Bulan ini sahaja sudah 3 buah buku ns beli. Antaranya :
 Judul Buku :  Bulan                      Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Judul Buku :  Bulan                      Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri                                           
                    Genre: Novel
                    Mukasurat: 97 halaman
                    Cetakan Pertama: 2006
Layari : WiraBukit.com
Berlatar belakangkan perang                      dingin antara China dan India pada dekad 60-an abad lalu, A.                      Samad Said cuba menghantar sebuah kisah cinta rumahtangga                      melalui pengalaman dua buah keluarga-sebuah ghairah                      menghayati sejarah larnbang cinta, sementara sepasang lagi                      resah berusaha menghidupkan api cinta itu. 
                     
                     Melalui "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri", kita dicabar                      untuk menjawab pertanyaan mana yang lebih penting: Sebuah                      kesan sejarah atau cinta manusia itu sendiri.
Catatan Ns : Ns beli di Pesta Buku. Jalan cerita yang menarik. Belum habis baca.

Judul Buku : Masuk Barisan. (Erk, ini bukan cerita Politik)
Buku bertajuk Masuk Barisan mengandungi himpunan cerita pendek dari internet.  Ia adalah entri-entri terbaik dari pengendali blog-blog tanah air. Di negara  barat buku sebegini jatuh dalam kategori blook (blog-book). Tidak banyak buku  seumpama ini diterbitkan di Malaysia, dapatkan senashkah hari ini juga agar anda  tidak ketinggalan.
Catatan Ns : Ns beli melalui En. Kemat. Sangat menarik. Ns sudah habis membacanya.
 Judul Buku : Jongkang Jongket
Judul Buku : Jongkang JongketJONGKANG JONGKET adalah himpunan catatan weblog, dengan tajuk yang sama, hasil  tulisan Mat Jan. Buku ini merakamkan kisah suka-duka Mat Jan dalam mengharungi  hidup sebagai seorang orang. Buku ini harus dimiliki oleh semua orang, tidak  kira lelaki dan perempuan, miskin dan kaya, tua dan muda, tinggi dan rendah,  kecil dan besar, tebal dan nipis, panjang dan pendek, labu dan labi, romeo dan  juliet, laila dan majnun, uda dan dara, benson dan hedges, johnson dan johnson,  serta mereka yang tertewas. Boleh dibaca ketika lapang, atau dimakan ketika  lapar, bersama-sama teman serumah dan jiran sebelah.
Catatan Ns : Ns beli melalui En. Neeziee a.k.a nizam. Baru order. Belum sampai lagi :D