05 September 2009

'Bermuka Buku' di awal pagi

Hari ni abah adieb keje waktu pelik lagi. Masuk 11 malam balik awal 8 pagi esok. Adieb tengah lena tido . Tak pulak dia merengek nak susu waktu ni. Selalunya pukul 3-4 pagi 'time' dia minum ni. Ooo..agaknya, dia bagi 'chance' mama dia 'bermuka buku' dan buat entry baru di awal pagi ni. Saya terjaga kejap tadi bila abah adieb telepon. Katanya g bersahur kat Jalan TAR. Saya golek kiri kanan mata tak juga nak pejam. Lepas solat sekejap tadi, terus saya berinternet. Seronok la server time-time mcm ni. Lajuuuu!!.hehe..ye lah orang lain tengah tido kan.
Kat ofis pulak pc saya langsung 'pengsan'. Tuan dia baru El sehari. Mati kutu juga, hehe. Keje langsung tertunggak. Semua 'soft copy' dalam pc. Nasib la Pn-Pn Bos saya tu faham. Harap minggu depan pc saya ok. Penangan 'bermuka buku' ni hebat la, bukannya apa. Boleh kata setiap hari mesti saya masuk ke situ. Lagi-lagilah bila saya berkebun ni 'Farm Ville' tu. Hebat tak hebat , takdelah time2 orang lain nyenyak tido, saya 'bermuka buku' hehe.

Khamis haritu saya ke Jalan TAR. Kami berempat. Hapening sungguh di bulan2 puasa kat situ kan. Seronok menjamu selera... Oppp..menjamu mata..hehe. Cadang saya hanya nak tengok2. Tapi terbeli juga sepasang baju kurung. Habis berkenan dah kata orang. Kalau saya tak beli haritu, mesti balik termimpi-mimpi saya. Jumaat pulak kami berempat lagi ke Midvalley...pun hanya untuk cuci2 mata ni. Tapi terbeli juga saya soft book and toys untuk si adieb. Sekarang ni kemana pun saya pergi mesti pikir nak membeli untuk si adieb. Sampaikan saya dah buatkan adieb satu kad Toys 'R' us untuk dia. Anak belum tahu apa-apa, mak dia yang melebih2 pulak. Teringin la. Hhe..toys comel2 la kat situ. Esp toys untuk cereta 'CAR' tu. Haihh..penangan anak pun tak kurang hebat juga ni, heh.
Ni semua gara2 pc tak boleh buka la ni agaknya. (Salahkan pc pulak)

Adieb dah maju setapak lagi. Laju dia kedepan bila meniarap. Habis semua bawah meja makan ditujunya. Segenap cerok dia pegi. Seronok. Macam nilah perasaan seorang ibu agaknya bila tengok anak membesar dan maju step by step. Alhamdulillah....

Cerita pasal g bawa adieb cucuk haritu. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali nak cucuk mesti abah dia yang akan pegang adieb. Mama dia nun juah sikit. Bukan apa..takut..lebih daripada adieb yang nk kena cucuk tu, hehe. Yang bestnya, adieb nangis kejap je masa jarum tu nak masuk. Lepas tu boleh senyum mengekek-ngekek dengan DR pompuan tu. Gataii..hehe. Lagi 1 hari adieb mencecah umur 6 bulan. Berat adieb dah 8 kg. Ehh..adieb ni tak nak minum susu ke..hehe..asyik nyot-nyot puting kesayangan dia tu je. Kejap lagi waktu orang bangun bersahur...selamat bersahurlah utk semua ye :). Yuhhuuu... adieb bangun,time minum susu.


1 comment:

antalya said...

kiut kasut raya adieb