18 September 2008

update !!

Bulan-bulan posa ni sebenarnya malas nk mengupdate. Kalau boleh hari2 & setiap masa nak golek2 pejam mata ja. Heheh. Buat keje pun rasanya nak slow2 ja..syy..(kamar dgn yun jgn habaq kat bos na) ;p.

Dah lama ns tak update. Ada kawan ns kata dah umah ns ni dah bersawang la ;p..dok merdeka tak abis2 lagi la ;p..hehe. Walaupun ns tak update, tapi ns selalu juga berjalan blog kawan2 ns ni. Ok lah sekarang ni dah update dah. Ni pun tetiba dapat semangat sebab esok nak balik Kodiang ;p. Balik kampung. Dalam kepala ni macam2 dah dok pikir nk suh mak masak apa untuk berbuka kat kampung nanti. Haihh..tetiba teringat jeruk maman ;p. Syoknyaa..dapat balik kampung. Sebelum balik kampung selalunya ns akan beli buah tangan untuk adik, mak & ayah ns. Sekurang-kurangnya baju raya lah untuk diorang seorang sehelai.

Tahun ni giliran ns beraya umah mertua pulak. Huhu...macam manalah perasaan ns nanti dipagi hari raya tu. Ni pertama kali ni tak beraya dengan family ns kat kampung. Apa2 pun terpaksa diterima dan ditempuh juga bila dah berkahwin ni. Baru adil kan. Gilir2.

Seminggu yang lepas ns temankan husband ns pegi make over kete dia. Macam kete dia je yang nk beraya sakan nampaknya ;p. Tukar spring, tukar tayar, tukar sport rim...tambah besi tu..besi ni. Beribu jugak abis. Haihh..tak boleh jadi ni ;p. Byk lebihkan kete dia pulak. Malam tu juga ns cakap kat husband ns. Mengidam jam 'Tag Heuer' lah ;p ...ala..yang model dia Maria Sharapova tuh. Setiap hari datang keje asyik dok perati jam ni ja terpampang iklan besar gedabak kat bangunan ofis ns ni. Heheh..

p/s ; Thanks Yun bawakn buah salak haritu. Dua kali g beli kat Chowkit.:)

9 comments:

Mak Su said...

relax dan enjoy macam dgn adik-beradik makbapak sendiri ek... :)

Dayu said...

yay!! akhirnya ns update gak...

gilir2 raya lah kan kalau dh kawin ni, mana bleh nak raya umah kita je..

maka,sebelum kawin ni..raya la puas2 ngan family sendiri..

ns, buat la opsn house,bleh dtg raya nanti

ahmoi said...

ewahhh...syoknya dia berangan...nak golek2 ek..kak kamar..cpt bgtau bos.hhehe

kamar hati said...

Ahmoi : uikssss...bab nak merepot kat boss ni tak bleh la...nantinya ngan ns, ngan akak, ngan yun sekali kena bambu(marah)nanti...hihihih...

uiksss...balik kampung...bestnyer...tak sabaq nak balik kampung tuk raya ni....huhuhu...

uikss...jeruk maman...sedap tu...makan ngan nasi panas22...hiris cabai burung ngan bawang skit....sedap tu....yummmyyyy.... :)

Adry said...

Uiks... update jerr dah nak balik kg?! huhu... sunyi balik la blog ni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Akak said...

Salam...

Apa khabar, sihat ke? Baru update dah nak balik kampung yea..

Mak Su said...

meh amik awards kat blog kita... :)

Shasisa said...

Lily.. Wat open haus dak nnti? Ambe raye kat Kajang ni.. Cik abe tak dapat cuti.. huhuu.... raye ber2 je la..

GDIZ said...

Maksu > Ns cuba try buat ;p

dayu > insyaAllah..kalau rajin ns buat open2 ek.heheh

ahmoi > op..op..syy ;p

Kamar hati > haa..tau takpa. report la sekali ena 3 org sekaligus .heheh. nyum2..dh mkn jeruk maman ;p

adry > balik 2 hari je..xpuas la..

akak > rindu kampung kak...;p

maksu > mekasih. dh pi ambik dah

Shasisa > hang tu kira raya bertiga dh ler ;p