14 April 2008

::Buku::

Bulan ini sahaja sudah 3 buah buku ns beli. Antaranya :
Judul Buku : Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Genre: Novel
Mukasurat: 97 halaman
Cetakan Pertama: 2006
Layari : WiraBukit.com

Berlatar belakangkan perang dingin antara China dan India pada dekad 60-an abad lalu, A. Samad Said cuba menghantar sebuah kisah cinta rumahtangga melalui pengalaman dua buah keluarga-sebuah ghairah menghayati sejarah larnbang cinta, sementara sepasang lagi resah berusaha menghidupkan api cinta itu.

Melalui "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri", kita dicabar untuk menjawab pertanyaan mana yang lebih penting: Sebuah kesan sejarah atau cinta manusia itu sendiri.

Catatan Ns : Ns beli di Pesta Buku. Jalan cerita yang menarik. Belum habis baca.




Judul Buku : Masuk Barisan. (Erk, ini bukan cerita Politik)

Buku bertajuk Masuk Barisan mengandungi himpunan cerita pendek dari internet. Ia adalah entri-entri terbaik dari pengendali blog-blog tanah air. Di negara barat buku sebegini jatuh dalam kategori blook (blog-book). Tidak banyak buku seumpama ini diterbitkan di Malaysia, dapatkan senashkah hari ini juga agar anda tidak ketinggalan.

Catatan Ns : Ns beli melalui En. Kemat. Sangat menarik. Ns sudah habis membacanya.



Judul Buku : Jongkang Jongket

JONGKANG JONGKET adalah himpunan catatan weblog, dengan tajuk yang sama, hasil tulisan Mat Jan. Buku ini merakamkan kisah suka-duka Mat Jan dalam mengharungi hidup sebagai seorang orang. Buku ini harus dimiliki oleh semua orang, tidak kira lelaki dan perempuan, miskin dan kaya, tua dan muda, tinggi dan rendah, kecil dan besar, tebal dan nipis, panjang dan pendek, labu dan labi, romeo dan juliet, laila dan majnun, uda dan dara, benson dan hedges, johnson dan johnson, serta mereka yang tertewas. Boleh dibaca ketika lapang, atau dimakan ketika lapar, bersama-sama teman serumah dan jiran sebelah.

Catatan Ns : Ns beli melalui En. Neeziee a.k.a nizam. Baru order. Belum sampai lagi :D

4 comments:

ze said...

dah baca "tenggelamnya kapal van dervik" - bes dek bukunye...

akak baca berkali-kali, kisah cinta antara dua darjat...

ns said...

Kpd sepi : belum lagi akak. Kat mana nak dapatkannya tu ek.

ze said...

carik kat klcc, per nama kedai buku tu. tapi siap2lah sekotak tisu yer...

kisah cinta - tak pernah mati dek, sampai bila2...

p/s: panggey aja akak - kak d. per eh akak nak panggey adek... :-)

Anonymous said...

apa susah mau ke klcc.

klik je : http://www.ujanailmu.com.my/pd_tenggelamnya_kapal_van_der_wijck.cfm