari dia berbuka itu dengan memberi makanan kepada seorang miskin bagi setip hari. Kedudukan ini berlanjutan sehingga turun ayat yang merobahnya, iaitu firmanNya yang bermaksud: ...sesiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah dia berpuasa. Dengan itu puasa Ramadan sudah bertukar corak, dari bentuk di mana orang-orang Islam diberikan pilihan sama ada berpuasa atau memberi makanan kepada orang miskin, kepada hukum berpuasa sahaja (tanpa pilihan) sepanjang-panjang bulan itu. Walaupun begitu masa berpuasa tetap seperti asalnya, iaitu bermula dari selepas sembahyang `Isha' atau selepas tidur sesudah waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya. Kedudukan ini berlanjutan sehinggalah turunnya ayat yang berikutnya: ...diharuskan bagi kamu melakukan persetubuhan dengan isteri-isteri kamu pada malam bulan Ramadan dan firmanNya: ... makanlah dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang putih dari benang hitam menerusi cahayat matahari. Kedua-duanya menjelaskan kepada orang-orang Islam bahawa mereka diharuskan makan, minum dan bertamattu` dengan isteri-isteri mereka pada malam Ramadan. Mereka hanya dikehendaki menahan diri dari perkara-perkara tersebut dan lainnya yang membatalkan puasa bermula dari sejak naik fajar sehinggalah ke waktu jatuhnya matahari hari yang sama.

Dari pembentangan ini kita dapat melihat:

1. Puasa Ramadan berlangsung pada peringkat awalnya dalam kadar masa hampir sehari, iaitu selama hampir 23 jam.

2. Pada permulaannya orang-orang Islam diberi pilihan, sama ada mereka berpuasa atau berbuka, dan mereka dibenarkan menggantikannya dengan memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari puasa yang mereka tinggalkan atau berbuka.

3. Kemudian, mereka diwajibkan berpuasa sahaja tanpa pilihan dengan kelamaan masa yang sama, seperti puasa Ahl Al-Kitab, iaitu dari waktu sesudah sembahyang `Isha' atau sesudah tidur selepas waktu maghrib sehingga ke waktu jatuhnya matahari pada hari berikutnya.

4. Kemudian, mereka dibenarkan berbuka (makan, minum dan bertamattu` dengan isteri) selepas waktu jatuhnya matahari sehinggalah ke waktu naik fajar siangnya.

Dari pendedahan ini kita dapati bahawa masa untuk berbuka puasa pada peringkat awalnya adalah sama dengan apa yang telah diamalkan oleh Ahl Al-Kitab ketika mereka berpuasa, iaitu bermula dengan jatuhnya matahari dan berakhir dengan: sama ada selepas orang yang berpuasa itu sembahyang `Isha' atau dengan berlangsungnya tidur sesudah jatuhnya matahari pada hari berkenaan sekalipun sebelum melakukan sembahyang `Isha'. Dengan itu, seseorang yang ingin melanjutkan masa berbukanya, dia akan melewatkan sembahynag Isha' dan tidak tidur selepas jatuhnya matahari.

Kedudukan tersebut memberi gambaran jelas kepada kita bahawa puasa Ramadan juga telah difardukan ke atas pengikut Ahl Al-Kitab sebelum Islam. Inilah pendapat sebahagian ulamak seperti Qatadah, al-Tabari dan al-Sudi. Dengan itu maksud firmanNya: .... seperti ia difardukan ke atas mereka sebelum kamu (Ahl Al-Kitab) pada beberapa hari tertentu ialah bulan Ramdan.

Begitulah, antara perkembangan yang berlaku dalam sejarah kefarduan puasa bulan Ramadan sehingga seperti yang kita lakukan pada hari ini. Dan begitu jugalah kedudukan amalan puasa di kalangan umat-umat lampau.

Buat semua rakan-rakan, selamat menunaikan ibadah Puasa :)Semoga ibadah kita diberkati.

02 August 2010

Sepetang saya di PD

Diri saya bagai dipaksa ke sana. Atas tuntutan bos & kerja, sy turutkan jua. Hanya senja di sana mengubat kerinduan di hati.



27 July 2010

Minggu Yang Penat

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
Alhamdulillah..Syukur. Saya gagahkan diri ke pejabat hari ni. (Ikutkan mood bekerja belum ada lagi ni).Penat, balik sahaja dari Bengkel di PD, saya mengemas pula untuk berpindah rumah. Petang sabtu saya masih bernafsu ke Pameran Hiasan Dalaman di Stadium Melawati Shah Alam. Sebab dah setkan di HP saya. Mencari kot-kotlah ada barang yang murah. Sudahnya dapatlah wall paper, penyidai dinding & langsir untuk bilik adieb. Inilah dia antara barang yang memang nak dicari sangat untuk rumah. Mencari yang diskaun sahaja.:)
Seawal pagi isnin saya ber 'SMS' dgn pn. bos untuk maklumkan saya terpaksa 'EL'. Sakit2 badan kata saya (melebih2 macam mengangkat barang berat je) hehe.
Rindu nak mem'blogging', berforum di Goodreads, berFB (;p) & blog walking.


Adieb room in d making.


Rak Buku Mama.


Antara buku-buku mama yang baru keluar dari kotak.

12 July 2010

Kembara Melalui Buku : Rindu Bau Pohon Tin



بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
Malam tadi baru dapat saya habiskan bacaan. Itu pun setelah berhempas pulas dengan tugas sebagai ibu & kesibukan saya mengemas untuk berpindah ke rumah sendiri. Memang mencabar, kadang-kadang terpaksa lupakan sekejap minat membaca saya (dalam tempoh sehari dua ). Melayan karenah anak kecil yang tengah membesar. Apa yang saya baca, buku itulah juga yang dia nak. Tapi bangga jugalah sebab dia mewarisi saya, pantang nampak buku atau apa2 kertas. Mesti di belek-beleknya.:)Buku yang nipis ni saya terpaksa ambil masa selama seminggu. Kalau bujang, mungkin sehari semalam dah selesai.

Buku ni merupakan buku Travelog pertama saya untuk tahun ni. Mengisahkan catatan Ustaz Hasrizal dari mula perjalanan beliau untuk menuntut ilmu di bumi Anbiya iaitu di Universiti Mu'tah, Jordan. Menarik. Saya dapat membayangkan keadaan negara Jordan. Penulisan yang mudah untuk saya faham. Semasa tengah membaca buku ni, teringat saya kepada 2 orang rakan sekolah rendah saya yang dihantar oleh orang tua mereka belajar di Cairo, Universiti Al-Azhar, Mesir dan sepupu saya di Jordan sekarang. Seawal usia 15 tahun mereka ke sana. Bersekolah dan masuk Universiti kat sana. Saya membayangkan keadaan mereka (lebih kurang) dengan catatan Ustaz Hasrizal. Lebih mengasyikkan ialah saya menyimpan hasrat untuk ke sana. Berkobar-kobar pulak jadinya.Hehe.

Apapun Travelog ni memang menarik. Tahniah kpd Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com

08 July 2010

50 Buku Setahun 2010 di dalam Berita Harian, 6 Julai 2010


PROGRAM 50 Buku Setahun 2010 anjuran komuniti buku dalam talian, Goodreads Malaysia, mempelawa pembaca dan peminat buku untuk mencapai sasaran pembacaan 50 buku setahun dengan berkongsi pengalaman serta ulasan buku di laman web mereka.

Pengendalinya, Najibah Abu Bakar, berkata ia boleh digapai di http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia dan program terbabit ialah usaha kumpulan pembaca memberi galakan kepada pembaca mencapai sasaran berkenaan sejajar dengan budaya membaca di negara maju.

“Impian itu bermula pada tahun ini melalui idea seorang pengendali kami, Najmuddin Yusoff, dengan 28 ahli sudah menyertai program ini sehingga Mei lalu, sekali gus menjadikan jumlah bacaan buku keseluruhan 640.

“Impian itu bermula pada tahun ini melalui idea seorang pengendali kami, Najmuddin Yusoff, dengan 28 ahli sudah menyertai program ini sehingga Mei lalu, sekali gus menjadikan jumlah bacaan buku keseluruhan 640.
“Bagaimanapun pencapaian itu masih agak mengecewakan berbanding jumlah keseluruhan 348 ahli Goodreads Malaysia yang menyebabkan kami memerlukan pembaca tegar yang belum berdaftar untuk mencapai sasaran pembacaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

Selain Najibah dan Najmuddin, Goodreads Malaysia dikendalikan oleh enam pengendali iaitu Khairul Hezry Zainal Abidin, Juliana Es Mohd Munawir, Faizah Roslaini Othman, Aidura Sofiee serta Ferida Enolil Mustapha.

Tahniah kepada rakan2 GRMY :)

07 July 2010

Cinta Hati Saya



بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

Inilah dia. Cinta Hati saya.
Yang sudah panjang akal.
Mulut semakin petah berkata-kata.
Semakin bijak & 'noty'.:)
Suka mengacau bila mama dia nak memasak.
Bila mama dia membaca, buku yang mama dia pegang juga yang dia nak.
Dah besar. Dah jadi kawan karib mama.
Sayang adieb :)

01 July 2010

Buku : Kaum-Kaum Yang Pupus.

" Maha Suci Engkau (Ya ALLAH)!. Kami Tidak Mempunyai Pengetahuan Selain Apa Yang Engkau Ajarkan Kepada Kami;Sesungguhnya Engkau Jualah Yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah:32)




بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ

Alhamdulillah..saya baru saja selesai baca buku ni.Inilah kali pertama saya cuba membuat review .Kalau dari 5 bintang tu saya bagi 5 bintang jugalah. Ini lah cerita-cerita dari ustazah /ustaz di zaman kecil saya semasa belajar quran/kafa pada sebelah petang di masjid dekat Kampung dulu selain dari belajar membaca Quran.

Eloklah sekiranya saya dapat memperkenalkan Penerbit buku yang hebat ini iaitu Saba Islamic Media Sdn. Bhd dan Penulisnya iaitu Saudara Adnan Oktar @ nama penanya ialah Harun Yahya yang dilahirkan di Ankara, Turki.

Buku ini menceritakan kepada kita mengenai kisah Kaum-Kaum terdahulu yang mengingkari Seruan Allah yang disampaikan melalui Nabi-Nabi utusan Allah kepada mereka. Banyak ikhtibar yang boleh kita ambil dari kisah-kisah tersebut.

Antara yang disebutkan di dalam buku tersebut ialah bermula dengan pengenalan kepada generasi-generasi yang lepas. Seterusnya diikuti dengan kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s, Kehidupan Nabi Ibrahim a.s, Kaum Lut a.s dan Bandar yang dilingkupkan, Kaum 'Ad dan Uber' (Atlantis Padang Pasir), Kaum Thamud, Firaun yang dilemaskan, Kaum Saba' dan Banjir Arim, Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Saba' dan diakhiri dengan kisah Ashabul Kahfi'.

Bacaan saya menjadi lebih menarik dengan gambar-gambar di tempat hasil peninggalan dari kisah-kisah tersebut dan juga hasil kajian arkib dan penemuan-penemuan arkeologi. Sesungguhnya amatlah menarik jika kita menghayati setiap makna ayat yang Allah turunkan di dalam Al-Quran itu. Semoga apa yang kita baca beroleh manfaat darinya. InsyaAllah.

Selamat Membaca :)

23 June 2010

Pesta Buku Negeri Selangor.



Bila dah menjadi sebahagian warga Selangor ni rajin la pulak saya godek2 website negeri. Bermula dari Laman Web Majlis Daerah Kuala Selangor ( tu pun sebab nak tengok prosedur nak renovate rumah) :)berterusan ke Laman Web Perpustakaan negeri. kebetulan pulak petang semalam ada promosi Pesta Buku negeri Selangor ni di Radio IKIM. Untuk maklumat lebih lanjut lagi bolehlah ke sini dan sini :). Jom kita beramai-ramai ke sana :)

22 June 2010

Buah Salak oOo Buah Salak



Dalam suasana petang yang sejuk di ofis ni dengan tiba-tiba saya teringat buah salak. Sedapnya rasa. Kebetulan husband sms bagitau dia keluar pukul 6 petang ni dari ofis. Bolehlah saya terus ke Jalan Chowkit beli buah salak selepas ambik husband di Masjid Jamek. Teringat masa mengandungkan si adieb dulu, buah salak inilah yang diidamkan. Tapi kali ni bukan mengidam, saja-saja nak makan.Hehe

18 June 2010

Cerita Buku Lagi.



Hari ni saya menambah buku lagi. Walaupun dalam fikiran saya terlintas bila la nak mencuri masa untuk membaca buku-buku yang baru dibeli ni dan juga menghabiskan baki bacaan saya pada sebuah buku yang sedia ada . Ditambah dengan kesibukan mencuci & proses nak masuk rumah. Tamak agaknya. Kesempatan untuk meneman kawan ofis ke Sogo tengah hari tadi saya melencong ke Pustaka Mukmin sekejap di Jalan TAR. Puas juga meronda-ronda di Jalan TAR sementara menunggu Kedai Buku dibuka semula jam 2 petang. Maklumlah sembahyang Jumaat. Mujurlah saya dah senaraikan buku apa yang cadang nak beli. Kiranya tak banyak buang masa mencari/belek-belek dalam kedai. Bagi je kertas senarai tu dekat pekerja kedai tu. Memang jenis saya (baru je) akan membaca komen dan ulasan-ulasan dari di Goodreads atau di blog-blog dulu sebelum membeli. Selalu juga sebelum ni saya terbeli buku yang tak berapa menarik. Sudahnya saya baca separuh jalan saja. Buku-buku baru yang saya beli kali ni nipis-nipis sahaja. Harap-harap satu hari bolehlah habiskan satu buku. InsyaAllah entry baru nanti saya nak cuba buat ulasan.
Antara buku yang baru dibeli :
1. Dari Semenanjung Gaza : Ayat-Ayat Allah Berbicara
2. Rumah Yang Disukai Malaikat Rahmat.
3. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.
4. Kaum-Kaum Yang Pupus.
5. Dimanakah DIA dihatiku.

07 June 2010

Alhamdulillah..

Hari ni baru start bekerja. Setelah hampir seminggu jugalah ns berkampung menemani adieb di Hospital Tawakal. Alhamdulillah..adieb dah sihat.Sebagai ibu inilah first time ns menjaga anak tak sihat di hospital. Macam-macam perasaan, bimbang sedih bila tengok keadaan adieb. High fever. Sampai 40 c. Dugaan dari Allah mungkin. Alhamdulillah..tak ada apa-apa & adieb kembali aktif/nakal macam sediakala.....:)membuatkan mama dia terkejar-kejar.

22 May 2010

Tambah Koleksi Lagi


Misi ns nak mencari buku ni akhirnya tercapai. Petang semalam lepas balik dari ofis, ajak husband ke kedai buku sebelum terus balik ke rumah. Masa kat ofis jumaat tu ns ke website Stormreaders. Maklumlah rehat lama. Sajala ns dok review buku-buku terbitan Telaga Biru kat situ secara digital. Website tu pun baru je wujud. Terjumpa iklan website tu kat Majalah Solusi. Menarik. Sapa yang berminat nak review secara digital bolehlah ke SINI. Dapat selak buku secara satu persatu. Tak payah pg ke kedai. Boleh review dulu, kalau dah menarik baru la pegi beli kat kedai. Harga buku ni pun boleh dikatakan murah juga kalau dibandingkan dengan isi/maklumat di dalam buku tu yang mana sangat berguna.Harga untuk soft cover RM34.90, hard cover RM39.90. Sabtu & Ahad ni boleh la ns baca disamping aktiviti tetap yang lain iaitu melipat kain.Hehe..

17 May 2010

Buat Anakku



Masa tengah belek2 forum di halaqah.net, ns terjumpa artikel yang ns rasa sangat berguna untuk ns dalam menjaga & mendidik anak yang diamanahkan oleh Tuhan. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Walaupun kadang-kadang tu sebelum anak tido, ns yang terlelap dulu :)

DIDIK ANAK SEBELUM TIDUR

1. Bersihkan diri sebelum tidur.

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur. ( بِْاسْÙ…ِÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َØ­ْÙŠَا ÙˆَاَÙ…ُوتُ )
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas. ( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).

2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak.

Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh."

Harapan Padamu Subur kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

10 May 2010

Seronoknya di Kampung (Cerita balik kg tempoh hari)

Empat hari tak cukup. Tak puas lagi :). Sebelum-sebelum ni kalau balik tak ke Padang Besar tak sah la. Kali ni tak rasa pulak nak ke sana. Hanya ke rumah tok & tokwan. Berjalan-jalan ambik angin petang dekat sawah dan bawak mak satu family makan2 di Kuala Perlis sempena hari ibu semalam (InsyaAllah hujung minggu ni bawa MIL & FIL satu family pulak ke Jeram). Selebihnya dok santai kat rumah. Cuaca kat Utara sekarang ni panas yang amat sangat. Adieb bersauna kat sana. Berpeluh-peluh. Kebah demam :). Dekat sana sekarang ni musim orang membajak & menabur benih padi. Suasana memang damai. Segar mata tengok hijau anak-anak padi baru nak membesar. Peluang nak ambik gambar memang tak dilepaskan. Kamera sentiasa standby je :).Tangkap mana-mana gambar yang menarik. Simpan buat kenangan. Mengabadikan keindahan ciptaan Tuhan.



Inilah kehidupan kat sana. Kebanyakkannya adalah petani.


Alang-alang bangun awal pagi. Ambik la gambar embun baru nak kering ni :)


Jarang dah kalau nak nampak orang kampung tanam padi macam ni. Selalunya mengupah orang petani dari Thailand. Sekarang kebanyakannya tabur anak benih pakai mesin je.


Sawah tokwan Adieb.


Banyak dah tanah sawah kena ambik sebab nak buat landasan keretapi laju.




Jumaat. Adieb tengah teman tok g kubur. Baca Yassin untuk arwah nyang.


Adieb di kampung.


Dah habis mainan dah nak main. Sudahnya kotak kasut pun jadi bahan mainan. Boring agaknya nih ;p.