14 March 2008

:: SINAR BULAN::

Perjalanan yang memenatkan bila memandu semasa hari hujan. Jalan sesak walaupun di Lebuhraya. Sekejap2 menekan pedal minyak dan 'klas'. Beruntung kamu menggunakan kereta auto. Seawal 9.30 pagi bertolak dari Kedah. 8.15 tadi alhamdulillah aku selamat sampai ke KL. Aku dah menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia pada 8 Mac lepas. Aku mengundi. Suasana tak seperti tahun2 yang lepas. Suram. Tak 'rancak' sangat. Hari pertama selepas mengundi suasana sama. Suram. Buat pertama kali negeri jelapang padi berada di bawah sinaran cahaya bulan. Bulan besar. Sangat Terang. Aku bersyukur masih di bawah pemerintah orang melayu. Orang Islam. Bagi aku tak kira sesiapa yang memerintah asalkan aku dan Melayu lain tak mengemis di negara sendiri. Tanah Melayu Tanah Air kita.

1 comment:

antalya said...

kg sy 'yg dulu' masih lg pertahankan kedudukan nye. menang besar.