05 May 2008

Kenduri

Nyum..nyum...makan kenduri lagi. Walaupun bukan masa cuti sekolah. Sabtu lepas ns dengan hubby ke kenduri kawin. Sepupu perempuan sebelah husband ns telah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah, semua dah selamat dan berjalan lancar. Majlis telah berlangsung di satu tempat yang dipanggil 'Kampung Pengantin' di Jalan Ampang. Semuanya telah disediakan. Dari menu makanan, pelamin, bilik, meja/kerusi jemputan, khemah dan segala perhiasan lain termasuk bunga-bunga hidup. Cuma pilih warna tema dan hulur duit je. Senang. Tak payah pening-pening pikir dah. Khabarnya pengantin lelaki bekas pelajar MCKK dan pengantin perempuan pula bekerja dengan MAS.

Ns dengar kosnya berbaloi dan dikira murah kalau ikutkan harga sekarang di KL ni. Dengan bertemakan warna 'pink' dan dihiasi lampu2, majlis tersebut cukup berseri di malam hari. Bermula dengan upacara akad nikah di sebelah pagi. Pengantin diraikan disebelah malam. Ada majlis bersanding, dan upacara memotong kek. Pengantin telah disolekkan oleh Nurul Syukur. Sedang ns menjamu selera, ns ternampak seorang kakak dari Kementerian ns. Duduk di meja keluarga pengantin lelaki. Kak Hamidah..ya betullah tu. Dia tu aktif bowling juga. Pernah berkursus bersama. Dia tak perasan ns. Hehe. Abaikan. Jom layan gambar-gambar masa kenduri tempoh hari.



Ns dengan husband. Kami lari daripada warna tema sebenarnya ni walaupun telah dimaklumkan lebih awal. Hehe.


Pengantin berarak masuk untuk bersanding. Erk..ni guna kamera hp. Tangan hubby ni terketaq-ketaq agaknya nih..:)


Hubby ns betul2 ketaq agaknya ni. hehe. Gambar tak 'clear'


Dari jauh ns sempat ambik gambar pelamin.
Teringan zaman2 ns kawin dulu2. :D


Pengantin Tengah Makan beradap. Masa ni bagilah ayam golek pun..tak lalu nak makan dah ni. hehe.


2 comments:

sepi said...

'kg pengantin' di ampang? kat mana tu eh?

laaamaaa tak der jemputan mkn nasi minyak... :-)

GDIZ said...

a'ahh..dekat jalan ampang.Lorong nak masuk ke situ tak jauh dah dr traffic light yag besar kat ampang park tu...