Dulu masa kecik-kecik waktu dibangku sekolah rendah, permainan mama adieb adalah batu seremban, congkak, main pondok-pondok, main aci sembunyi, main legan-legan (kejar-kejar), main waw (layang-layang), main getah, tuju tin, tuju kasut dan segala bendang, sawah juga kebun getah diranduk. Sesekali teringat zaman kanak-kanak dulu memang rindu sangat-sangat akan kehidupan di kampung. Sebab rindu itulah ns suka mengulit akan buku-buku Tere-Liye, Andrea Hirata dan juga A. Fuadi (Buat setakat ini). Sedikit sebanyak terdapat persamaan dengan kehidupan zaman kanak-kanank ns.
Kini jauh berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang. Contoh yang terdekat ialah anak ns sendiri..:). Dah pandai mintak IPad untuk harijadinya yang ke 3 tahun. Bukannya Angry Bird yang selalu dimainnya, tapi game farm frenzy dengan game cari benda tersembunyi. Alahai, budak-budak IT ni.
Disebabkan atas permintaan si adieb, abahnya pun hadiah android paladin yang ala-ala Galaxy Tab gitu. Sesuailah utk budak-budak. Harganya pun cuma RM3++.00 ja. Boleh download macam-macam. Boleh tenet dan simpan movie sekali. Kadang-kadang mamanya pun tumpang sekaki.

Dalam kereta pun duduk diam ja.

2 comments:
salam.
@gdiz, beli kat ner android paladin tu?
salam aidura.husband beli dkt forum lowyat.net. pastu g ambik kt area ss17 ptlg jaya. hr ni nk pg ambik lg. ada org order lg 3 dkt husband. cuba aidura godek2 kt lowyat.net tu.
Post a Comment