28 January 2009

Melenggang Perut

Semalam ns bersama2 kakak ns ke Beranang, Kampung sebelah abg ipar. Tujuannya nak jumpa bidan kampung. Bila dah hampir2 nak bersalin ni macam2 pulak sakit sana- sakit sini. Hehe. Ns ngadu dekat mak kat kg, yang ns sakit tulang pinggul sebelah kanan. Nak jalan sakit & time baring pun sakit. Mak kata takut kedudukan baby tak betul. Nak balik kampung sendiri jumpa bidan yang sebelah umah tu jauh sangat pulak. So jumpa bidan kat kg kat beranang tu je la. Bila jumpa dia kata baby ns kedudukanya dah ke bawah sangat. Dia perbetulkan ape2 yang patut. Heh..sakit juga. Bidan tu tanye ns, dah melenggang perut ke..ns cakap kat sebelah kg ns kat utara takde la buat melenggang2 perut nih. Dah alang2 bidan tu kata dia buatkanlah. Secara simple2 bidan tu melengganglah perut ns ni. Pagi tadi sampai je kat ofis, terus ns cari ape sebenarnya melenggang perut nih and kongsi dekat sini.


Credit to Adat Resam Melayu dan Warisan Budaya Malaysia - Melenggang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Note : Ns nk keluar ke Hospital ni. Sepatutnya appointment pukul 2.30 pm .Tiba2 DR call suruh datang 3.15 pm pulak. Dia ada Major Operation 2.15 pm.

4 comments:

Mak Su said...

err, maksu tak buat plaks lenggang perut tu...tak pernah buat. agaknya sebab tak dak parents kot :(

AHMOI said...

salam kak..lama tak mai cini..bz sangat..huhuhu..slalu dgr melenggang perut tp ni lah baru tau pa tu melenggang perut..family ani tak da sapa pun yg pernah buat..hehee..tu fasal tak tau tu.haha

ns said...

maksu :

xabuat pun xpa kot maksu. Adat je agaknya :)

Ahmoi :
salam..pi mn ni br muncul..heheh.nnti peknen buat ek..hehehe

Anonymous said...

Lenggang perut ni bertujuan utk membetulkan posisi bayi dalam perut je... Tapi disebabkan diselangi dgn bacaan2 bukan drpd Al Quran dan beberapa perkara khurafat lagi, maka upacara ini tidak dibenarkan dlm Islam.. Tapi kalau sekadar utk mengurut dan membetulkan posisi bayi, itu tidak mengapa..