20 June 2012

MC

Kata Pn. Bos - 'Diorang mintak seorang wakil bahagian untuk jadi urusetia di Penang nanti'.

Dua tiga hari selepas itu.

Kata Pn. Bos - 'Diorang minta jadi MC nanti'. Sambung Pn. Bos lagi, 'Alah bila lagi. You kena exposekan diri you'..(cuba memujuk)

Glupp...Perkataan MC tu sudah buat aku tak tenteram duduk. Satunya sebab diri aku ini jenis orang yang 'hide-hide' sahaja.

sekali keluar surat khabar daaa....

Entah macam mana gambar ni boleh terlepas ke surat khabar pulak.

05 June 2012

Apa yang dicari..?

Hidup ini tidaklah sesukar mana andai kita menurut aturan Tuhan..
Andai...

24 May 2012

Tamakkah Saya.


 Di rak buku rumah saya masih lagi ada beberapa buah buku yang belum dibaca oleh saya. Hanya sekadar dibelek-belek, membaca sinopsis di belakang kulit buku tersebut. Adalah dalam belasan buah buku lagi. Di GRMY pun saya letakkan buku-buku tersebut di dalam bookshelf  - to read.

Petang semalam hati saya tergerak rasa untuk ke Kedai Buku Fajar Ilmu Baru, Tingkat 2 Wisma Yakin, sambil-sambil menunggu encik suami habis waktu bekerja. Selalunya bila gaji sudah masuk saya sudah asingkan  beberapa ringgit untuk membeli buku. Cukup dua atau tiga buah buku bagi sebulan (kadangkala susah betul nak disiplinkan diri). 

Petang semalam saya dapatkan buku-buku yang berada di wishlist saya di GRMY. Antaranya ialah berjudul Di Hamparan Shamrock - Kuseru Namamu oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Travelog Minda Tajdid - Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat oleh Ustaz Mohd Asri bin Zainul Abidin dan Sebuah Buku Indonesia, Hafalan Shalat Delisa oleh Tere Liye.

 


 Antara buku-buku travelog atau catatan perjalan yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal sebelum ini yang menjadi bacaan saya ialah Travelog Tarbiah : Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Kedua-dua buku tersebut membawa kita untuk mengenali sedikit sebanyak berkenaan Bumi Ataturk iaitu Turki dan juga pengalaman  beliau menuntut ilmu di Jordan.

Kali ini melalui buku Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu, Ustaz membawa kita menjelajah ke London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom melalui catatan perjalanan beliau di sana.
Pada saya buku-buku travelog Ustaz Hasrizal yang sebelum ini tidak menghampakan pembaca. Ayuh, mengembara melalui buku.


 Travelog Minda Tajdid ini merupakan buku pertama karangan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin yang saya baca. Ia juga merupakan catatan perjalanan beliau ke Lampeter di United Kingdom setelah tamat menjadi Mufti negeri Perlis. Sinopsis bagi travelog beliau bolehlah dibaca di sini.




Antara karya lain Tere Liye yang telah saya baca ialah  Pukat, Burlian, Bidadari-Bidadari Syurga, Moga Bonda disayang Allah dan Rembulan Tenggelam Diwajahmu.  Karya Hafalan Shalat Delisa ini telah difilemkan dan telah ditayangkan di Astro. Ceritanya memang membuatkan mata saya tidak kering dek penangan ketabahan kanak-kanak yang bernama Delisa yang kehilangan ibu, kakak-kakaknya dan juga sebelah kakinya disebabkan bencana Tsunami melanda ketika dia sedang menjalani amali bacaan solat di sekolah. 
Di pesta buku yang baru selesai awal bulan Mei, saya telah membeli buku ini  yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu di booth PTS. Sebelum pada itu saya telah mencari buku tersebut di dalam bahasa asal di Fajar Ilmu Baru tetapi pada masa itu buku ini masih belum sampai. Apabila semalam saya ternampak buku ini di dalam karya asal, saya terus dapatkannya. Sinopsis serta komen-komen dari mereka yang telah membaca buku ini bolehlah di baca di sini.


Sehingga Mei.


2012 Reading Challenge

Dua tiga menjak ini aktiviti membaca saya banyak terganggu. Entah macam mana bulan Lima sehingga Jun ini banyak pulak aktiviti kelab sukan Jabatan. Bermula dengan perlawanan bowling jemputan dari pihak konsultan, seterusnya ke futsal piala Tn KP. Dan antara aktiviti yang akan menyusul  ialah bowling jabatan, bola tampar dan juga bowling Kementerian. Itu belum termasuk jemputan kenduri kahwin dari  jiran-jiran dan saudara mara. Semuanya haruslah menghadirkan diri.

Sehingga akhir bulan lima ini saya baru selesai mengulit lima belas buah buku.Tiga buah buku saya ketinggalan di belakang untuk mencapai sasaran 50 buah buku pada tahun ni. Biarpun bukan kuantiti yang saya kejar, tetapi lebih kepada mencabar diri sendiri untuk mencapai sasaran tersebut. Mungkin pada tahun hadapan saya perlu turunkan sasaran saya  hanya kepada 30 buah buku sahaja untuk setahun.

Walauapapun, semua aktivi tersebut bukanlah alasan untuk saya tidak meneruskan minat dan hobi saya untuk membaca. Satu atau dua buah buku (yang nipis) tetap ada di dalam beg tangan saya sepanjang masa.Tetap saya usung ke sana ke sini. Saya tetap menjadi peneman dan pendengar suami bercerita di dalam kereta semasa pulang dari kerja, walaupun kadang-kadang diri saya telah berada di dalam buku yang sedang saya baca.

Malam tadi saya selesai menghabiskan karya Saudara Faisal Tehrani yang bertajuk KARBALA. Jikalau saya tidak membaca buku ini, terus terang diri saya masih samar-samar dengan peristiwa yang terjadi di padang pasir Karbala ini.

Karbala

Kisah Karbala ini adalah peristiwa pembunuhan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Saidina Husein, putera kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina  Fatimah. Antara lain yang turut terkorban ialah dua orang anak Saidina Husein iaitu Ali Akbar dan Ali Asghar serta 72 keluarga ahli rombongan dan juga para sahabat.( di mana sesetengah riwayat kurang dari 100).

Kisah ini bermula apabila beberapa tokoh dari Kufah, Iraq menulis surat kepada Saidina Husein supaya datang ke Kufah bagi memimpin masyarakat  bagi menentang pemerintahan zalim Kufah yang pada masa itu dipimpim oleh Yazid bin Muawiyah.

Saidina Husein telah bergerak bersama ahli keluarga dan para sahabat rapatnya ke Kufah dan rombonganya telah dihalang oleh pasukan tentera penguasa Yazid  untuk memasuki kota Kufah. Rombongan Saidina Husein telah dikepong tidak jauh dari Sungai Furat di kawasan gurun pasir Karbala pada 2 Muharram tahun 60 Hijrah.Kemuncaknya ialah pada 10 Muharram hari asyura di mana cucunda Rasulullah, Saidina Husein telah dipancung dan tubuhnya dihinjak-hinjak secara kejam sehingga hancur jasadnya.

Bagi negara islam yang disebutkan oleh penulis di dalam buku ini seperti Pakistan, Iraq, Yaman, Kuwait, Bahrain dan Lubnan, tragedi Karbala ini tidak pernah mereka lupakan dan telah menjadi sebahagian kebudayaan rakyatnya. Ta'ziyah adalah sebuah drama rakyat yang akan dipentaskan bagi mengenang kembali kisah pembunuhan yang menimpa ahlul bait atau keluarga Rasulullah ini. Mungkin juga cara memperingati kisah tersebut bergantung kepada fahaman masing-masing. Apa pun buku ini adalah menarik untuk kita mengetahui serba sedikit mengenai peristiwa/kisah berkaitan Karbala.


15 May 2012

Buku di PBAKL 2012

Pada tahun ini saya berkesempatan  ke PBAKL pada hari Jumaat, hari pertama PBAKL diadakan. Kebetulan hari itu juga saya mengambil cuti untuk pulang ke Kedah. Sempatlah saya singgah sekejap ke beberapa booth dan membeli beberapa buah judul buku yang selama ini berada di wishlist . Ada juga beberapa judul buku yang tak sempat saya cari. Harap-harap saya boleh dapatkannya di kedai-kedai buku online dengan potongan harga yang sama. Selamat membaca semua.;)

09 May 2012

Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun.


Album : ZIKIR Terapi Diri - (Hafiz Hamidun)

1. Astaghfirullah (3:32)
2. La Ilaha Illallah (3:31)
3. Subhanallah (3:29)
4. Taubatan Nasuha (3:18)
5. Hasbi Rabbi (2:57)
6. La Hawla Wa La ( 4:35)
7. Alhamdulillah (3:26)
8. Ya Zaljala (3:52)
9. Ya Latif (3:52)
10. Allah (3:35)
11. Lawkana Bainana (Bonus) (3:11)

Selama ini saya hanya terdengar di dalam corong-corong radio dan saya tertanya-tanya siapa empunya suara yang lunak mengalunkan zikir. Kebetulan semalam saya ke Medan Mara dan membelek beberapa majalah di satu kedai menjual VCD, CD dan buku-buku agama, kebetulan juga tuan empunya kedai sedang memainkan zikir yang saya cari. Saya tanyakan kepada makcik kedai tu CD apa yang dia sedang pasang. Rupanya CD Hafiz Hamidun. Apalagi, saya pun terus dapatkan satu. Memang berbaloi sangat. MasyaAllah..semua zikir yang dialunkan amat  menyentuh hati dan boleh membuatkan air mata mengalir

04 May 2012

Sesekali

Kadangkala kehendak memang meruntun hati. Akal pulak sudah dua tiga kali atau mungkin lebih lagi berfikir-fikir. Akhirnya terbeli juga  'lembu atau sapi' ini sebelum balik bercuti di Kampung tempoh hari. Beli sendiri dan hadiahkan untuk diri sendiri.


02 April 2012

Terima Kasih


Terima kasih untuk En. Suami,
di atas hadiah hari lahir yang ke 31 (erkk dah 31..hehe) merangkap hadiah anniversary yang ke 5 sekali ;p
Tahun ni untung sebab bulan lahir & anniversary jatuh pada bulan en. suami dapat bonus..hehe (alhamdulillah)
Thanks abah adieb..;)


Bye-Bye Samsung...welcome HTC..

28 March 2012

Dulu & Kini

Dulu masa kecik-kecik waktu dibangku sekolah rendah, permainan mama adieb adalah batu seremban, congkak, main pondok-pondok, main aci sembunyi, main legan-legan (kejar-kejar), main waw (layang-layang), main getah, tuju tin, tuju kasut dan segala bendang, sawah juga kebun getah diranduk. Sesekali teringat zaman kanak-kanak dulu memang rindu sangat-sangat akan kehidupan di kampung. Sebab rindu itulah ns suka mengulit akan buku-buku Tere-Liye, Andrea Hirata dan juga A. Fuadi (Buat setakat ini). Sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan kehidupan zaman kanak-kanank ns.


Kini jauh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang. Contoh yang terdekat ialah anak ns sendiri..:). Dah pandai mintak IPad untuk harijadinya yang ke 3 tahun. Bukannya Angry Bird yang selalu dimainnya, tapi game farm frenzy dengan game cari benda tersembunyi. Alahai, budak-budak IT ni.


Disebabkan atas permintaan si adieb, abahnya pun hadiah android paladin yang ala-ala Galaxy Tab gitu. Sesuailah utk budak-budak. Harganya pun cuma RM3++.00 ja. Boleh download macam-macam. Boleh tenet dan simpan movie sekali. Kadang-kadang mamanya pun tumpang sekaki.


Dalam kereta pun duduk diam ja.

27 March 2012

Buku Baru

Petang semalam memang dah niat nak keluar dari pejabat cepat sikit dari biasa. Walaupun pukul 5 habis waktu bekerja, tetapi selalunya 5.30 baru ns akan keluar dari pejabat. Memang kebiasaanya ngam-ngam sampai KL pukul 6 untuk ambik husband di sana. Disebabkan semalam nak mencari bahan bacaan baru di Fajar Ilmu Baru di Wisma Yakin sana, pukul 5 tepat ns dah bergerak menuju ke sana. Minta tolong husband untuk park kan kereta di pejabat OCBC.

Misi utama ns adalah nak dapatkan kitab Ihya' 'Ulumuddin' yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu. Kalau di dalam bahasa Arab berjilid-jilid, kata kawan ns dari Al-Azhar, Mesir. Lagipun ns pun bukannya pandai bahasa Arab..hehe. So..kena cari versi Melayulah kan.

Disamping tu, terbeli jugalah novel-novel dari Indonesia yang selama ini memang nak cari pun ;)

Buku 1 : Ihya' 'Ulumuddin - Imam Al-Ghazali

Kitab Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang paling populer di antara kitab-kitab klasik tradisional yang ada. Bahkan, hingga sekarang, kitab ini tetap menjadi rujukan utama bagi para penempuh jalan sufi.

Tuntutan zaman modern yang serba ringkas dan cepat tampaknya telah diantisipasi oleh Imam Al-Ghazali. Buku Ringkasan Ihya Ulumuddin ini merupakan ringkasan dari kitab Ihya Ulumuddin yang berjilid-jilid tersebut. Kendati sudah banyak ringkasan yang telah dibuat, Ringkasan Ihya Ulumuddin memiliki keistimewaan karena prosesnya dilakukan sendiri oleh Imam Al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan tujuan buku tersebut.

Sebagaimana disebutkan Imam Al-Ghazali dalam kata pengantarnya, “Saya telah meringkas buku ini disebabkan sulitnya membawa buku Ihya’ dalam perjalanan.” Walhasil, dengan membaca Ringkasan Ihya Ulumuddin ini, diharapkan pembaca dapat memahami dan memeras intisari dan hikmah kitab Ihya Ulumuddin yang monumental.

Imam an-Nawawi berkata: “Jika semua kitab Islam hilang, naudzubillah, dan yang tersisa hanya kitab Ihya’ maka ia mencukupi semua kitab yang hilang itu.


Buku 2 : Rembulan Tenggelam Di Wajahmu - Tere Liye

Jatuh cinta dengan karya Tere Liye apabila selesai membaca karyanya di dalam Buku Pukat dan menonton karya beliau yang difilemkan iaitu Hafalan Shalat Delisa.




Buku 3 : Burlian - Tere Liye.

Buku ini merupakan buku ke 2 di dalam serial anak-anak mamak (emak).
Burlian juga merupakan adik kepada Pukat ( Buku ke 3 serial anak-anak mamak).

Burlian, anak kampung dengan segala keriangan keluarganya. Bercita-cita ingin naik kapal besar keliling dunia. Buku 2, dari Serial Anak2 Mamak. Buku 3, PUKAT terbit Februari 2010, Buku 4, Eliana direncanakan terbit Oktober 2010, Buku 1, Amelia direncanakan terbit Februari 2011.



Buku 4 : Agar Bidadari Cemburu Padamu - Salim A. Fillah.


Buku ini hadir untuk wanita yang ingin menghadirkan atmosfer surga dalam setiap hirup nafasnya. Yang muda maupun yang telah kaya pengalaman hidup. Yang sudah mendampingi dan didampingi, juga yang sedang menanti. Agar bidadari cemburu padamu.

Lalu para lelaki? Seharusnya mereka juga tahu bagaimana memeperlakukan wanita dengan keadilan syari’at Allah. Menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan namun tetap melindungi, serta memberikan rasa aman. Ia menjadikan rusuk kiri. Dekat ke tangan untuk dilindungi, dekat ke hati untuk dicintai. Nah, buku ini insya Allah membantu kita, memahami ‘sang kawan perjalanan’.

Ada kata yang merangkum kesetaraan, prhatian, dan cinta!

Laki-laki dan perempuan.

Saling mengenal, saling memahami, saling Bantu, bergandeng tangan (ups!) saling menanggung, dan cekatan mendahulukan. Serasi….!

Lalu?

Harusnya kau tahu.

Bidadari bisa cemburu.

Itu tantangan.

Untuk mendekatkan sumbu potensi diri dengan nyala suci ruh keshalihan.

Agar bidadari cemburu padamu?

Bukan dengan tebar pesona fisik tentu. Karena pasti muke’ lu jauh, he he he… Tak jua dengan memenjara diri antara dapur, kelambu, dan sumur; Karena Allah dan Rasul tak pernah bermaksud begitu



Buku 5 : Hafalan Shalat Delisa - Tere Liye

Lama mencari buku ni. Tak sabar nak baca walaupun dah tahu jalan cerita di dalam bentuk filem ;)

20 March 2012

April 2012

Pesta Buku 2012 - acara tahunan yang boleh kata ns tak pernah lepaskan. Pesta Buku tahun ini akan diadakan pada 27 April sehingga 6 Mei 2012. Bertempat di Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall. Bersiap sedialah dengan senarai buku untuk dibeli nanti. Tambahan pulak bulan April nanti bermacam elaun, tunggakan akan masuk sempena SSM baru katakan ;).

14 February 2012

Kuala Perlis

Cuti Raya Cina haritu balik kampung. Petang-petang bawa adieb & anak-anak menakan yang lain jalan-jalan dan main tepi pantai sambil pekena laksa & ABC. Damai rasanya....








10 February 2012

Opsyen JPP: CUEPACS mahu kerajaan campur tangan- Utusan Malaysia

Dalam perjalanan ke Pejabat pagi tadi sempat mendengar petikan berita dari akhbar-akhbar utama di radio IKIM. Antaranya mengenai isu kami di pejabat sekarang ini.

UTUSAN MALAYSIA.

KUALA LUMPUR 10 Feb — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.

JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

"CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.

"Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal,” katanya.

Omar berkata, demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, semalam.

Beliau berkata, jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.

Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.

Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.

Juesteru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu. — BERNAMA



03 February 2012

Bacaan Baru

Selain buku-buku di rumah, ada satu majalah baru di pasaran yang mengandungi banyak pengisian untuk rohani. Keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Penulis-penulis di dalam majalah ni merupakan tokoh-tokoh yang hebat.

Dalam perjalanan balik ke rumah petang semalam sempat mendengar suara editornya iaitu Hajah Jalilah di radio IKIM. Petang semalam juga ns sudah dapatkan keluaran ke - 2 di kedai dekat rumah :)

UNIC - Doa Dhuha



Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

30 January 2012

Hafalan Shalat Delisa

Walaupun saya tak berkesempatan nak membaca karya Tere Liye ini lagi disebabkan bukunya habis di kedai, namun saya berkesempatan menonton filemnya di Astro First. Memang filemnya membuatkan saya menangis ;). Tersentuh dengan ketabahan hati Delisa selepas kehilangan ibu dan tiga kakaknya. Filem ini juga sesuai sebagai bahan tontonan bersama anak-anak. Banyak pengajaran yang boleh dikutip.

Walau apa pun buku ini akan saya dapatkan juga sebagai bahan bacaan saya dan juga sebagai koleksi peribadi bersama-sama buku Indonesia yang lain (karya A. Fuadi, Andrea Hirata dan Pramoedya Ananta Toer). Sinopsis filemnya boleh dibaca di bawah.




‘Delisa cinta Ummi karena Allah’


Delisa (Chantiq Schagerl) gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi)



26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktek shalat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara



Delisa berhasil diselamatkan Prajurit Smith, setelah berhari-hari pingsan di cadas bukit. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa harus diamputasi. Penderitaan Delisa menarik iba banyak orang. Prajurit Smith sempat ingin mengadopsi Delisa bila dia sebatang kara, tapi Abi Usman berhasil menemukan Delisa. Delisa bahagia berkumpul lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar kabar ketiga kakaknya telah pergi ke surga, dan Ummi belum ketahuan ada di mana



Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencoba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan




25 January 2012

Berpantang.

Selain daripada orang bersalinan yang berpantang selama 44 hari, orang menanggung tugas orang bersalin juga berpantang bercuti selama 28 hari. Seksa juga berpantang cuti di musim-musim perayaan ni. Tak puas dok sekejap di kampung ;)