11 January 2011

Moh ler kita Pindah

Kami akan berpindah tak lama lagi. Kali ni betul-betul. Katanya bulan April jika tak ada aral melintang. Bukan pindah rumah, tapi pindah pejabat. Baru bulan lapan tahun lepas saya berpindah rumah ke Sg. Buloh.
Tahun ni kami 'sekeluarga' (bak kata KP lah) akan berpindah dari Pusat Bandar Damansara (nama saja Damansara, tapi di KL) ke Cyberjaya. Bukan jarak yang dekat ye.

Sebelum tu kami telah diberi pilihan untuk mengundi antara KL dan Cyberjaya. Walaupun undian Kl telah menang, tapi Cyberjaya jadi pilihan. Katanya nak dekat dengan Putrajaya.

Senyum lebarlah kawan-kawan yang beli rumah/ tinggal di area Bangi, Kajang, Semenyih, Puchong dan yang sedekat dengannya, hehe. Kawan-kawan bujang pun ramai yang dah pindah ke kuaters di Putrajaya. Alah..bagi kami di sebelah Sg. Buloh, Shah Alam, Subang Airport dan Klang ni pun bukannya jauh sangat. Hiway kan ada. Tak ada jam.(ayat sedapkan hati). Cuma sediakan duit tol saja ;). Bak kata x bos saya melalui emailnya..'Selamat melabur dekat Tol'. .moh kiter ke Cyber yok..;)

6 comments:

Mak Su said...

bagus gaks kot siberjaya tu, bandar education ker apa ker? tempatnya nmpk kat gambar mcm cantik and eksklusif coz mgkn x sesak lagi ek, siapkan duit tol :)

KAKTINY said...

Jauh jugak sebenarnya tuh weih.. refill touch and go penuh2 yer.. kehkehkeh...

aidura sofiee said...

@gdiz, nampak gayanya pekerja2 tol tak lama lagi akan dapat habuan 8 bulan bonus plak! kehkehkeh

ze said...

lily, akak pun br sja berpindah opis baru, tp masih lg di kaw.ampang. kali ni bangunan sendiri, lepas ni takderla pindah randah lg...tp opis baru akak ni dekat benor ngan tempat soping, alahai bak kata kwn akak, banyak godaan kat sini hehehe

Sally said...

emm awal jugaklah gayanya nak kena kluar rumah ya..jarak jauh mungkin tak rasa tertekan kalau jalannnya tak menempuh trafik yang sesak kan !..

GDIZ said...

@Maksu - duit tol yg xlarat tu.
@KakTiny - mmg jauh sgt kak ;) Letih tenaga/duit.
@aidura sofiee - haaa..diorg makin kaya ;p
@ze - ye ke byk tempat soping? hehe..mcm xde je..
@sally - 6.15 maybe..lebih kurang mcm skrg juga, 6.30..;)