13 May 2008

Ns Kursus BTN 2008


Cari ns...hehe. Semuanya seramai 93 orang penjawat awam. Dari pelbagai Jabatan / Kementerian.

Hari ni ns masuk ofis seperti biasa. Setelah 5 hari berkampung di Kem Warisan Arca (KIWA) Sepang untuk menjalani Kursus biro Tatanegara. Kem KIWA ni adalah kem swasta yang telah dijadikan tempat kursus BTN disebabkan Kem BTN sendiri telah menempatkan peserta-peserta kursus yang lain. Bagi ns, kursus sebegini sangat menarik. Terutama sekali mengenai sejarah negara kita. Semasa di zaman persekolahan dahulu memang ada matapelajaran Sejarah. Cuma mungkin penghayatannya tak sama apabila ns dah bekerja dan telah memahami kaitan apa yang berlaku di negara kita pada masa sekarang dengan sejarah negara. Kursus ni dapat meningkatkan semangat patriotisma ns. Betapa pentingnya kita perlu memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Ns harap semangat ni bukan setakat dua tiga hari ni saja, tetapi sepanjang ns berada di negara kita ni. ( ..ns tengah semangat ni ,hehe :) )

Program-program sepanjang 5 hari berkursus ni ialah seperti mendengar ceramah. Itu pun hanya 4 slot sahaja di hari pertama. Rakaman video di zaman mencapai kemerdekaan seperti usaha-usaha Tunku mendapatkan kemerdekaan dan semasa komunis menghuru-harakan negara kita juga telah di tayangkan. Pada masa ini ns sedar betapa pentingkan kita memelihara keamanan negara kita pada hari ini dari anasir-anasir dalam atau luar negara untuk generasi akan datang. Belum tentu apa yang kita hadapi hari ni, generasi akan datang turut merasainya. Dan perkara yang penting sekali ns dapat dari kursus ni ialah mengenai Kontrak Sosial. Pada sesapa yang dah menghadirinya pasti mengetahui apa itu Kontrak Sosial. Selebihnya boleh pikir sendiri apa yang terjadi terutama dalam politik pada masa sekarang. Isu-isu terkini yang berlaku sekarang di satu Negeri utara semenanjung juga sedikit sebanyak mengenai Kontrak Sosial.

Selebihnya dalam kursus BTN ni ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan riadah. Setiap kumpulan akan diberi seorang Fasilitator. Fasilitator kumpulan ns sebaya dengan ns. :). Dalam kumpulan kecil ini sebenarnya memudahkan kita untuk berinteraksi dan memberi idea2 dalam aktiviti yang dijalankan.
Masa kursus tu ns telah dipilih oleh jurulatih2 menjadi AJK Dewan makan. Selepas makan peserta mesti mencuci sendiri 'tray' yang dimakan. Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti kembara dan keadaan ns di Kem. Layannn. :D



Disebabkan berdekatan Kem ni takde gunung ganang/bukit bukau, aktiviti kembara dibuat memasuki hutan-hutan kecil yang berdekatan sahaja.


Malas nak meredah air. Terpaksalah buat 'titi' dengan batang pokok ni.


Salah seorang kumpulan ns. Kursus ni pesertanya dari pelbagai Jabatan dan Kementerian.


Dua tempat kena merentasi parit-parit macam ni. Penat..


Kumpulan ns berhenti rehat kejap. Semasa aktiviti kembara, peserta dibekalkan sebotol air mineral dan sebungkus roti.


Berjalan hanya mengikut anak panah yang diberi. Kumpulan ns kumpulan terakhir yang bergerak. Kalau kumpulan yang awal buat jahat. Pusing anak panah. memang kami akan sesat. :D


Mula-mula masuk belukar dah jumpa kawsan paya2. Terpaksa redah juga. bak kata nadia af. ' Redah aje'.. :D


Habis kasut baru ns. Beli kat giant (save sikit :D) semata-mata nak pegi BTN. Nasiblah takda seekor pacat pun yang singgah dekat kaki ns.


Yang ni terpaksa redah. Memang tak ada benda nak buat titi.


Redah jagn tak redah.


Laluan dari bilik kuliah nak ke dewan makan.


Tempat pendaftaran. Tinggal di kem ni boleh kira hari2 kapal terbang yang berlepas dari KLIA. Bising betul..


Keadaan di luar bilik tido.


Tempat beriadah. Tempat ns menari poco-poco. :D


Dalam bilik tido ns. Satu bilik menempatkan 6 orang peserta kursus.


Ada aircond lagi..


Bilik aktiviti berkumpulan.


Bilik Kuliah. tempat dengar ceramah dan 'exam'


Last..gambar ns berpakaian 'school'.. kadang2 ns rasa mcm nak bersekolah semula. 'Form six'.

* apasal tulisan ni ada yang besar..ada yang kecik ntah..


9 comments:

Dayu said...

huhu...mcm seronok je gi kursus ni.

ns, wajib ke penjawat awam gi BTN? derang select ke kita yang apply?

hehehehe..u betul2 nmpak mcm bdk sekolah lah ns...

ღ'*•.¸alin¸.•*'ღ said...

isk3..br pegi ke BTN???

sah2 br msk keje ngan gomen ni...heheheeee


syok kn p BTN..
alin rase cam nk p lg jer...

heheeee

yun said...

last pics br le nampak muker tuan blog nih..lelain pics xde dia

Kasih said...

gegege...best wooo gi BTN..
kasih pon BTN kat situ...
hehe..sempoi... =)

Baju skolah tu skrg dah jadi baju wakaf kat tempat kasih..
sesapa nak gi BTN leh pinjam.. hehe..

part paling best? 60% dlm bilik kuliah kasih tedo.. gegege...
sib baik lulus exam.. yiehah! =)

GDIZ said...

> Dayu - Seronok sgt. Jawatan tetap je g BTN. Kementerian akan hantar nama kita. Dulu tak merasa naik form six..baju putih,kain hitam. Heheheh

>alin - keje dh 3 tahun. Baru dapat g BTN. Itu la, syok kan BTN ni. :D

>Yun - abis..dh tuan blog je yg kena ambik gambar.heheh

>Kasih - yup betul..best BTn kan..kan..:D.

ahmoi said...

aiii..semekom..bestnyer dia gi BTN..teringat saya pada zaman2 skolah dulu n zaman u dulu.hehehe...

GDIZ said...

>ahmoi - ahah..best.sebelum g igtkan kusus ni tak best. bila dh pg baru tahu kusus ni best rupanya.:D. igt zaman sekolah ek

Anonymous said...

masa nk masuk BTN dulu. gelojoh sy dibuatnya. ye lah, carik baju sekolah.nasib baik baju sekolah sy masa upper 6 dulu sy tak buang. kurang2 dh ada 2 pasang baju sekolah. baju kurung putih + kain hitam. sy basuh baju sekolah tu bersih2. tp sy gi cari lg 2 pasang baju sekolah.sebab org kata masa BTN x smpt basuh. terkejut org kedai uniform sekolah tu.umur dh 26 still nk beli baju sekolah. lps try baju kurung sekolah dgn kain sekolah tu, sy beli 2 pasang. masa testing kt kedai tu, suami sy kata awk pakai trus la sepasang baju sekolah tu. lg sepasang letak dlm plastik. sy pun mntk taukeh kedai tu tlg gosokkan baju + kain sekolah tu sebab baju + kain sekolah tu kedut.suami kata dia suka sgt bila sy in school uniform.dgn baju sekolah tu(baju kurung putih + kain hitam + tudung putih) sy g jln2,shopping,mkn2 sampai mlm dengan suami.suami plak nmpk makin syg.heh..heh..heh..Seronok pakai baju sekolah ni siang sampai mlm masa kt kem BTN. teringat kenangan zaman sekolah dulu especially upper 6.baju sekolah tu skrng sy pakai kadang2 kt umah atau keluar jln2 sebab suami kata dia suka sy bila pakai baju sekolah. dlm seminggu ada 2-3 kali sy pakai baju sekolah.jd x rugi sy beli.x la sy simpan jerk.

Anonymous said...

sy terpilih g kursus BTN bln 4 nie di KIWA....

mcm mn ye perjalanan kursus nie???? merisaukan....mcm PLKN ke....