29 January 2009

Cerita Baby Lagi ;p

Memang macam ni lah agaknya bila orang first time pregnant kot. Hehe... Selagi tak bersalin selagi tu dok citer pasal baby. Bila dh lahir, citer anak juga lagi. Sementara tengah xcited kan. Tulis je lah. Layankan je lah ye ;p

Petang semalam ns ke Tawakal. Sepatutnya appointment pukul 2.30 pm. Dalam kul 12 lebih mcm tu, dia call suh datang 3.15 pulak..katanya ada major operation. Call somi ns suh dia keluar kul 2.45. Ns jemput dia kat stesen lrt Titiwangsa tuh. Tunggu punye tunggu Dr..tetiba ada sorang kakak tu datang, bagitau pembantu Dr tu yang air ketuban dia dh pecah. Takut ns tengok keadaanya tuh ;p. Semua perasaan ada. Macam tu lah gamaknya ns nnti.

Dalam pukul 4.30 lebih mcm tu br dapt jumpa DR. Haihh..geram pun ada. Saboo je lah. Banyak kali DR Ct say sorry dekat ns, katanya tetiba hari ni ada 2 patient nak bersalin. Nak tak nak dia kena layan diorang dulu sebab dah terbuka nampak kepala baby dah...ishhh..

Sekarang turn ns pulak ;p...start la buat scan 3/4D tuh. Kalau muka baby menghadap perut and air ketuban banyak katanya boleh nampak clearlah. Tengah2 dok scan tuh ada call pulak ,sorang patient dia tengah pregnant masuk wad kena demam chikunya and bleading. Nasib lah DR Ct mintak suh DR lain take over kejap. Kalau tak maunya lama ns dok terbaring kat situ. Busy betul petang semalam. Hehe..

Scan petang semalam xdpt nk tengok menghadap muka baby pun. Nampak sisi je. Pastu pulak tangan dia asyik la dok tutup muka. Malu kot..hehe. Puas la DR dok kaco2 dia suh turunkan tangan tu. Dia tak nak turunkan juga. Takpalah..dapat tengok sikit pun. Syukur alhamdulillah..cukup sifat. Gambar pun tak berapa nak jelas sangat. DR kata air ketuban ns kurang. Semalam dah 32 minggu. Berat baby pun 1.9 kg dah. Dr pun tunjuk part by part je sbb baby dah besar and ruang dia terhad dah. Dalam pukul 5 lebey baru selesai semua. Dapat CD. Ada video & picture. Balik rumah layan CD tu jelah malam tadi bagi puas. Hehe






28 January 2009

Melenggang Perut

Semalam ns bersama2 kakak ns ke Beranang, Kampung sebelah abg ipar. Tujuannya nak jumpa bidan kampung. Bila dah hampir2 nak bersalin ni macam2 pulak sakit sana- sakit sini. Hehe. Ns ngadu dekat mak kat kg, yang ns sakit tulang pinggul sebelah kanan. Nak jalan sakit & time baring pun sakit. Mak kata takut kedudukan baby tak betul. Nak balik kampung sendiri jumpa bidan yang sebelah umah tu jauh sangat pulak. So jumpa bidan kat kg kat beranang tu je la. Bila jumpa dia kata baby ns kedudukanya dah ke bawah sangat. Dia perbetulkan ape2 yang patut. Heh..sakit juga. Bidan tu tanye ns, dah melenggang perut ke..ns cakap kat sebelah kg ns kat utara takde la buat melenggang2 perut nih. Dah alang2 bidan tu kata dia buatkanlah. Secara simple2 bidan tu melengganglah perut ns ni. Pagi tadi sampai je kat ofis, terus ns cari ape sebenarnya melenggang perut nih and kongsi dekat sini.


Credit to Adat Resam Melayu dan Warisan Budaya Malaysia - Melenggang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

Note : Ns nk keluar ke Hospital ni. Sepatutnya appointment pukul 2.30 pm .Tiba2 DR call suruh datang 3.15 pm pulak. Dia ada Major Operation 2.15 pm.

20 January 2009

Tuan Milo dan Apartmentnya

Semalam Husband cuti. Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum nih (bulan ni nak beli cage baru). Sebelah paginya husband ns pegi survey harga cage baru untuk tuan milo di Pet Shop Selayang Baru. Sebelah petangnya pula, lepas dia jemput ns dekat ofis kami terus ke Sri Gombak, hajat nak survey dekat Pet Shop area situ pulak. Ternyata harganya jauh lebih murah dari Pet Shop di Selayang Baru. Tanpa membuang masa dan tenaga terus je ambik satu apartment 3 tingkat untuk si milo ni + vitamin + ubat kutu+ makanan. Semua nya RM300 ja.



Husband ns tengah dok pasang apartment tuan milo.



Dah siap separuh


Cuba masukkan tuan milo. Masih takut2. Gayat kott..hehe



Ok..dah boleh sesuaikan diri skit dah. Siap dah boleh baring relaks



Muka Poyo..syokk lerr tu



Masa kat Pet Shop tu nampak anak kucin ni comelll sangat tengah main2 dalam tandas dia, Hehe..mahal tu..RM6++.++ tauke tu nak jual.



19 January 2009

Check Up lagi..for scan 3D/4D

Last Check up haritu DR mintak datang 7 Jan lepas untuk scan 3/4D & esok 20hb untuk monthly check up yang tiap2 bulan tuh. Tapi td ns call DR mintak tukar appointmant ke minggu depan buat dua2 sekali utk scan 3/4D dengan monthly check up sekali. Katanya scan 3/4 D ni ambik masa sejam utk seorang dan dia buat scan 3/4 D ni hanya pada hari Rabu shj. Dapat CD sekali. Kalau buat hari biasa kesian orang lain kena tunggu lama kata DR. So DR suh dtg 2.30 ptg 28hb ni . Petang tu hanya 2 org saja ..ns dgn sorang lagi. Nasiblah ns kena turn 2.30..maknanya sorang lagi tu turn dia 3.30 ptg.

Ns pun tak berapa nak faham scan 3/4D ni. Td je cuba2 tengok dekat internet. Belek punye belek jumpa la website Dr Najeeb Layyous Amman, Jordan ni . Bagus website ni. Banyak bagi maklumat. Rupanya nak buat Scan 3/4D ni pun kena ada masa2 yang sesuai berdasarkan tarikh due date kita. Nak tahu cuba klik kat sini. Bukan main belasah scan je. Patutlah DR bagi date 28hb ni..baru ns faham.


Contoh scan 3/4D

Sumber Rujukan :Dekat Sini

16 January 2009

I Feel Good.............:)

Esok cuti..bestnye...nak rehat puas2 :) Selamat berhujung minggu semua...



I Feel Gooooooodddd......:)

12 January 2009

My Lovely pet - Milo

Bulan ni dah plan nak belikan 'rumah baru' untuk tuan milo. Bagi selesa sikit. Kesian tengok dia bersesak2 dalam cage yg kecik tu. Lepas ni milo dah tak bole bagi masuk dalam rumah lagi dah(sesekali bole la kot..). After ns bersalin nnti dia akan dok dalam cage je. Berak kencing pun dalam tu juga. Dulu dia bebas dalam rumah. Sekarang dah masukkan dalam cage. Ajar skit2. Nak berak kencing je dia masuk dalam rumah. Selepas ns bersalin nnti selamanya milo akan dibiarkan dalam cage termasuk berak kencing dia. Sesekali lepas kat laman rumah bagi hilang lenguh2 dia. Orang kata kucing ni akan jealous bila ada kehadiran 'orang baru'. Dah faham sangat dah dengan si milo nih..memang dia jealous kuat, mengalahkan orang, hehe..manja pulak tuh.


Lebih Kurang cage macam ni la nanti akan dibelikan utk tuan milo. Triple storey lagi...


Cage tuan milo sekarang. Sian dia..dah tak cheluihh (muat). Terjulur2 tangan & ekor tu haa


Lepas ni xde lagi la tido atas tilam empok2..


Takde lagi sendeng2 dekat badan orang..


Tak bole lagi la dok cium2 /gomol2 kain buruk yg dok gantung tuuu..hehe


Port dia suka tido kalo kat dapur..


Sesuka hati je asal aman..


Port tido kalau kat ruang tamu.

Jawab Tag Dr Kakchik

Entry ni sempena nak jawab tag dr kakchik. Lagi pulak pn. Bos pegi Penang. Boleh la ns 'memblog' ke blog kawan2 sesuka rasa selama 2 hari.

Antara Soklan-soklanya..

1) Your name / username
Lilly/ein (panggilan kat kg) /kamus (kebanyakkan id dlm mn2 website) /alisa (just for kenarianz)

2) Left handed or Right Handed
Sudah Tentu Kanan.

3) Favourite letter to write
Z

4) Least favourite letter to write
N

5) Do you think you are HOT?
Tak la..Suam2 kuku je

6) Upload you fav pic.
Banyak sebenarnya. Tapi yg paling suka sekali la yg kat bwh ni..




7) Why do you like this picture?
Sebab comeiii je ;p. bila tgk mesti nak senyum je

8) The last song u listen to?
Lagu yg ada dlm pc ni : Shila Oiam - Memori Tercipta..

9) What are you doing right now besides this?
Tengah Cakap phone dgn Pn. Bos. Calling from Penang..huhu

07 January 2009

Ahlanwasahlan Muharram & Welcome 2009

Dah 7 hari dalam tahun baru. Dah lama juga tak update blog. Ahalanwasahlan Muharram dan 2009.

Baru sekarang ada masa terluang sikit. Hujung tahun haritu sibuk dengan exam PTK. Bila kawan-kawan dah dapat 'kanan'..baru ler sibuk nak ambik PTK. Hehe..Rezeki masing-masingkan. Sekarang ni pulak sibuk sediakan 'presentation' kepada pn. bos untuk bentang SKT tahun 2009. Kejap tambah tu kejap tambah ni. Haihh..saya menurut perintah. Tak sabar nk tunggu cuti 2 bulan nanti.

Cakap pasal tahun baru, selalunya dalam diri masing-masing mesti ada azam baru. Tak kira azam tahun lepas dah tertunai ke belum, yang penting tahun baru mesti azam baru. Bagi ns tahun 2009 banyak bermakna pada diri ns. Salah satu azam baru ns ialah tak nak boros. Kalau dulu main beli je ape yg rasa nak beli. Benda takde guna pun beli. Lagi pulak dalam masa mungkin tak sampai 3 bulan lagi dah nak bersalin. Banyak lebihkan ke anak je kot lepas nih. Maybe boleh tambah azam baru lagi untuk jadi ibu dan wife yg baik ;p chewahh..:sweaty:


Note :
Ape dah jadi dgn Skuad Kenari Tahun Ni, awal-awal dah kalah 2 game ni, huhuu...Abg Elmi Eliza dok mabuk honeymoon lagi ka..:ha?: