28 August 2009

Cerita Adieb

Dah lama tak cerita pasal kedip po pot. Lepas berbuka di Sg. Buloh tadi kami terus balik ke Bt Caves. Adieb dah tertido dari dalam kereta tadi sampailah sekarang ni ,dah pukul 11 pm lebih.. Baru kejap tadi abahnya salinkan pampers, pun dia tak sedar. Lena betul dia tido. Saat macam ni lah mama dia ni curi-curi masa untuk diri sendiri dan buat entry baru sambil-sambil layan facebook :) Kejap lagi nak masak sikit untuk sahur nanti.

Lebih kurang seminggu lagi adieb dah nak masuk 6 bulan. Kejap betul masa berjalan. Esok nak bawa dia pegi cucuk 'imiunisasi' (betul ke ejaan ni?) untuk umur 5 bulan. Terlewat sikit, mulanya nak buat di kedah haritu, ntah macam mana surat beranak dan kad rekod 'imiunisasi' dia tertinggal di KL. Nak bawa dia ke klinik pun risau dengan keadaan wabak sekarang ni.


Ni la rupa adieb sekarang. Muka pun dah nampak makin matang skit. Ramai tanya ikut muka sapa ni. Muka mak pun tak abah pun tak. Saya jawab ikut muka dia sendiri la..takde copy paste. hehe.


Ni pulak susu untuk adieb bila dah mencecah umur 6 bulan. Keluaran Wyeth juga, sambungan dari step 1 dulu:S26. Step ke-2 ni Promil, step ke-3 nanti mungkin Progress .Kalau tak silap lah. Nasiblah adieb tak banyak ragam bila tukar susu ni. Risau juga kalau2 tak sesuai sebab abahnya dah beli stok sehingga gaji bulan depan. Harga pun lebih murah dari S26 dulu, agaknya semakin baby membesar, susu semakin murah.

Adieb dah menirap, semakin kedepan bila letak mainan untuk dia capai. Seronok melayan dia. Semoga anak mama ni membesar dengan sihatlah. Harap esok dia tak nangis sangat masa cucuk tu. :)


4 comments:

Mak Su said...

amboi, sukanya dia bergambar, senyum sampai ke telinga, nangis tak kena cucuk?

faeizah said...

masuk blog zul citer psl adieb..masuk sini pun psl adieb hehhe. seronok ek u all raye thn nie dgn adieb. kejap je dia nak masuk 6 bulan. brg2 baby mahal kan? mengalahkan brg2 kita. tp nak buat cemana..anak nyer psl..kena beli jugak :)

AHMOI said...

huh..hensemnyer...boleh ku buat suami nih..hahhahahaa

GDIZ said...

Maksu --> nangis kejap masa jarum tu masuk. PAstu senyum2 dengan DR Pompuan tu. Mengekek gelak. Mama dia yang lebih takut2nye.hhehe.