26 January 2011

Cari Buku

Baru hari ini, setelah nak habis Januari saya mendapat tahu nama ustaz yang memberi ceramah motivasi pagi di radio Ikim jam 7.30 pagi sepanjang bulan ni.

Ya. Nama ustaz itu ialah Ustaz Zul Ramli M. Razali. Dalam motivasi pagi hari ni, beliau menceritakan salah satu cerita yang terdapat di dalam buku beliau iaitu U-Turn ke Jalan Lurus. Terus saya jadikan buku ini sebagai salah satu buku yang patut saya beli.

“Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan.” - DR ROBIAH K. HAMZAH Pakar Motivasi Dan Kaunseling Keluarga.


Tutup cerita U-Turn ke Jalan Lurus.

Petang semalam sebelum saya off kan PC di pejabat, sempat saya menghantar email ke Fajar Ilmu baru. Saya bertanyakan sama ada buku Ranah 3 Warna sudah ada di Fajar Ilmu ke belum.
Pagi tadi saya mendapat reply dar Fajar Ilmu baru mengatakan bahawa buku tersebut belum ada lagi. ' Kami sedang menunggu ketibaan stok buku dari jakarta. Tidak pasti sama ada masuk atau tidak'. Kalau tak ada juga, haruslah saya ke Gramedia pula.

Ramai sudah pasti maklum bahawa buku ni merupakan buku ke-2 dari trilogi Negeri 5 Menara. dengan mantranya 'man jadda wajada'. Ranah 3 Warna dengan mantaranya 'Man Shabara Zhafira' ni baru saja diedarkan pada tanggal 23 Januari 2011. Maklumatnya boleh didapati di sini.

"
Anak-anakku...
Bila badai datang. Hadapi dengan Iman dan sabar. Laut tenang ada untuk dinikmati dan disyukuri. Sebaliknya laut badai ada untuk ditaklukkan, bukan ditangisi. Bukankah karakter pelaut andal ditatah oleh badai yg silih berganti ketika melintas lautan tak bertepi?



2 comments:

aidura sofiee said...

Ranah 3 Warna tampak sungguh menggiurkan!

ns said...

@aidura sofiee - mmg menggiurkan.Sedang menunggu buku ni sampai ke Malaysia ;)