12 July 2010

Kembara Melalui Buku : Rindu Bau Pohon Tin



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Malam tadi baru dapat saya habiskan bacaan. Itu pun setelah berhempas pulas dengan tugas sebagai ibu & kesibukan saya mengemas untuk berpindah ke rumah sendiri. Memang mencabar, kadang-kadang terpaksa lupakan sekejap minat membaca saya (dalam tempoh sehari dua ). Melayan karenah anak kecil yang tengah membesar. Apa yang saya baca, buku itulah juga yang dia nak. Tapi bangga jugalah sebab dia mewarisi saya, pantang nampak buku atau apa2 kertas. Mesti di belek-beleknya.:)Buku yang nipis ni saya terpaksa ambil masa selama seminggu. Kalau bujang, mungkin sehari semalam dah selesai.

Buku ni merupakan buku Travelog pertama saya untuk tahun ni. Mengisahkan catatan Ustaz Hasrizal dari mula perjalanan beliau untuk menuntut ilmu di bumi Anbiya iaitu di Universiti Mu'tah, Jordan. Menarik. Saya dapat membayangkan keadaan negara Jordan. Penulisan yang mudah untuk saya faham. Semasa tengah membaca buku ni, teringat saya kepada 2 orang rakan sekolah rendah saya yang dihantar oleh orang tua mereka belajar di Cairo, Universiti Al-Azhar, Mesir dan sepupu saya di Jordan sekarang. Seawal usia 15 tahun mereka ke sana. Bersekolah dan masuk Universiti kat sana. Saya membayangkan keadaan mereka (lebih kurang) dengan catatan Ustaz Hasrizal. Lebih mengasyikkan ialah saya menyimpan hasrat untuk ke sana. Berkobar-kobar pulak jadinya.Hehe.

Apapun Travelog ni memang menarik. Tahniah kpd Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com

5 comments:

Welma La'anda said...

Salam Kak,
Saya mahu membeli buku ini setelah membaca Secangkir Teh Pengubat Letih. Harapnya masih ada di pasaran ;)

Cik DIA said...

Cik DIA - big fan Ustaz Hasrizal nih....suka 2 karya dia yg terdahulu....mencari2 masa tuk beli karya sambungan 2 buku yg terdahulu...hope dpt karya yg nih juga....hasil nukilan ustaz senang difahami & mudah tuk diikuti....pendekkata lekat dihati laaa.... (",)

GDIZ said...

Welma > Ada lagi. Akak nak cari lagi buku-buku ustaz hasrizal ni lg lepas ni. Secangkir Teh Pengubat Letih tu dah masuk list nk beli nnti :)

Cik Dia > Lepas baca Buku Rindu Bau Pohon Tin ni, sy jd minat dgn karya-karya dia.;)

Welma La'anda said...

Hehe. Sudah beli. Waktu lunch tadi keluar sebentar membeli ;)

GDIZ said...

Welma> buku setebal ni mesti welma boleh abis 1 hari je kot..;p