23 April 2008

Hubby dan Keretanya

Sebelum ni ns dengan husband tak rancang pun nak beli kereta baru. Cukup dengan kereta yang kami ada sorang satu. Dua-dua kenari. Merah dan Hitam. Kereta yang menemukan jodoh kami. Hehe. Bermula dengan husband ns yang saja-saja ke Toyota show room yang tak jauh dari rumah kami. Hajat di hati nak tengok Altis baru. Kata saleman tu kereta ni junior executive kepada Toyota Camry. Memang cantik. Aku kata kita bukan executive abg. Hehe. Kalau nak beli kita ambik yang sesuai untuk family couple lah. Mungkin sebab nak merasa kereta lain. Yelah dua-dua kenari. Kalau nak gilir-gilir pun kenari juga. Suatu ketika dulu memang vios menjadi salah satu kereta idaman ns . Akhirnya kini dapat juga merasa. Setelah hampir 3 minggu baru dapat kereta tu. Lambat. Nombor dah 'booking'. kereta belum dapat. Kata Saleman tu, kereta siap pasang di Thailand. Bawa ke Kastam. JPJ. Puspakom.



Sekarang kereta merah terpaksa letak di luar pagar. Tak muat. Bukan madu sepah dibuang. Husband ns ada je dia 'interprem' dalam gambar2 ns ambik. :D


Hitam itu menawan kan. Hehe



Kereta Husband & ns. Kereta bertemu Jodoh. :)



4 comments:

alin said...

wah3 bertemu jodoh la plak...

heheeee

-z-u-l- said...

habis madu sepah dibuang? isk..tak, kereta kenari tu simpan..kita kena beli muzium lak lepas nih.

Dayu said...

wow..banyak nye kete dia...ingatkan tolak satu kete..tapi kenangan kan, sayang je rasa nak jual kan..

sian kenari merah kena dok luar..terasa hati dia ns...

GDIZ said...

>alin - a;ahh..bertemu jodoh dengan kete kenari lorr.:D

> -z-u-l - muzium ek..

>dayu - a'ahh kengan dayu.takkan jual. kenari merah dok luar jaga pintu pagar.