16 February 2009

Cerita Hujung Minggu - Yang Memenatkan

Minggu yang memenatkan. Sabtu & Ahad..dua2 hari berjalan je kejenye dalam waktu memboyot nih. Futsal..(erkk..bukan ns yang main )..shopping..window shopping..makann..demi shopping ape pun sanggup. Hehe. Takpe..orang kata orang pregnant, dekat2 nak bersalin nih kena banyak berjalan kan. Itu lah yang sedang ns praktikan.

Kebetulan Hari Jumaat husband ns keje shift pagi. So petang tu kami jumpa kat rumah. Rehat kejap. Ns bagi cadangan (selalunye ns la yg usulkan cadangan ;p) husband ikutkan je..maklumlah org tengah pregnant kan, ikutkan jelah kot ek (ni best pregnant nih ;p) kami ke One Utama, saja jalan2 sambil cuci2 mata nih. Takde niat nak beli ape2 pun. Sudahnya memang betul jalan2 je. Balik macam tu je. Cari Tempat makan. Ns bagi cadangan lagi nk mkn steambot. Kami singgah kat Jonhny Selayang Mall. Makan sampai puas. Sebab dah lama xmkn steambot.

Husband yg masih berbaju keje berjalan2 window shopping.


Muka Penat. Nak lagi berjalan ;p

Hari Sabtu pulak, mulanya tak planning ape2 pun. Ingat nak lepak je kat rumah. Husband keje shift petang hari tu. Masuk kul 2 hinggalah pukul 11 malam. Tengah dok bfast kat kedai mamak pagi tu husband bagi cadangan suh ns upgrade sim card celcom biasa ke 3G. Maklumlah..simcard lama. Hehe. Kami ke Caw Celcom Pasar Borong. Nasiblah sempat sebelum tutup 12.30. Bila dh pakai hp baru yang ada 3G ni. Semangat lain macam skit. Bila dalam tempoh berpantang kat kg nnti berjauhan dengan somi kena la ber 3G kan (itupun kalau line 3G ok la kat jeruk kg sana nun). Bila dh selesai, bergegas balik rumah sebab somi ns dh nk g keje. Ni la hp 3G yg ns pilih.


My Omnia. ;p. Sebenarnya ns minat dengan Sony Ericson. Tapi disebabkan banyak faedahnya juga hp ni (takyah beli laptop dah) ns bertukar ke Samsung. Ni kali kedua ns pakai jenama Samsung. Dah hampir 2 minggu guna, tapi belum habis godam2 lagi. Masih terhengeh2 guna ;p. Sebab langsung xde punat nk tekan. Harap2 kat kg ada 3G nnti.

Paling banyak yang ns guna ialah GPS - Garmin. Benda baru kan..jalan2 kat KL pun pakai Garmin juga...Pg keje..balik keje (Betul tak abg..hehehe). Pg makan2 & shopping kompleks pun nak cari yang ada wifi free . Husband ns paling terror nih. Dia yg paling byk godam2 pastu dia akan ajar ns. Hehe

OTW balik ke rumah dari Kedai Celcom ns sms kakak nak ajak g jalan2 kat KL (Jalan TAR). Dia kata dia kat ofis (RHB jalan Silang). Tapi kalau nk shopping dia ok je katanya (hantu shopping juga nih..hehe). Sudahnya ns ikut husband sampai ke Ofis dia kat Jalan Tun Perak. Tunggu kakak kat situ. Ofis kakak ns dekat je dengan ofis somi ns. Bila dah jumpa dia . Kami g jamu mata kat Gulatis. Dapat la 3 pasang kain, termasuk la kain viscos..untuk baju lbaju epas bersalin nnti. (Rindu sgt nk pakai baju kurung time2 pregnant nih) Pastu kami g SOGO. Kat Sogo..takde membeli ape2 pun. Umat manusia ramai sangat. Terus naik atas makan kat Food Court kat atas tu. Kena pau dengan akak ns suh blanje dia mkn.(sbb buat muka kesian xbekfast..pagi2 g ofis hari2 cuti..keje..cehh ;p) bila dah kenyang, xlarat nak jalan kaki balik ofis akak ns. Sudahnya ns pulak pau dia bayarkan tiket naik lrt dari Bandaraya ke Masjid Jamek. Heheh..(alaa..rm1.20 je). Pastu ambik kereta dia dekat ofis & ikut dia ke Kompleks Sukan Ampang. Katanya ada trainning Futsal kat sana. Nak lawan Maybank nnti . Lama juga kat situ, dari pukul 5 hinggalah kul 7 lebih.


Muka tersenyum setelah kenyang..hehe

Paparazi..sempat curi2 ambik gambar majlis kawin org

Ns yang tak berapa familiar area ampang ni, tak tahu restoran Bora Ombak tu bersebelahan je dgn Komplek sukan tu. Sempat la menjenguk majlis perkahwinan Q haidar dgn Linda Jasmin. Baru teringat tarikh 14 Feb diaorang ada majlis kawin kat situ. Dok intai2 dr luar je lah dr dlm kereta. NAsiblah tak kena halau dengan pak Guard Hehe. Bila dah balik ke rumah akak (sementara tunggu husband ns jemput kul 11 mlm) sempat jugalah ns lelap dan mimpi sampai 2 kali. Letih sangat agaknya. Hehe.


Kompleks Sukan Ampang. First time ns sampai sini.


best tengok diorg main. Lepas bersalin ni harus ns aktif sukan balik ni..rindunyaaa..bowling..tenis..badminton..hmm...


Posing itu harus..orang peluh2 main futsal..kita posing sakan ;p. Huhh,,tembamkan..


Kisah hari ahad pulak.:) Husband keje malam. Siangnya masa utk berjalan2 lagi. Kami plan nak g Jalan Kemuning, Shah Alam. Hasrat di hati nak tukarkan kenari ns dengan 'kasut' baru. 'Kasut' lamanya dia nak haus..maklumlah dah 5 tahun kete ns tak tukar tayar lagik. Tapi masih boleh bawa ns kesana kemari. Kebetulan hari kami pegi ni minggu kedai dia tutup. Huhu..pusing2 nak cari tempat lain yang tak biasa, malaslah. Husband msg kawan ofis dia, katanya dekat gombak ada juga. Dari Kemuning kami patah balik ke Gombak ( padahal kalau tahu dari awal..g Gombak terus, sbb dh dekat rumah) Dapatlah kete ns pakai absorber + spring + tayar +rim baru...:) setelah penat sehari suntuk berjalan - jalan. Kami balik ke rumah lepas lunch dekat tempat biasa (greenwood).

yang mana satu idaman kalbu? jenis yang ns beriya-iya nak tu takde pulak kat sini..ni je yg jadi pilihan


ini pilihan hatiku..:)

Setelah melepaskan penat + rehat2 kejap. Petang tu kami cadang nak ke ke Midvalley. Niat hati nk survey2 stroller dan katil baby dekat Jusco utk baby nanti. Banding2 harga dengan tempat lain sebelum beli. Lain yang disurvey lain yang dibeli. ;p. Bukan barang baby. Barang utk mak & ayah si baby yang dibeli. Hehe. . Kalau ada tshirt ni utk baby..beli yg serupa juga utk baby. Baru la sama.

1 utk mak baby & 1 utk ayah baby ;p. ..hehe. . Tengah2 nak bayar..ada la makcik sorang ni pun beli tshirt yg sama juga..haihhh..;p nak juga..



baju untuk mak baby lagik. 'Kakak' Maria Sharapova pernah pakai baju ni tau lama dulu,heheh.. Sekarang baru sampai m'sia..masa tengah suh sales girl tu ambik saiz yang ns nak, dia tye,'akak nak try dulu'?..ns jawab..takpe dik..'akak bukan nk pakai sekarang' (tengah perut besar2 nih), akak pakai lepas bersalin..hehe


8 comments:

antalya said...

alamak..ebon sy pon nk dipasang kasut kaler camtu jugak la..sama la kita nanti

Mak Su said...

maksu tak penah mkn steamboat kat luar, mcm tak reti nak order apa. ahaks

-z-u-l- said...

wah..best la yer. Ada Omnia, Absorber dengan sport spring baru beserta dengan Sport rim yg memukau. T-shirt baru tu bila bleh pakai ni..x sabar nak menggayakannya..hehe

Kak Long said...

wah baju comeinya...ni nak pakai lepas bersalin eh???

AHMOI said...

hamboiiii...shopping sakan dia yerrr...hehehe

kamar hati said...

SHOPPING TAK INGAT YERR.....HIHIHI....

HAPPY BIRTHDAY....SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI & BERBAHAGIA SENTIASA,.... (",)

ns said...

antalya :
erkk..sama ke..? ;p

maksu :
tgk je menu dia maksu, hehe

z-u-l :
bukan ke dh pakai byk kali ke tshirt tu, ekekek

kak Long :
lepas bersalin nih br leh bergaya sakan kak long ;p

ahmoi :
soping..soping..;p

kamar hati:
tq..tq...;p

yleobyfaeiz said...

kita mkn steamboat kat johnny tu tak puas le hehe.buat sendiri lagi puas hati.

byk berjalan u all nie ek. oklah tu..ajak zul tu jgn x ajak :)