13 October 2008

Kisah Raya 2008

Tahun ni tahun kedua ns beraya 'as wife'. Kali kedua juga beraya dengan mertua kat KL, kali pertama haritu semasa raya haji. Sambutan sama saja, bila dh kawin & jadi isteri orang ni, orang pertama harus disalam 'sure'lah suami. Kalau bujang2 dulu ibu& ayah jadi kewajipan pertama. Cuma suasana raya sedikit lainlah, kg dan bandar memanglah lain kan.

Malam raya pertama di rumah mertua ada majlis takbir. Orang masjid akan datang dan bergerak dari rumah ke rumah malam raya tu untuk bertakbir. Pagi raya kami sekeluarga beramai2 ke masjid. Solat hari raya. Lepas tu balik ke rumah bersalam2 dan bergambar. Dulu ns dgr orang kl kata kalau hari raya, orang boleh baring kat jalan raya..heheh..nak cari maut boleh la ek buat macam tu. Hari raya pertama haritu..kami keluar beraya ke rumah sedara2 mertua kat kl ni.Siap jam lagi kat atas jalan raya tu ha..rupanya ramai juga orang beraya kat KL ni. Nak cari ketupat palas pun tak susah kat kl ni. Beli yang dah siap je. Balik cuma rebus. Tu la dulu bila mak suh belajar buat ketupat palas asyik xlulus je. Nak ketupat jantan katanya. Ns pusing2 daun palas tu dok jadi ketupat betina je. Tak pernah lulus sampai sekarang pun. Heheh. Nasib ada yang dah siap kan.

Pagi2 raya kedua ns dengan husband dah bersiap2 nak balik ke Kedah. Lancar betul perjalanan. Takde jam ;p. 5 hari kat Kedah. Isnin pagi kami bertolak balik ke kampung husband di Perak pulak. Tidur semalam kat Perak. Merata2 seluruh pelosok yang sebelum ni ns tak pernah sampai kat Perak ns masuk. Dari Manjung, Trong..Setiawan..Pantai Remis..Lumut, Ayer Tawar, Seri Iskandar, Kuala Kangsar, ke Ipoh dan Majoi. Penat dok dalam kete. Lagi penat dari yang 'drive' tu. Hehe. Puas beraya sakan. Terasa beraya sikit tahun ni berbanding tahun lepas bila ns kena beraya di dalam wad. Meh layan gambar2 yang sempat ns upload kat bawah ni ;p



Three of us..


Meh salam2. Ampunnn bang ;p


Family Sebelah Mertua.


Kakak, abg & Adik2 Ipar.



Abah & mama ;p


Lovely mum..mak ns ;p


Kedah : Raya ke - 4. Dengan Mak, Kak Long, adik na, husband dan anak buah siap2 nak pegi kenduri.


Love All.

9 comments:

Anonymous said...

saya dah 3,4 thn raye KL, selalunya mmg bleh baring atas jalan time raye hehhe..tp tahun nie agak byk keta.. yg pelik tu selayang mall pun penuh hehhe..

antalya said...

ape kekdahnya laki bini salam sambil gelak2 tu..tak siyes ek mintak ampon kat somi

ze said...

dah dekat 4 tahun akak beraya tanpa mak...

lepas bersalam ngan ayah, musti akak nanges, ingatkan mak...

Mak Su said...

suami akak, Trong

Akak said...

Salam Ns...

Balik Kedah kat mana, akak pun balik gak hari raya pertama, lepas beraya denga bonda mertua & keluarga sebelah suami mlm kul 10 bertolak balik Kedah kat Tmn Ria, Sg. Petani..

Anonymous said...

wah..meriah raya dia. hehe..tahun ni ramai sungguh pakai warna pink ek..hehe...ketupat daun palas..br tahun ni teman lulus buat ketupat..tahun depan sure lupa lek..hahaa

suara said...

Salam gdiz...
Semenjak kawin, su mmg beraya kat rumah mertua. Mak ayah dah takde sblm su kawin lagi... huhu

Adry said...

waa bestnya raya... errmmm suka tengok pics ni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

ns said...

faeizah :
hehe.kebetulan kot tahun ni turn beraya kat kl agaknya..

antalya :
somi asyik buat lawak je.Malu la salam somi depan mertua ;p

sepi :
tiap kali raya mesti kita igt org yg dh takda kan. esp bila dgr takbir..

maksu :
ooo...ns dah tahu trong kat mn..:)

akak :
kak, ns kedah dekat KODIANG ;p

ahmoi:
akak tak lulus2 lagi la ketupat palas tuh..huhu..

suara:
takpa. mertua pun mcm mak kita juga kan.

adry:
syokkan raya..mai la beraya di semenanjung ni.