Hari ini ns sudah memesan dua buah buku untuk bacaan dan koleksi ns. Salah satu darinya merupakan karya dari Azizi Abdullah. Antara karya dari beliau yang pernah ns baca berjudul 'Seorang Tua Di Kaki Gunung'. Berkali-kali ns membacanya suatu ketika dulu semasa ns belum pernah sampai ke KL ni. Sekarang entah kemana buku tu hilang dek kerana peminjam-peminjam yang buat harta sendiri.
Buku 1
Judul : Tukcai
Sinopsis :-
Betapa pilunya hati bila orang yang tersayang pergi buat selama-lama. Itulah yang dirasai oleh Tukcai.
Kasih sayangnya terhadap Nekcai, kekal abadi walau tiada di depan mata. Biarpun kematian itu ketentuan Ilahi, kasih sayang itu tetap subur. Tapi, perjuangan mesti diteruskan. Siapalah penggantinya jika nilai-nilai kemesraan membalut kamar rindu, mewangi katil tidur dan menyiram pohon kasih, tiba-tiba menjadi halimunan.
Sayang... cinta yang panjang tak tercapai. Kasih tak terlerai tapi tak tergapai. Rindu tak terubat, wangi tak terhidu. Bukan jauh, tapi tiada. Segar dalam ingatan, tapi jasad tak tersentuh. Kasih sayang bergelora, amuk badai kesetiaan tak berpenghujung. Namun, Nekcai tetap pergi meninggalkan segala-galanya secara fana.
Tukcai pasrah... pemergiaan Nekcai bukan untuk diratapi selama-lamanya. Namun siapakah yang dapat mengubati gelodak jiwa dan sengsara di hati? Anak-anak? Atau siapa?
"Cai, kau tetap dalam ingatanku..."

Judul : 13 Mei Sebelum dan Selepas
Sinopsis :-
13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
- Tunku Abdul Rahman, 1969 -

No comments:
Post a Comment