Empat hari tak cukup. Tak puas lagi :). Sebelum-sebelum ni kalau balik tak ke Padang Besar tak sah la. Kali ni tak rasa pulak nak ke sana. Hanya ke rumah tok & tokwan. Berjalan-jalan ambik angin petang dekat sawah dan bawak mak satu family makan2 di Kuala Perlis sempena hari ibu semalam (InsyaAllah hujung minggu ni bawa MIL & FIL satu family pulak ke Jeram). Selebihnya dok santai kat rumah. Cuaca kat Utara sekarang ni panas yang amat sangat. Adieb bersauna kat sana. Berpeluh-peluh. Kebah demam :). Dekat sana sekarang ni musim orang membajak & menabur benih padi. Suasana memang damai. Segar mata tengok hijau anak-anak padi baru nak membesar. Peluang nak ambik gambar memang tak dilepaskan. Kamera sentiasa
standby je :).Tangkap mana-mana gambar yang menarik. Simpan buat kenangan. Mengabadikan keindahan ciptaan Tuhan.

Inilah kehidupan kat sana. Kebanyakkannya adalah petani.

Alang-alang bangun awal pagi. Ambik la gambar embun baru nak kering ni :)

Jarang dah kalau nak nampak orang kampung tanam padi macam ni. Selalunya mengupah orang petani dari Thailand. Sekarang kebanyakannya tabur anak benih pakai mesin je.

Sawah tokwan Adieb.

Banyak dah tanah sawah kena ambik sebab nak buat landasan keretapi laju.


Jumaat. Adieb tengah teman tok g kubur. Baca Yassin untuk arwah nyang.

Adieb di kampung.

Dah habis mainan dah nak main. Sudahnya kotak kasut pun jadi bahan mainan. Boring agaknya nih ;p.
1 comment:
Seronoknya..sy ni dah lama tak balik kg..parent pun tinggal kat sini..tgk gambar2 ni..rasa rindu sgt nak blk kg..huhu:p
nice shoot!!
Post a Comment