06 May 2008

Lagi-Lagi Milo

Milo lagi. Milo ni dah terlebih-lebih manjanya. Tak macam dulu. Kat mana ns dengan husband ada kat situlah dia juga ada. Kami di dapur. Dia di dapur. Kami di bawah. Kami naik atas. Semua dia ikut. Hehe.

Paling teruk manjanya apabila milo nak buang air ( dalam erti kata lain 'berak') dan makan juga nak berteman. Selagi tak bawa dia ke tempat dia nak buang air tu, selagi itulah dia akan bising dan mengesel-geselkan badan dia dekat kaki ns atau husband. Salah satu sifat milo ni ialah pemalu. hehe. Sesapa yang datang rumah ns.Yang dia tak kenal. Buka je pintu rumah, dia dah lari naik ke atas. Kucing jantan yang pemalu.

Milo pernah ditinggalkan di Kampung semasa ns 'pregnant' kali ke-2 dulu. Atas nasihat Dr selepas ns keguguran kali pertama. Katanya tak elok memelihara binatang yang berbulu. Contohnya kucing dan erk..burung. Boleh mendatangkan kecatatan pada janin. (Penting nih..)

Satu yang ns suka dengan milo ialah dialah yang menjadi teman ns kalau husband kena kerja malam. Hehe. Waktu pagi dia akan mengejutkan ns dari tido dengan menarik-narik rambut ns.

Tempat 'privacy' si milo. eeauuww..


Pandang yok..

6 comments:

antalya said...

comot mata nye..xtolong bersihkan ke?

Anonymous said...

pinjam milo seari leh? nak wat air nak bubuh susu + ice.... :-)

kuceng akak yg dah takder tu putih melepak, suka sangat dia bila akak dukong n tenung mata dia....

11 said...

tomeinya milo...windu la gyena kat dia...by then besa la. jaga kucing mengalahkan jaga anak sorangkan? sama la mcm gyeny tue, mengada, mkn pun nk berteman...tp sib baik kalo dia nk buang air tak berteman...heheheh

Unknown said...

alah gedik nya kucing jantan tu... u mmg biarkan dia lepas dlm umah ke ns..seronok la dia...

xde couple ke milo tu ns? carik kan lah betina sekor untk dia..mesti lepas ni dia tak kaco u ngan husband lagi

ns said...

>Yun - Kekadang husband yang bersihkan.:)

>Sepi - Carilah sekor dua akak. Bela buat teman. Best bela kucen nih.hehe

ns said...

> gyena - bulu dia mcm makin kurang je. luruh agaknya. Lagi kita layan lagi dia ngada. Tapi best. hehe.dengan husband ns lagi dia manja sgt.

> Dayu -a'ahh kami g keje lepas dia dlm rumah. tak pernah lagi kurung. Kalau dia nk makan..nak uk..uk..dia pergi cari tempat privacy dia.Tido pun dgn kitaorang dlm bilik ni ha. kekadang ms tido sedar2 dia ada kat tengah2 lagi. :D.
Tak nak lah ns crkan teman.kucen yg br lahir tu gelilah.