23 April 2010

Macam menarik



Petang semalam sementara tunggu husband keluar pejabat, sempatlah ns berlegar-legar sekejap kat area jalan TAR tu. Hajat di hati nak ke tempat orang jual buku-buku terpakai & baru kat sebelah Colosseum tu. Dah 2, 3 kali sebelum ni asyik lalu saja je kat situ. Asyik pendam-pendam nak singgah. Belek-punye belek, buku ni juga yg jadi pilihan.

Hari ni bawa buku ni ke Ofis. Kot-kot tak sibuk nak curi-curi baca. Kalau kat rumah pulak curi-curi masa dari anak. Memang kena mencuri masa je lah nak membaca ni. Hari ni 23hb April adalah sambutan Hari Buku Sedunia dan Hakcipta. Di sini dan di sini ada cerita pasal Hari Buku Sedunia.:)

3 comments:

Mak Su said...

cerita dia mmg menarik utk dijadikan sempadan dan bahan berfikir

lately maksu tak baca buku, entah kenapa, malas sesangat, layan cerita tamil jer.....

najibah said...

Nanti kalau singgah ke kedai buku dekat Colosseum tu, jangan lupa kongsi cerita di blog ;)

GDIZ said...

> maksu : cerita tamil best juga maksu..hehe. Sy pun kadang timbul tenggelam juga membaca nih. Ada musim kot..

> najibah : dah singgah. Buku banyak & menarik. Dari indonesia juga banyak. Tapi satu je yg memikat hati.