07 September 2009

Dah nak raya dah...

kasut baru untuk adieb dari abah


Rupanya dah ada lagu raya kat radio...baru sedar...ye la dua hari cuti dok kat rumah tak dengar radio..asyik ngadap adieb, tv dan pc je. Pagi tadi saya ke ofis diiringi lagu raya dendangan Kak Pah..terawang-awang perasaan saya dah jauh kat kampung. Kejap je rasa..macam baru je start puasa haritu. Sedar tak sedar kurang dua minggu lagi nak raya.
Ramadhan tahun ni saya tak rasa letih sangat berbanding tahun2 yang lepas. Walaupun terpaksa melayan karenah adieb. Semasa saya bujang dulu bila tengok ibu2 yang melayan karenah anak2 di pasar ramadhan, saya terpikir mesti diorang letih, nak memasak lagi, nak uruskan anak lagi. Sekarang saya dah rasa, xletih la pulak,,hehe..
Persiapan raya tahun ni lebih tertumpu pada adieb saja. Sampaikan baju raya untuk mama dan abah dia belum dibeli lagi. Niat dalam hati tahun ni nak beli yang dah siap ja. Banyak pilihan dan harga pun lebih kurang je kalau beli kain dan upah jahit. Adieb belum pun boleh berjalan, tapi abahnya dah belikan dia sepasang kasut raya. Dari umur 3 bulan sampailah adieb dah 6 bulan sekarang dah 3 pasang kasut. Lagi dua pasang dah tak muat.. ..anak mama dah besar :)
Raya tahun ni giliran beraya di Kedah. InsyaAllah raya ke 3 atau 4 kami di Perak, kampung abah adieb.

3 comments:

. said...

wow

Aishah Md Isa said...

lily.. ayah darwisy pn belikan dia kasut raya.. xtau cmne rupa ayah bl0m bawak balik.. excited raya ber3 tahun ni.. insyaAllah sedondon kuning air.. hang kaler apa?anyway, sama aku pn raya kedah... ramai member raya kedah.. nnti bleh la kita saling mengunjungi mcm time bujang dulu.. harap2 ada masa... bestnya...

Kak Long said...

tak pe, baju readymade banyak....last minute pun boleh beli apa.....