30 September 2009

Lepas raya ni rajin pulak nak masak bagai...

Hikmah raya tahun ni agaknya. Balik ja dari kampung seminggu yang lepas suka pulak ns nak masak. Pastu panggil family mertua dengan kakak datang makan. Semua semestinya menu-menu dari utara la. Paling best bila orang kata sedap ..haha..


Menu hari ni laksa. Pepagi tadi dah bangun buat kuah. Orang kata, petua nak bagi kuah sedap..kena buat sehari atau semalam sebelum nak dihidang. Orang sebelah utara pulak, nak lagi sedap makan laksa kena makan dengan kicap. Huhh..sedap..


Ni pulak menu hari ahad lepas. Bihun sup 'tengg' namanya. Punyalah susah nak dapatkan kaki lembu kat KL ni. Sudahnya husband bawa balik tulang rusuk lembu je. Itu pun sebab dah pesan pada sepupu ns yang berniaga ikan kat pasar tani Danau Kota. Sudahnya..buat pertama kali lah ns buat bihun sup sepanjang hidup ns ni..menjadi juga...hasil menuntut resepi pada sepupu kat kodiang.


Lepas ni nak cuba buat mee udang pulak. Kot-kotlah menjadi macam mee udang Sg. Dua kat Penang nun..

Selamat menjamu selera...opppss..menjamu mata..;)

7 comments:

nizamsani said...

bagusnya.

Mak Su said...

tahniah... lepas ni boleh terai resepi2 yang lain plaks, beriani gam ker? ;p

GDIZ said...

----> nizam- bagusss kan, haha
----> maksu...bole..bole..;p

kamar hati said...

wahhh...laksa, sedap tu...
bihun sup teng tu pun menarik perhatian tu...
hmmmm...mee udang??? make sure bg kamar rasa...br leh bgtau samada sama ka dak ngan mee udang sg 2 tu....hihihihi... (",)

GDIZ said...

---->kamar, boleee..open house nnti........ tahun depan arr..umah baru, hehe

antalya said...

share la resepi laksa tu.hubby mcm mengidam laksa.tp sy xpandai wat

GDIZ said...

--->mai turun tingkat 6..menuntut..hehe