11 February 2009

2009 - Ns Punya Rancangan

Tetiba nak tulis entry baru pasal perkara2 macam ni. Harap2 boleh jadi semangat yang berkobar2. Hehe..Macam-macam perancangan dalam kepala ns nak buat sepanjang tahun ni dan juga persediaan untuk tahun depan, 2010. Tambah lagi bulan depan ns dah nak bersalin. Tahun 2010 pulak rumah siap. Dari segi kewangan memang dah tak boleh boros, kena budget betul2. Mata & hati ni kena betul2. Tak boleh main beli ikut sesuka rasa je. Cthnya masa beli baju2 baby tempoh hari. Geram punye pasal, tengok comel lottee sgt..macam banyak sangat pulak beli. Jom layan antara yang ns plan nak buat dari sekarang.


1. Tempat Bersalin












Sejak pregnant pertama kali dulu dan keguguran 2 kali berturut-turut sehinggalah ns pregnant semula kali ke-3 ni (alhamdulillah sekarang sudah 8 bulan). Dekat hospital Tawakal nilah ns buat follow up check up. Tak pernah tukar mana-mana hospital lagi. Tambahan pulak rekod2 lampau ns keguguran & buat D&C pun ada pada DR yang sama. Disebabkan itulah ns bercadang untuk bersalin dekat sini. Mula Saving untuk maternity Package. Doakan ns selamat bersalin nnti ye. Persediaan mental & fizikal penting nih.


2. Nursery untuk Baby.



















Sekarang ni tengah survey tempat nak hantar baby nanti. Setakat ni dah jumpa 3 tempat. Ketiga2 tempat ambik baby dari umur 3 bulan. Ermm..nasiblah ketiga2 tu dekat dengan rumah. Dua dekat Taman Samudera dan satu dekat Batu Muda Tambahan. Cuma belum call tanye berapa RM sebulan dan nak booking nanti macam mana. Pastu nak kena tengok keadaan tempat tu macam mana pulak. Berapa ramai pengasuh..bla..bla..blaaa...


3. Insurans ( Medical Card)



















Ns tengah mencari-cari insurans untuk family esp dalam medical. Senang kalau sakit demam & masuk spital ke. Tunjuk kad je. Sekarang ns dah tertarik dengan plan Medical dari Mcis Zurich. Sambil-sambil tu ada juga belek2 dalam internet plan dari syarikat insurans yang lain2. Nanti bila dah confirm baru nak cari agent suh terangkan lebih lanjut bagi faham.


4. Bercuti
- ( InsyaAllah Harap-harap menjadi)..hehe







Sejak awal pregnant lagi husband cakap nk pergi bercuti2 ni. InsyaAllah lepas bersalin. Tunggu baby besar 5-6 bulan skit. Hehe..ikut perancangan husband, dia nak ke Gold Coast, Australia. Ikut ns pulak..semestinya ns nak ke Korea, esp Nami island :) Terpengaruh tengok citer2 korea punye pasal la nih. Kalo tengok package tu ke Korea lagi murah je berbanding Australia. Tambahan pula bulan 3 nih ada MATTA Fair. Harap2 umur panjang & dimurahkan rezeki dapat sampai ke sana seperti yang dirancang. Kredit untuk PotoTravel. Banyak muslim package dekat sini.


5. Rumah














InsyaAllah..pertengahan tahun 2010 rumah husband beli siap. Dari sekarang juga kena saving untuk persediaan nak masuk rumah. Sudah tentu banyak nak pakai RM nanti .Esp pasang grill. Perkara yang mustahak & kalo kot2 nak renovate sikit2. Hehe.


6. Beli rumah

















Kalo boleh dalam tahun ni nak beli rumah Flat atau Apartment yang murah-murah atas nama sendiri untuk disewakan. Kalo boleh tu yang dekat2 tempat belajar atau LRT. Dekat Kl ni rumah sewa boleh tahan juga. Boleh la skit buat duit berbanding beli rumah kat area kg. Nak disewakan pun xboleh tinggi-tinggi sangat. Harap2 tercapai impianku ini :)


7. Keretaku



















Keretaku sayang...comel kan ;p hehe. Sejak lepas kawin ni jarang sangat ambik tahu pasal kete nih. Maklumlah dok harap kat husband je. Masa bujang keraplah dok jaga. Bukan senang ooo nak dapat sebijik kete kan. Bila dah dapat kena la jaga elok2. Walopun xmahal. Ermm.. dah tiba masa dia pakai kasut baru ;p (sport rim & tayar). Absorber pun macam dah out je. Sudah 5 tahun ns pakai kenari nih. Belum lagi dia buat hal. Harap2 dia tak buat hal lah ye. Meter pun baru 40000 hehe..xbanyak jalan jauh dia nih. Ermm...nantikan penampilan terbaru dia ek. Tuan dia tetiba nak ubah penampilan dia nih dalam sarat2 peknen ;p

Macam-macam kan planning ns. Harap2 semuanya menjadi kenyataan..AMINNN..

8 comments:

Anonymous said...

hosp tawakal - jalan masuk dlm skit dah sampai ofis kita ler ns.

bercuti - kita pun nak gi korea..heheh..romantik kan?! hehhe. wah zul nak berjalan gi goldcoast. ckp dgn dia..kita nak kirim koala bear :)

ns said...

faeizah :

hehe..harap2 makbul doa kita nk g koreakan. boleh jd hero & heroin sonata ;p

kamar hati said...

fuhhh.....ni mmg betul2 plan baik punya ni....apa pun moga tercapai la apa yang diimpikan tu yer....

Mak Su said...

moga tercapai segala impian tu :)

planning is good

Unknown said...

ns dah nak bersalin
kat tawakal ehh..
dekat je ngan umah dayu..
insya allah nanti saya dtg melawat ye

hhmmm...best nya dah boleh rancang mcm2 untuk 2 taun akan dtg

kita ni tak tau hala lagi
pape kawin dulu kan
baru senang nak plan pape

ns said...

kamar hati :
moga tercapai..aminnn..:)

maksu :
planning is good ek maksu..hehe.thanks maksu

Dayu :
a'ahh dekat tawakal.haa..ape pun kawin dulu dayu..pastu br leh merancang mcm2 dgn hubby :)

antalya said...

owg lain mengidam makanan..lily ngidam mekap keta..yg untung nya kenari tu la

ns said...

heheh..mengidam makanan ms memula pregnant yun..;p

dekat2 nk bersalin nih mengidam pelik2 ..mengidam nk make up kete la pulak.hehe