27 July 2010

Minggu Yang Penat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulillah..Syukur. Saya gagahkan diri ke pejabat hari ni. (Ikutkan mood bekerja belum ada lagi ni).Penat, balik sahaja dari Bengkel di PD, saya mengemas pula untuk berpindah rumah. Petang sabtu saya masih bernafsu ke Pameran Hiasan Dalaman di Stadium Melawati Shah Alam. Sebab dah setkan di HP saya. Mencari kot-kotlah ada barang yang murah. Sudahnya dapatlah wall paper, penyidai dinding & langsir untuk bilik adieb. Inilah dia antara barang yang memang nak dicari sangat untuk rumah. Mencari yang diskaun sahaja.:)
Seawal pagi isnin saya ber 'SMS' dgn pn. bos untuk maklumkan saya terpaksa 'EL'. Sakit2 badan kata saya (melebih2 macam mengangkat barang berat je) hehe.
Rindu nak mem'blogging', berforum di Goodreads, berFB (;p) & blog walking.


Adieb room in d making.


Rak Buku Mama.


Antara buku-buku mama yang baru keluar dari kotak.

12 July 2010

Kembara Melalui Buku : Rindu Bau Pohon Tin



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Malam tadi baru dapat saya habiskan bacaan. Itu pun setelah berhempas pulas dengan tugas sebagai ibu & kesibukan saya mengemas untuk berpindah ke rumah sendiri. Memang mencabar, kadang-kadang terpaksa lupakan sekejap minat membaca saya (dalam tempoh sehari dua ). Melayan karenah anak kecil yang tengah membesar. Apa yang saya baca, buku itulah juga yang dia nak. Tapi bangga jugalah sebab dia mewarisi saya, pantang nampak buku atau apa2 kertas. Mesti di belek-beleknya.:)Buku yang nipis ni saya terpaksa ambil masa selama seminggu. Kalau bujang, mungkin sehari semalam dah selesai.

Buku ni merupakan buku Travelog pertama saya untuk tahun ni. Mengisahkan catatan Ustaz Hasrizal dari mula perjalanan beliau untuk menuntut ilmu di bumi Anbiya iaitu di Universiti Mu'tah, Jordan. Menarik. Saya dapat membayangkan keadaan negara Jordan. Penulisan yang mudah untuk saya faham. Semasa tengah membaca buku ni, teringat saya kepada 2 orang rakan sekolah rendah saya yang dihantar oleh orang tua mereka belajar di Cairo, Universiti Al-Azhar, Mesir dan sepupu saya di Jordan sekarang. Seawal usia 15 tahun mereka ke sana. Bersekolah dan masuk Universiti kat sana. Saya membayangkan keadaan mereka (lebih kurang) dengan catatan Ustaz Hasrizal. Lebih mengasyikkan ialah saya menyimpan hasrat untuk ke sana. Berkobar-kobar pulak jadinya.Hehe.

Apapun Travelog ni memang menarik. Tahniah kpd Ustaz Hasrizal @ Saifulislam.com

08 July 2010

50 Buku Setahun 2010 di dalam Berita Harian, 6 Julai 2010


PROGRAM 50 Buku Setahun 2010 anjuran komuniti buku dalam talian, Goodreads Malaysia, mempelawa pembaca dan peminat buku untuk mencapai sasaran pembacaan 50 buku setahun dengan berkongsi pengalaman serta ulasan buku di laman web mereka.

Pengendalinya, Najibah Abu Bakar, berkata ia boleh digapai di http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia dan program terbabit ialah usaha kumpulan pembaca memberi galakan kepada pembaca mencapai sasaran berkenaan sejajar dengan budaya membaca di negara maju.

“Impian itu bermula pada tahun ini melalui idea seorang pengendali kami, Najmuddin Yusoff, dengan 28 ahli sudah menyertai program ini sehingga Mei lalu, sekali gus menjadikan jumlah bacaan buku keseluruhan 640.

“Impian itu bermula pada tahun ini melalui idea seorang pengendali kami, Najmuddin Yusoff, dengan 28 ahli sudah menyertai program ini sehingga Mei lalu, sekali gus menjadikan jumlah bacaan buku keseluruhan 640.
“Bagaimanapun pencapaian itu masih agak mengecewakan berbanding jumlah keseluruhan 348 ahli Goodreads Malaysia yang menyebabkan kami memerlukan pembaca tegar yang belum berdaftar untuk mencapai sasaran pembacaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman webnya.

Selain Najibah dan Najmuddin, Goodreads Malaysia dikendalikan oleh enam pengendali iaitu Khairul Hezry Zainal Abidin, Juliana Es Mohd Munawir, Faizah Roslaini Othman, Aidura Sofiee serta Ferida Enolil Mustapha.

Tahniah kepada rakan2 GRMY :)

07 July 2010

Cinta Hati Saya



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Inilah dia. Cinta Hati saya.
Yang sudah panjang akal.
Mulut semakin petah berkata-kata.
Semakin bijak & 'noty'.:)
Suka mengacau bila mama dia nak memasak.
Bila mama dia membaca, buku yang mama dia pegang juga yang dia nak.
Dah besar. Dah jadi kawan karib mama.
Sayang adieb :)

01 July 2010

Buku : Kaum-Kaum Yang Pupus.

" Maha Suci Engkau (Ya ALLAH)!. Kami Tidak Mempunyai Pengetahuan Selain Apa Yang Engkau Ajarkan Kepada Kami;Sesungguhnya Engkau Jualah Yang Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah:32)




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Alhamdulillah..saya baru saja selesai baca buku ni.Inilah kali pertama saya cuba membuat review .Kalau dari 5 bintang tu saya bagi 5 bintang jugalah. Ini lah cerita-cerita dari ustazah /ustaz di zaman kecil saya semasa belajar quran/kafa pada sebelah petang di masjid dekat Kampung dulu selain dari belajar membaca Quran.

Eloklah sekiranya saya dapat memperkenalkan Penerbit buku yang hebat ini iaitu Saba Islamic Media Sdn. Bhd dan Penulisnya iaitu Saudara Adnan Oktar @ nama penanya ialah Harun Yahya yang dilahirkan di Ankara, Turki.

Buku ini menceritakan kepada kita mengenai kisah Kaum-Kaum terdahulu yang mengingkari Seruan Allah yang disampaikan melalui Nabi-Nabi utusan Allah kepada mereka. Banyak ikhtibar yang boleh kita ambil dari kisah-kisah tersebut.

Antara yang disebutkan di dalam buku tersebut ialah bermula dengan pengenalan kepada generasi-generasi yang lepas. Seterusnya diikuti dengan kisah Banjir Besar Nabi Nuh a.s, Kehidupan Nabi Ibrahim a.s, Kaum Lut a.s dan Bandar yang dilingkupkan, Kaum 'Ad dan Uber' (Atlantis Padang Pasir), Kaum Thamud, Firaun yang dilemaskan, Kaum Saba' dan Banjir Arim, Nabi Sulaiman a.s dan Ratu Saba' dan diakhiri dengan kisah Ashabul Kahfi'.

Bacaan saya menjadi lebih menarik dengan gambar-gambar di tempat hasil peninggalan dari kisah-kisah tersebut dan juga hasil kajian arkib dan penemuan-penemuan arkeologi. Sesungguhnya amatlah menarik jika kita menghayati setiap makna ayat yang Allah turunkan di dalam Al-Quran itu. Semoga apa yang kita baca beroleh manfaat darinya. InsyaAllah.

Selamat Membaca :)